BTC USD 35,663.1 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Macamana cara nak mohon tiang letrik/air kat tanah baru?

Houri

Freshie
Joined
Oct 19, 2019
Messages
31
Reaction score
1
Points
11
Seperti tajuk di atas. Saya nak beli tanah utk buat rumah. Tapi tanah tu agak jauh ke dlm. Belum ada tiang letrik dan belum ada air. Ada sesiapa boleh share tak prosedur utk mohon tiang letrik/air ni? Kos dan sebagainya... Atau adakah susah utk mohon?

P.S Maaf kalau salah section.
 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,821
Reaction score
1,510
Points
201
Seperti tajuk di atas. Saya nak beli tanah utk buat rumah. Tapi tanah tu agak jauh ke dlm. Belum ada tiang letrik dan belum ada air. Ada sesiapa boleh share tak prosedur utk mohon tiang letrik/air ni? Kos dan sebagainya... Atau adakah susah utk mohon?

P.S Maaf kalau salah section.
Dah ade rumah ke?biasa nk apply api air,kna sediakan copy geran,ic dengan bil jiran
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,426
Reaction score
3,983
Points
236
Seperti tajuk di atas. Saya nak beli tanah utk buat rumah. Tapi tanah tu agak jauh ke dlm. Belum ada tiang letrik dan belum ada air. Ada sesiapa boleh share tak prosedur utk mohon tiang letrik/air ni? Kos dan sebagainya... Atau adakah susah utk mohon?

P.S Maaf kalau salah section.

xsusah kalau sudi bertanya dengan TNB dan pemberi khidmat air dikawasan kamu .. untuk TNB saya bagi "guide" dibawah, untuk air pun lebih kurang sama je :)

Cara memohon bekalan TNB bagi pemohon individu untuk kegunaan domestik (Permohonan baru)

Sebelum proses permohonan boleh dimulakan, pemohon perlu memastikan papan meter TNB telah siap dipasang berserta dengan kotak agihan. Pemohon perlu melantik kontraktor bertauliah yang ada dalam senarai Suruhanjaya Tenaga. Kontraktor yang dilantik ini akan menghantar permohonan bekalan elektrik bersama-sama dokumen yang diperlukan kepada pihak TNB.

Seterusnya, pemohon perlu melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut;
1. Borang Permohonan Bekalan Elektrik Domestik yang telah disahkan.
2. Salinan kad pengenalan pemohon atau passport.
3. Salinan akuan menduduki premis (perjanjian jual beli ATAU perjanjian sewa ATAU geran ATAU sebarang dokumen yang membuktikan pendudukan premis secara sah).

Manakala kontraktor yang telah dilantik pula akan menyediakan dokumen seperti berikut;
1. Borang G (Borang Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan).
2. Borang H (Borang Perakuan Pengujian).
3. Borang Anggaran Wang Cagaran Permulaan dan Caj Sambungan Pengguna (bagi permohonan individu sahaja).
4. Pelan lokasi (Google Maps).
5. Gambar premis (termasuk premis, lokasi papan meter dan D-hook).
6. Gambar bekalan elektrik terhampir dengan premis pemohon (tiang elektrik, pencawang).

Apabila semua dokumen yang dilengkapkan dan disahkan, ia perlu dihantar kepada pihak TNB untuk kelulusan. Setelah semua dokumen dihantar, pihak TNB akan menilai cas sambungan berdasarkan keadaan semasa kawasan berhampiran premis dan kemudian pemohon perlu membayar sejumlah cas sambungan yang telah dikeluarkan oleh pihak TNB berserta duti setem RM10.

Bagi caj sambungan satu fasa, pemohon perlu menyediakan RM450 (RM250 untuk rumah kos rendah) manakala RM750 bagi caj sambungan 3 fasa.
Jumlah wang tambahan sambungan pengguna yang perlu dibayar berbeza-beza mengikut keadaan semasa premis sama ada keperluan untuk pemasangan talian atas antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah.

Bagi talian atas satu fasa, tiada caj dikenakan untuk 3 tiang elektrik pertama dan tiang elektrik yang selebihnya pemohon akan dicaj sebanyak RM200 bagi setiap tiang elektrik.

Bagi talian atas tiga fasa, caj RM750 akan dikenakan untuk 3 tiang elektrik pertama manakala bagi talian bawah tanah 3 fasa, caj RM1700 akan dikenakan untuk wayar servis 80 meter pertama.

Pemohon juga perlu membayar sejumlah wang kepada kontraktor elektrik yang telah menyediakan Borang permohonan bekalan, Borang G dan Borang H serta cop kompeten kontraktor. Caj ini berbeza antara setiap kontraktor.

Akhir sekali, pemohon perlu membayar sejumlah wang deposit meter berdasarkan jenis premis pemohon dan jenis bekalan masukan (satu fasa atau tiga fasa).
Setelah semua bayaran dijelaskan, pihak TNB akan memasang meter dan memulakan tugas sambungan.

Borang TNB https://www.tnb.com.my/assets/files/Domestic_Supply_Application_Form.pdf
 
Tq bos. Konpius juga apa tu 1 fasa, 3 fasa..
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,426
Reaction score
3,983
Points
236
Tq bos. Konpius juga apa tu 1 fasa, 3 fasa..

1 Fasa - Single Phase / 3 Fasa = 3-Phase

Single Phase load kurang, 3-Phase load lebih .. kesimpulan, rumah teres atau kampung pakai Single Phase je melainkan lot rumah-kedai atau banglo pakai 3-Phase kebiasaannya ..

saya xnak terlalu detail, sebab nanti kamu yang akan konpius :D
 
jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,206
Reaction score
3,099
Points
201
Untuk elektrik kena ada bangunan. Syarat tnb.
Berapa tiang ntah percuma, lepas tu kena top up sendiri jika x sampai ke rumah.

Air kena tgk laluan paip dri bawah tanah, selalunya gi apply dkt syarikat Air. Mereka ada kontraktor yg buat pemasangan air. Kena bayar nnt.

Kemudian bru boleh apply pemasangan air / eletrik.
 
Houri

Freshie
Joined
Oct 19, 2019
Messages
31
Reaction score
1
Points
11
1 Fasa - Single Phase / 3 Fasa = 3-Phase

Single Phase load kurang, 3-Phase load lebih .. kesimpulan, rumah teres atau kampung pakai Single Phase je melainkan lot rumah-kedai atau banglo pakai 3-Phase kebiasaannya ..

saya xnak terlalu detail, sebab nanti kamu yang akan konpius :D
Ooo... Saya punya rumah kampung jer bos. Ok dah faham. Tq bos. 👍👍
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register