USD MYR 4.12450 BTC MYR 257,959 Gold MYR 7,285.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MACAU SCAM, TERKINI : Kerani rugi RM21,800 ditipu Macau Scam

silverchair959

Legendary Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
18,038
Reaction score
90
Points
125
Pesara rugi lebih RM1 juta ditipu Macau Scam

PETALING JAYA: Seorang pesara hilang wang persaraan dan simpanannya berjumlah lebih RM1 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam.

Wanita warga emas berusia 74 tahun itu pada mulanya menerima panggilan daripada individu mendakwa dari Ibu Pejabat Pos Laju Malaysia pada 25 September 2020.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata individu itu mendakwa ada bungkusan yang dihantar oleh mangsa ke Sabah mengandungi MyKad, buku cek dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Panggilan itu kemudian disambung kepada Sarjan Fairul dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah. Suspek mendakwa wanita itu terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan kes itu kononnya dalam siasatan polis.

"Selepas itu mangsa disambungkan pula kepada individu lain dikenali sebagai Wan yang menyatakan pengadu akan ditahan dan direman jika enggan memberi kerjasama.

"Pengadu yang takut dan bimbang menuruti arahan suspek dengan memberikan maklumat akaun bank," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, pada 1 Oktober lalu, pengadu memindahkan wang daripada akaun simpanan ke akaun bank miliknya berjumlah RM833,000.

Tambah beliau, pada 5 Oktober suspek meminta pengadu menyerahkan kad ATM itu untuk pengeluaran wang bagi tujuan audit.

"Keesokannya, pengadu pergi ke sebuah pusat beli-belah di daerah ini dan meletakkan kad ATM miliknya di atas peti surat seperti diarahkan suspek melalui panggilan telefon sebelum itu," katanya.

Katanya, pada 28 Oktober, pengadu memindahkan RM75,000 dari dua akaun bank berlainan miliknya atas arahan suspek disusuli empat transaksi lain berjumlah RM85,400 serta beberapa pengeluaran lagi.

Katanya, pengadu yang menyedari ditipu selepas kerugian RM1,007,673.33 kemudian tampil membuat laporan polis semalam.

Nik Ezanee menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik dan terpedaya dengan tipu helah serta ugutan dilakukan sindiket berkenaan yang mensasarkan golongan warga emas.

"Sekiranya menerima panggilan mencurigakan, hubungi ahli keluarga atau bincang dengan isi rumah dan hubungi polis dengan segera," katanya.

dah mcm kena pukau pun ada nih...
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Guru wanita kerugian RM115,000 ditipu sindiket Macau Scam

ALOR SETAR: Seorang guru wanita kerugian RM115,000 selepas ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai tunggakan cukai terhadap syarikat mangsa.

Mangsa berusia 41 tahun yang sudah berkahwin dan berasal dari Selama, Perak itu menerima panggilan telefon dari individu berkenaan pada 7 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata mangsa pada mulanya menafikan berhubung cukai berkenaan namun panggilan itu disambungkan kepada seorang individu lelaki yang mengaku pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang untuk membuat semakan.

Beliau berkata, panggilan itu kemudian disambung pula kepada seorang pegawai polis berpangkat Datuk dari IPK Pahang kononnya pegawai atasan kepada Inspektor berkenaan.

"Suspek meminta mangsa membuka aplikasi WhatsApp sebelum mangsa menerima satu mesej dengan notis yang mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

"Pada 8 Februari lalu, mangsa diarahkan membuat pinjaman peribadi dari bank kerana mangsa perlu ada kewangan yang kukuh dalam akaun bank miliknya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Elias berkata, mangsa kemudian membuat permohonan Bank Rakyat sebanyak RM133,080.90.

Katanya, mangsa kemudian diarahkan untuk membuka pautan perisian yang diberikan untuk memuat naik aplikasi MyBNM untuk mengisi maklumat peribadi mangsa dan maklumat perbankan untuk siasatan lanjut.

"Mangsa tanpa membuat semakan terus memuat naik aplikasi berkenaan dan mengisi butiran peribadi serta butiran perbankan miliknya.

"Pada 15 Februari lalu, wang pinjaman sebanyak RM133,080.90 mangsa dikreditkan ke dalam akaun Bank Rakyat miliknya dan mangsa menghubungi suspek untuk memberitahu mengenai perkara itu," katanya.

Elias berkata, pada 16 Februari lalu, mangsa cuba untuk log masuk ke dalam perbankan atas talian miliknya dan mendapati ia sudah disekat.

Beliau berkata, mangsa terus menghubungi pihak khidmat pelanggan dan diberitahu terdapat transaksi pindahan wang dari akaun mangsa ketiga yang berbeza berjumlah RM115,000.

"Berikutan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 17 Februari lalu (semalam) dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau sehubungan itu meminta orang ramai tidak memuat naik sebarang aplikasi tidak sah serta mendedahkan maklumat peribadi dan maklumat perbankan.

"Orang ramai juga diingatkan supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

"Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersial terkini melalui http://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP/ dan http://www.facebook.com/JSJKPDRM," katanya.
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
Pekerja kilang rugi RM5,650 diperdaya scammer

980073.jpg


KUANTAN - Seorang pekerja kilang kerugian RM5,650 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 22 tahun dari Mentakab itu menerima panggilan daripada individu yang mengaku pegawai LHDN Cyberjaya dan memaklumkan mempunyai tunggakan cukai syarikat mencecah RM38,600 yang perlu dijelaskan segera.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa menafikan kerana tidak pernah mendaftar atau memiliki sebarang syarikat.

“Suspek meyakinkan mangsa bahawa ada pihak lain menggunakan nombor kad pengenalannya untuk mendaftarkan syarikat tersebut.

“Mangsa kemudian dirujuk kepada seorang 'pegawai polis' dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang melalui sambungan telefon untuk semakan dan menyelesaikan kes itu,” katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Wazir berkata, mangsa diarah memuat turun aplikasi Bank Negara (BNM) dan mengisi maklumat peribadi, maklumat kad bank dan semua butiran perbankan internet bagi tujuan semakan.

“Mangsa akur apabila berbuat demikian tanpa menyedari dia telah terjerat dalam perangkap ‘scammer’.

“Dia kemudian menyedari telah ditipu selepas menerima mesej daripada pihak bank memaklumkan berhubung dua transaksi pengeluaran wang dari akaun banknya berjumlah RM3,600 dan RM2.020,”katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab pada Isnin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


== sinar harian
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Menyamar jadi 'anak mangsa' tipu RM18,700

MELAKA: Sindiket Macam Scam kini menukar modus operandi dengan taktik lebih meyakinkan dengan 'menyamar menjadi anak mangsa' kononnya ditimpa kesusahan.

Taktik itu ternyata memperdaya mangsanya selepas seorang lelaki berusia 60 tahun di Klebang, di sini, kerugian RM18,700 selepas ditipu sindiket terbabit yang menyamar sebagai anak lelakinya.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Melaka, E Sundra Rajan, berkata dalam kejadian Ahad lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai anaknya.

"Suspek memberitahu mangsa telefon bimbitnya hilang dan dompetnya turut dicuri.

"Berikutan itu suspek ingin meminjam wang untuk membayar kepada pembekal dan mangsa kemudiannya memasukkan wang RM18,700 ke akaun bank diberikan oleh suspek. Mangsa juga mendakwa suara suspek hampir sama seperti suara anaknya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sundra berkata, suspek kemudian terus meminta wang menyebabkan mangsa berada curiga, sebelum menghubungi anak lelakinya dan mengetahui dirinya ditipu.

"Susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tengkera pada 22 Februari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,722
Reaction score
2,633
Points
201
Guru wanita kerugian RM115,000 ditipu sindiket Macau Scam

ALOR SETAR: Seorang guru wanita kerugian RM115,000 selepas ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai tunggakan cukai terhadap syarikat mangsa.

Mangsa berusia 41 tahun yang sudah berkahwin dan berasal dari Selama, Perak itu menerima panggilan telefon dari individu berkenaan pada 7 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata mangsa pada mulanya menafikan berhubung cukai berkenaan namun panggilan itu disambungkan kepada seorang individu lelaki yang mengaku pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang untuk membuat semakan.

Beliau berkata, panggilan itu kemudian disambung pula kepada seorang pegawai polis berpangkat Datuk dari IPK Pahang kononnya pegawai atasan kepada Inspektor berkenaan.

"Suspek meminta mangsa membuka aplikasi WhatsApp sebelum mangsa menerima satu mesej dengan notis yang mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

"Pada 8 Februari lalu, mangsa diarahkan membuat pinjaman peribadi dari bank kerana mangsa perlu ada kewangan yang kukuh dalam akaun bank miliknya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Elias berkata, mangsa kemudian membuat permohonan Bank Rakyat sebanyak RM133,080.90.

Katanya, mangsa kemudian diarahkan untuk membuka pautan perisian yang diberikan untuk memuat naik aplikasi MyBNM untuk mengisi maklumat peribadi mangsa dan maklumat perbankan untuk siasatan lanjut.

"Mangsa tanpa membuat semakan terus memuat naik aplikasi berkenaan dan mengisi butiran peribadi serta butiran perbankan miliknya.

"Pada 15 Februari lalu, wang pinjaman sebanyak RM133,080.90 mangsa dikreditkan ke dalam akaun Bank Rakyat miliknya dan mangsa menghubungi suspek untuk memberitahu mengenai perkara itu," katanya.

Elias berkata, pada 16 Februari lalu, mangsa cuba untuk log masuk ke dalam perbankan atas talian miliknya dan mendapati ia sudah disekat.

Beliau berkata, mangsa terus menghubungi pihak khidmat pelanggan dan diberitahu terdapat transaksi pindahan wang dari akaun mangsa ketiga yang berbeza berjumlah RM115,000.

"Berikutan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 17 Februari lalu (semalam) dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau sehubungan itu meminta orang ramai tidak memuat naik sebarang aplikasi tidak sah serta mendedahkan maklumat peribadi dan maklumat perbankan.

"Orang ramai juga diingatkan supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

"Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersial terkini melalui http://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP/ dan http://www.facebook.com/JSJKPDRM," katanya.

aku dapat call mcm tu..aku terus maki je polis yg menyamar tu....
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Pengurus ladang rugi RM8,500 diperdaya scammer

KUANTAN - Seorang pengurus ladang mengalami kerugian RM8,500 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 44 tahun dari Mentakab itu menerima panggilan daripada pegawai LHDN Cyberjaya memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai syarikat mencecah RM38,600 yang perlu dijelaskan segera.

Menurutnya, mangsa menafikan berhubung perkara itu kerana tidak pernah mendaftar atau memiliki sebarang syarikat.

“Suspek meyakinkan mangsa bahawa ada pihak lain telah menggunakan nombor kad pengenalannya untuk mendaftarkan syarikat tersebut dan dia diminta membuat laporan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Mangsa kemudian dirujuk kepada seorang pegawai polis dari IPK Pahang melalui sambungan telefon untuk semakan dan menyelesaikan kes itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, mangsa diarah memuat turun aplikasi Bank Negara (BNM) dan mengisi maklumat peribadi, maklumat kad bank dan semua butiran perbankan internet bagi tujuan semakan.

"Mangsa juga turut diarahkan memindahkan wang dari semua akaun banknya ke satu akaun dengan menggunakan perbankan internet sahaja bagi mengesahkan transaksi tersebut.

“Mangsa akur dan berbuat demikian tanpa menyedari dia telah terjerat dalam perangkap ‘scammer’," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa menyedari telah ditipu selepas membuat semakan dengan pihak bank pada petang hari sama dan mendapati berlaku pemindahan wang dari akaun banknya ke akaun lain atas nama seorang wanita tidak dikenali.

Beliau berkata, susulan kejadian mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan wanita pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes itu sedang dijalankan bagi membantu siasatan,"katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...Pengurus-ladang-rugi-RM8500-diperdaya-scammer
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,594
Reaction score
1,953
Points
206
Penganggur rugi RM418,400 terpedaya Love Scam
NORAWAZNI YUSOF | | 04 Mac 2021

989930.jpg

Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
KUANTAN - Keterujaan seorang penganggur untuk menerima hadiah wang 18,000 Euro (RM89,700) daripada kenalannya dari Perancis membawa padah apabila dia kerugian RM418,400 selepas tertipu dengan Love Scam.

Lebih menyedihkan apabila wang terbabit ialah daripada hasil simpanan gaji ibu pengadu yang juga seorang guru.

Kejadian bermula pada 22 Disember tahun lalu apabila mangsa berusia 28 tahun menerima satu pesanan menerusi Aplikasi Cintaku daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Khalish.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki itu mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan dan menetap di Perancis dan mahu berkenaan dengan mangsa.

Menurutnya, selepas lima hari perkenalan lelaki berkenaan memaklumkan mahu mengirimkan wang sebagai hadiah dan meminta mangsa memberikan akaun bank bagi tujuan pemindahan.

"Mangsa kemudian memberikan nombor akaun dan suspek menghantar gambar cek berjumlah 18,000 euro atas nama mangsa.

"Pada 27 Disember lalu, jam 7.37 pagi mangsa telah menerima satu pesanan menerusi emel memaklumkan wang itu akan diterima berjumlah RM89,700 namun mangsa perlu membuat pembayaran berjumlah RM2,000," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang berasal dari Jerantut itu terus membuat pembayaran seperti diminta pada hari sama.

Beliau berkata, selepas itu suspek sering meminta wang untuk tujuan pemprosesan bagi menghantar hadiah itu.

"Justeru, mangsa telah membuat 44 transaksi membabitkan kerugian RM418,400 dalam sembilan akaun bank bermula 27 Disember tahun lalu sehingga 19 Februari lalu," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut setelah merasakan dirinya tertipu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, beliau berkata, modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah memperdaya kenalan di aplikasi Cintaku sehingga menyebabkan kerugian.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti.../Penganggur-rugi-RM418400-terpedaya-Love-Scam
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,780
Reaction score
600
Points
81
Hampir stgh juta...baik beli rumah cash...
 

cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,379
Reaction score
116
Points
33
kira rasa hebat laa tu dpt bercinta dgn org perancis.. hahahaha
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Pesara rugi RM41,000 selepas serah maklumat akaun bank

KUANTAN - Seorang pesara sebuah syarikat telekomunikasi kerugian RM41,000 gara-gara tindakannya menyerahkan maklumat perbankan internet kepada sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.

Mangsa berusia 61 tahun dikatakan mempunyai tunggakan cukai syarikat selain terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan kes dadah sehingga memaksa dia menyerahkan maklumat itu untuk siasatan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dihubungi suspek pertama (pegawai LHDN) pada 7 Mac lalu berhubung tunggakan cukai syarikat yang dikatakan didaftarkan atas namanya.

"Mangsa menafikan perkara itu dan dirujuk kepada suspek kedua, 'pegawai polis' di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek memperdaya mangsa kononnya hasil semakan mendapati pesara itu turut dikehendaki polis kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan kes dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Wazir berkata, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan nama pengguna dan kata laluan perbankan internetnya bagi tujuan siasatan.

"Selepas maklumat itu diserahkan, mangsa menerima tujuh nombor kod pengesahan transaksi (TAC) dari akaun banknya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan TAC itu diarah diserahkan kembali kepada suspek.

"Mangsa menyedari telah ditipu apabila wang dalam akaun banknya berjumlah RM41,000 lesap selepas dipindahkan pihak lain melalui tujuh transaksi pindahan ke dua akaun bank atas nama individu tidak dikenali dalam tempoh kurang 30 minit,"katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Rompin pada Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ugi-RM41000-selepas-serah-maklumat-akaun-bank
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register