BTC USD 35,572.6 Gold USD 1,877.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MACAU SCAM, TERKINI : Kerani wanita rugi RM79,600 ditipu

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,058
Reaction score
4,485
Points
601

Kerani akaun rugi RM101,000 ditipu Macau Scam​


SIBU: Seorang kerani akaun berusia 37 tahun kerugian RM101,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam kononnya mempunyai tunggakan bil telefon pada 18 Mei lalu.


Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata mangsa yang tinggal di kawasan perumahan di Jalan Satria di sini, menyedari dirinya ditipu selepas membuat 12 kali transaksi pembayaran ke enam akaun bank dimiliki individu berbeza.


"Kejadian bermula pada jam 8.30 pagi 18 Mei lalu apabila mangsa menerima panggilan seorang lelaki mendakwa pegawai Telekom Malaysia dan menyatakan mangsa mempunyai tunggakan bagi nombor telefon 09-5136911 di Kuantan, Pahang berjumlah RM537.45," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Beliau berkata, mangsa kemudian dihubungkan kepada seorang anggota polis dikenali sebagai Sarjan Johari yang membuat semakan dan mendapati mangsa terbabit kes pengubahan wang haram.

Katanya, mangsa turut menerima panggilan seorang lagi anggota polis Sarjan Albert Lai yang memaklumkan pihak mereka akan membuat siasatan.


"Tidak cukup dengan itu, sindiket penipuan terbabit terus memberikan tekanan kepada mangsa dengan menghantar mesej menerusi seorang lelaki dikenali sebagai Tuan Ling yang memberitahu pihaknya ada menghantar satu surat notis perintah penangkapan dan pembekuan aset atas nama pengadu.


"Lelaki itu kemudian menghantar satu lagi notis kononnya daripada Jabatan Audit Negara yang memaklumkan mangsa perlu membuat pembayaran RM12,800 untuk pihak mereka menyiasat sama ada wang itu haram atau sebaliknya.


"Susulan itu, mangsa membuat enam transaksi pembayaran masing-masing sebanyak RM12,800; RM50,000; RM5,000; RM18,500; RM10,000 dan RM4,700 ke dalam akaun diberikan sindiket berkenaan," katanya.


Jonathan berkata, mangsa yang menyedari dirinya ditipu membuat laporan di Balai Polis Sentral Sibu pada kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BERNAMA
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,058
Reaction score
4,485
Points
601

Pesara guru wanita rugi RM133,000 ditipu Macau Scam​


ALOR SETAR: Seorang pesara guru wanita kerugian lebih RM133,000 akibat terpedaya oleh Macau Scam selepas menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang menyamar sebagai kakitangan sebuah syarikat komunikasi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata mangsa berusia 53 tahun dan menetap di Jalan Kuala Kedah menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan jam 12.30 tengahari pada 20 Mei lalu.


Beliau berkata, mangsa dimaklumkan oleh wanita berkenaan bahawa pihak syarikat telekomunikasi mahu menamatkan perkhidmatan yang dilangganinya kerana terbabit dengan aktiviti judi secara dalam talian.


"Panggilan kemudian disambung ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan mangsa kemudian dihubungkan kepada seorang anggota polis yang mengaku sebagai Sarjan Lai Lee Cheng yang mengesahkan nama mangsa terbabit dengan pelbagai kes jenayah.

"Mangsa seterusnya dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Asisten Komisioner Datuk Mohd Hafiz Abdullah dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, menyatakan mangsa terbabit dengan kes penggubahan wang haram dan pengedaran dadah serta terdapat waran tangkap terhadap mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Elias berkata, panggilan mangsa kemudian disambung semula ke IPK Seremban dan menawarkan untuk menyelesaikan waran tangkap dengan diberi tiga pilihan sama ada akan direman, akaun bank dibeku atau memberi kerjasama dengan pihak polis.


Beliau berkata, mangsa memilih untuk memberi kerjasama iaitu mangsa perlu mengikut semua arahan yang diberikan.


"Disebabkan terpedaya, mangsa kemudian membuat pembayaran dengan memasukkan wang ke dalam lima akaun berbeza melalui 16 kali transaksi berjumlah lebih RM133,000 bermula sejak 20 Mei hingga 22 Mei lalu.


"Mangsa menggunakan sumber wang berkenaan dari wang simpanan sendiri, keluarga dan rakan sekerja," katanya.


Elias berkata, bagaimanapun mangsa menyedari ditipu apabila memberitahu hal sebenar kepada ahli keluarga berkaitan wang pinjaman yang dibuat.


Beliau berkata, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Alor Setar dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan tipu.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,619
Reaction score
12,781
Points
2,376
IMG_20210608_193740_746.jpg

Menurut maklumat yang dikongsikan kepada LHDNM oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (JSJK, PDRM), bagi tempoh 1 Januari 2021 sehingga 27 Mei 2021, sebanyak 556 kes melibatkan kerugian lebih RM15.26 juta, berkaitan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai LHDNM, telah disiasat.

Modus operandi yang digunakan oleh suspek atau scammer ialah dengan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari LHDNM. Scammer seterusnya menyatakan syarikat atau perniagaan mangsa masih mempunyai tunggakan cukai yang mesti dilunaskan.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com
#AWANInews
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,058
Reaction score
4,485
Points
601

Jururawat rugi RM94,000 ditipu macau scam​


PORT DICKSON: Seorang jururawat mendakwa kerugian RM94,000 akibat ditipu macau scam.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata wanita berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada 5 Jun lalu mendakwa ditipu sindiket menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Katanya, mangsa menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih memperkenalkan diri daripada LHDN memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM38,600.90 atas syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa.


"Mangsa kemudian menafikan perkara ini sebelum panggilan disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian.," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Aidi Sham berkata, mangsa kononnya bercakap dengan pegawai polis berpangkat ACP dan diminta untuk memuat naik pautan aplikasi MyBNM.


"Dalam aplikasi itu, pengadu kemudian memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.


"Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang di dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai ini," katanya.


Bagaimanapun, katanya, apabila mangsa membuat semakan dengan pihak bank, wanita itu mendapati wang simpanan di dalam satu akaun miliknya sudah dipindahkan kepada beberapa akaun yang tidak dikenali dalam 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000.


Katanya, kes disiasat mengikut Sek 420 Kanun Keseksaan iaitu 'tipu' yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,771
Reaction score
1,850
Points
201
Katanya, kes disiasat mengikut Sek 420 Kanun Keseksaan iaitu 'tipu' yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan


Tak ya la keluar nak sabit kes kesalahan atas akta ape.. tangkap pon tidak .. adui scammer pon gelak je
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,058
Reaction score
4,485
Points
601

Kerani wanita rugi RM79,600 ditipu Macau Scam​


TELUK INTAN: Kerani wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM79,600 selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam yang menyamar pegawai polis dengan memperdayakan kononnya, mangsa terbabit aktiviti penggubahan wang haram.


Wanita berusia 51 tahun itu bukan sahaja mengalami kerugian tetapi terpaksa berhutang dengan empat rakannya, membuat laporan polis, semalam selepas menyedari dirinya ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali mengatakan wanita itu terbabit dengan aktiviti penggubahan wang haram ketika berada di tempat kerjanya, awal bulan ini.


Katanya, suspek menghubungi mangsa menggunakan nombor telefon IPK Sabah untuk menyakinkan wanita itu yang panggilan pertama kali itu adalah daripada pihak polis.

Katanya, suspek itu kemudiannya menghantar nombor akaun untuk pemindahan wang melalui WhatsApp di mana lokasi panggilan telefon dan mesej itu dibuat oleh suspek dari Miri, Sarawak.


"Suspek mendakwa jika mangsa ingin selesaikan masalah berkenaan dia dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu.


"Bermula Jumaat hingga Ahad lalu wanita itu mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM65,000, malah turut meminjam RM14,600 daripada empat rakannya.


"Mangsa kemudian membuat pemindahan wang di mesin deposit tunai (CDM) sebanyak lapan kali dengan nilai keseluruhan adalah RM 79,600 di sebuah bank di Teluk Intan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, selepas memasukkan wang yang diminta suspek di dua akaun berbeza, wanita itu kemudiannya mendapati nombor telefon suspek tidak dapat dihubungi dan dia menghilangkan diri.


"Polis sedang mengesan suspek dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


"Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tipu helah sindikit penipuan Macau Scam dan perlu merujuk atau menghubungi pihak polis terlebih dahulu untuk pengesahan berkaitan," katanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register