Santai macam mana rasa dagingnya yerr?

CG Sponsors




3keris

Active Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
1,024
Reaction score
3
Points
25


:-&
Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan.

Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu.

Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus.

Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya.

Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis.

“Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai,” katanya.

Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi.

“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah.

Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama.

“Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan,” katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam.

Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya.

Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
ni paper mana ek ?
 

amir_a

Fun Poster
Joined
May 3, 2008
Messages
321
Reaction score
0
Points
10
yark!!! klu kena kat aku,konfem jadik cm budak ni...patut kena denda ja tokey kedai ni,biar dia ati2 pasni..nk serve org kena la wat leklok ni x tau nk untung je kebersihan xnak jaga..
 

satriahitam

Active+ Member
Joined
Oct 15, 2008
Messages
4,503
Reaction score
59
Points
30
“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah."

adoi laaaa...kedai mamak ler nie kot.... resepi mandrem dia la nie... tikus dok bawah jgn kacau kuah laju2.... pekerja baru dok main kaut jer... hahhaha... ataupun tikus tu buat terjun tiruk kot... errrr... gia ker tikus tu nak terjun dlm kuar... ntah2 kuah smalam dia kasik panas balik... ntah ler....seribu persoalan
 

demimasa

Active+ Member
Joined
Jan 20, 2010
Messages
2,824
Reaction score
406
Points
41
uwekk. mau sebulan tak leh lupa lagi
 

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
humak ai... ilang selera nk mkn kari pas ni
 

belina

Active Member
Joined
Apr 29, 2009
Messages
1,264
Reaction score
2
Points
25
ni yang kantol yg tak kantol camna plak....
terasa cam serik nak makan kedai jadi masak sendiri laa
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
erm..sygnya nama restoran tu tak disiarkan plak..kenapa ye?kan bnda ni tak bagus..rakyat harus tau bnda2 mcm ni supaya pisang tak berbuah 2x...
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
erk...baru baca da loya,apatah lagi yg terkena...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register