USD MYR 4.12450 BTC MYR 258,430 Gold MYR 7,289.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MACAU SCAM, TERKINI : Kerani rugi RM21,800 ditipu Macau Scam

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Penjawat awam rugi RM200,000 ditipu Macau Scam

JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam kerugian RM200,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam.

Lelaki berusia 37 tahun itu pada awalnya dikatakan menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa dari Pejabat Pos Sabah dan memaklumkan maklumat diri mangsa disalahgunakan bagi penghantaran kad mesin juruwang automatik (ATM) serta cek, dalam kejadian antara Oktober hingga November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah, berkata mangsa juga dihubungi ahli sindiket berkenaan yang menyamar sebagai polis Sabah menggunakan talian 0111-1542 554 dan memaklumkan mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram.

"Mangsa panik dengan panggilan terbabit sehingga mengikut arahan yang diberikan dengan membuat pembayaran bagi membersihkan namanya daripada kes pengubahan wang haram.

"Bermula 15 hingga 18 November lalu, mangsa membuat pembayaran secara berperingkat berjumlah RM200,000 ke dalam akaun bank yang diberikan ahli sindiket bagi menyelesaikan kes yang kononnya membabitkan mangsa.

"Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila menghubungi polis Sabah dan terkejut kerana dimaklumkan mangsa ditipu, susulan itu, satu laporan polis dibuat olehnya di Balai Polis Batu Pahat, semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Salleh berkata, orang ramai diingatkan supaya sentiasa membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkenaan sebelum melakukan transaksi kewangan kepada akaun bank individu yang tidak dikenali.

Katanya, orang ramai juga diingatkan tidak mudah panik dan cemas sekiranya dihubungi orang yang tidak dikenali dengan memberitahu terbabit dengan mana-mana kes jenayah kerana pihak polis tidak sewenang-wenangnya menghubungi untuk menyelesaikan kes melalui talian.

"Polis juga tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk menyelesaikan apa juga kes jenayah," katanya.
 
Sponsored Post

mr.dede

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2010
Messages
11,402
Reaction score
208
Points
123
call dr pjbt pos sabah ni da berapa kali duk viral.
ada lg yg terkena..tp byk gak cash dia 200k tuh
 
QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,556
Reaction score
292
Points
96
Makin menjadi2 scammer ni mcm xbole nak selesai masaalh ni.
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Peniaga rugi RM25,000 ditipu 'pegawai polis'

MELAKA: Seorang peniaga kerugian RM25,000 selepas ditipu lelaki yang menyamar pegawai polis dengan mendakwa anak mangsa ditahan.

Mangsa berusia 61 tahun menerima panggilan daripada suspek Jumaat lalu, memberitahu anaknya ditangkap kerana memiliki dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Superintendan E Sundra Rajan, berkata suspek memberitahu mangsa kes itu boleh diselesaikan jika peniaga terbabit membuat bayaran sebanyak RM50,000.

"Susulan itu, mangsa memasukkan wang berjumlah RM25,000 ke akaun yang diberikan suspek dan kemudiannya menghubungi isterinya memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Bagaimanapun, isteri mangsa memberitahu anak mereka berada di rumah dan dalam keadaan selamat. Mangsa yang berasa ditipu cuba menghubungi semula suspek, namun panggilannya disekat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

"Orang ramai diminta supaya berhati-hati ketika menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang menyamar pegawai polis. Ini kerana pihak berkuasa tidak berurusan melalui panggilan telefon," katanya.
 
Alahai nape la x call dulu,ni g bank in lu baru call.Nasib la labu
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Suri rumah rugi RM2.8 juta ditipu 'pegawai polis' bergelar 'Datuk'

MELAKA: Seorang suri rumah kerugian RM2.08 juta akibat ditipu sindiket 'Macau Scam', yang menyamar sebagai pegawai polis bergelar 'Datuk' dengan mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti penjualan dadah dan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintenan E Sundra Rajan berkata, wanita berusia 49 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada 10 Januari lalu.

Beliau berkata, wang berkenaan adalah simpanan mangsa dan wasiat peninggalan keluarganya.

"Melalui aplikasi WhatsApp, suspek menunjukkan kepada mangsa waran tangkap dan surat pembekuan aset, selain mengarahkan wanita itu memberikan butiran akaun bank bagi tujuan siasatan. Mangsa yang keadaan ketakutan, memberikan butiran akaun bank kepada suspek.

"Mangsa turut memberikan nombor 'One Time Password' (OTP) enam digit kepada suspek, sebelum mula berasa curiga dan merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, pihak bank kemudian memaklumkan terdapat 164 kali transaksi pemindahan wang melalui 'DuitNow', berjumlah RM2.08 juta ke 16 akaun bank berbeza, sebelum membuat laporan polis selepas menyedari ditipu.

Katanya, semakan polis menerusi laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule mendapati, nombor telefon yang digunakan suspek iaitu 014-7410772 terbabit dengan 13 laporan lain, membabitkan operandi sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam perkembangan lain, Sundra Rajan berkata seorang pegawai bank berusia 57 tahun rugi RM24,500, akibat ditipu sindiket jual beli wang lama di laman sosial Facebook.

Beliau berkata pada 14 Disember tahun lalu, lelaki berkenaan menerima mesej daripada seorang lelaki mendakwa warga Amerika menggunakan nama 'Smith Dion Ryan' yang juga pengumpul wang lama dan berminat membeli wang lama mangsa yang diiklankan pada harga USD$150 (RM607).

"Mangsa kemudian bersetuju berurusan dengan suspek dan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek di talian +1(604)7062606 mengatakan bayaran dibuat ke akaun mangsa.

"Namun disebabkan pembayaran dari luar negara suspek mendakwa mangsa perlu membuat bayaran caj yang dikenakan untuk melepaskan wang berkenaan daripada ditahan pihak bank," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat pembayaran berjumlah RM24,500 ke lima akaun berbeza yang diberikan suspek, namun mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu selepas wang yang dijanjikan untuk pembelian wang lama itu tidak diterima.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan tawaran jual beli wang lama dari mana-mana pihak yang diragui. - BERNAMA
 
a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,726
Reaction score
792
Points
121
Suri rumah rugi RM2.8 juta ditipu 'pegawai polis' bergelar 'Datuk'

MELAKA: Seorang suri rumah kerugian RM2.08 juta akibat ditipu sindiket 'Macau Scam', yang menyamar sebagai pegawai polis bergelar 'Datuk' dengan mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti penjualan dadah dan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintenan E Sundra Rajan berkata, wanita berusia 49 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada 10 Januari lalu.

Beliau berkata, wang berkenaan adalah simpanan mangsa dan wasiat peninggalan keluarganya.

"Melalui aplikasi WhatsApp, suspek menunjukkan kepada mangsa waran tangkap dan surat pembekuan aset, selain mengarahkan wanita itu memberikan butiran akaun bank bagi tujuan siasatan. Mangsa yang keadaan ketakutan, memberikan butiran akaun bank kepada suspek.

"Mangsa turut memberikan nombor 'One Time Password' (OTP) enam digit kepada suspek, sebelum mula berasa curiga dan merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, pihak bank kemudian memaklumkan terdapat 164 kali transaksi pemindahan wang melalui 'DuitNow', berjumlah RM2.08 juta ke 16 akaun bank berbeza, sebelum membuat laporan polis selepas menyedari ditipu.

Katanya, semakan polis menerusi laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule mendapati, nombor telefon yang digunakan suspek iaitu 014-7410772 terbabit dengan 13 laporan lain, membabitkan operandi sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Perit rasanya duit simpan bertahun2 dan hadiah wasiat berjuta hilang gitu je.
Peringatan pada diri sendiri kalau ada rezeki lebih jangan lupa derma.
 
hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
Warga Taiwan dalang sindiket Macau Scam antarabangsa diberkas

952405.jpg

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Taiwan yang disyaki dalang sindiket Macau Scam antarabangsa ditahan di sebuah kondominium di Ampang Putra di sini pada Isnin.

Menurut sumber, lelaki berusia 39 itu ditahan oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia dan Polis Antarabangsa (Interpol) pada jam 8.20 malam.

Katanya, penahanan tersebut turut melibatkan seorang lagi lelaki warga Taiwan berusia 49 tahun dikehendaki polis Taiwan bersama dua lelaki lain dari negara sama di kediaman terbabit.

"Polis Taiwan menerima maklumat bahawa suspek telah bersembunyi di Kuala Lumpur ketika menjalankan sindiket Macau Scam yang menyasarkan warga China," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sumber itu memaklumkan, dalang sindiket terbabit diburu polis Taiwan sejak 25 Disember 2014.

Difahamkan, lelaki terbabit sebelum ini pernah terlibat dengan sindiket penipuan Macau di Filipina pada 2014 dan di Montenegro pada 2019.

"Polis percaya bahawa dia masih menjalankan sindiket antarabangsa dari Malaysia sebelum penangkapannya.

"Dia juga memiliki kewarganegaraan serta pelaburan di Republik Guinea-Bissau," katanya.

Sementara itu, sumber memaklumkan lelaki berusia 49 tahun dikehendaki polis Taiwan merupakan dalang sindiket penipuan dalam talian di negara itu.

Katanya, polis percaya suspek terbabit telah bekerjasama dengan dalang berusia 39 tahun serta menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat operasi untuk sindiket penipuan antarabangsa mereka.

Mengulas lanjut katanya, operasi tersebut berjaya selepas polis Taiwan meminta bantuan Bukit Aman yang kemudian melakukan operasi dengan Interpol untuk memberkas suspek.

Beliau berkata, keempat-empat yang ditahan akan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

"Setelah siasatan dilakukan oleh JSJK, keempat-empat lelaki itu akan diserahkan kepada polis Taiwan," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

"Kita telah bekerjasama dengan Interpol dan polis Taiwan dalam menghasilkan kejayaan operasi ini," katanya.

== sinar harian
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Wanita rugi RM81,133 ditipu sindiket Macau Scam

KUANTAN: Seorang wanita di Lipis kerugian RM81,133 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis, memaklumkan kononnya mangsa perlu menjelaskan tunggakan cukai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian pada 24 Januari lalu berlaku apabila mangsa berusia 36 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN.

"Suspek mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai selama 15 bulan sebanyak RM38,600.90 kerana menubuhkan sebuah syarikat.

"Bagaimanapun, mangsa menafikan dakwaan itu dan bagi menyelesaikan masalah berkenaan, panggilan kemudian disambungkan kepada pegawai LHDN di Cyberjaya yang kononnya pegawai operasi cukai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas bercakap dengan pegawai operasi cukai itu, panggilan mangsa disambung pula kepada pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

"Suspek memberitahu panggilannya akan disambung kepada Inspektor Azman sebelum wanita itu mengemukakan segala maklumat kepada suspek bagi membantunya membuat laporan polis sehingga selesai.

"Selepas semakan dibuat, suspek memberitahu mangsa terbabit kes pengubahan wang haram membabitkan wang RM228,000 menggunakan akaun didaftarkan menggunakan namanya.

"Suspek menawarkan diri menyelesaikan masalah ini sebelum mangsa menyerahkan maklumat akaun banknya kepada lelaki itu untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang mengakses semula akaunnya secara dalam talian, mendapati berlaku beberapa pemindahan wang dalam akaun itu.

"Mangsa yang berasa ditipu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis semalam. Modus operandi sindiket ini adalah memperdayakan mangsa dengan menyamar pegawai LHDN dan polis sehingga mendorong wanita itu membuat bayaran hingga kerugian.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh didenda," katanya.
 
hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
Wanita rugi RM81,133 angkara scammer

953465.jpg

KUANTAN - Tindakan seorang wanita menyerahkan maklumat perbankan kepada 'pegawai polis' membawa padah apabila wang simpanan dalam lima akaun banknya berjumlah RM81,133 lesap dipindahkan pihak lain pada Ahad.

Mangsa berusia 36 tahun itu mendakwa diarah berbuat demikian sebagai proses siasatan setelah dikaitkan dengan kes tunggakan cukai dan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kes penipuan ke atas mangsa dipercayai melibatkan beberapa individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Menurutnya, nasib malang menimpa mangsa berlaku selepas dia menerima panggilan daripada seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN.

"Mangsa dimaklumkan bahawa dia mempunyai tunggakan cukai selama 15 bulan berjumlah lebih RM38,000 bagi syarikat yang didaftarkan atas namanya.

"Mangsa menafikan kaitannya dengan syarikat tersebut sebelum panggilan disambung kepada beberapa pihak lain kononnya bagi membantu menyelesaikan kes dihadapi wanita itu," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang berjaya diperdayakan telah diarah berurusan dengan seorang 'pegawai polis' bagi tujuan semakan dan membuat laporan polis berhubung kes cukai itu.

"Seperti modus operandi sindiket penipuan sebelum-sebelum ini, mangsa panik kononnya turut dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

"Mangsa diberi tawaran untuk menyelesaikan kes itu dengan syarat perlu mengakses satu aplikasi dan menyerahkan maklumat semua akaun banknya untuk proses siasatan," katanya.

Mohd Wazir berkata, bagi mengelak berdepan tindakan, mangsa akur dan menuruti arahan itu.

"Pada malam hari sama, mangsa membuat semakan melalui aplikasi 'who call' dan mendapati individu menghubunginya sebelum ini rupanya 'scammer' berdasarkan nombor telefon digunakan.

"Syak telah ditipu, mangsa cuba membuat semakan semua akaun banknya secara dalam talian namun gagal untuk mengaksesnya.

"Mangsa kemudian menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank berhubung transaksi pindahan wang dari akaun banknya ke akaun bank tidak dikenali membabitkan jumlah keseluruhan RM81,133," katanya.

Menurutnya,susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Lipis pada Selasa dan kes kini dibuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

== sinar harian
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register