To Sell Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus Pelaburan Saham

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.17435
USD / JPY
106.494
GBP / USD
1.30569
USD / CHF
0.91669
USD / CAD
1.32972
EUR / JPY
125.061
AUD / USD
0.7144

CG Sponsors




akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,016
Reaction score
3
Points
35
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras harian tertingginya hari ini serta mencecah paras tertingginya dalam tempoh hampir lima bulan disokong oleh saham berkaitan perindustrian, pengguna dan penjagaan kesihatan, sejajar dengan prestasi kukuh indeks serantau.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 23.31 mata untuk ditutup hari ini pada 1,561.84 daripada paras penutup 1,538.53 pada Rabu.

Indeks itu yang dibuka 3.16 mata lebih tinggi kepada 1,541.69 pagi ini, bergerak antara paras 1,541.5 dan 1,561.84 sepanjang hari dagangan.

Keseluruhan suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 635 berbanding 388, manakala 421 kaunter tidak berubah, 448 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 8.02 bilion saham bernilai RM6.03 bilion daripada 9.4 bilion saham bernilai RM7.01 bilion pada Rabu.

Walaupun sektor penjagaan kesihatan masih mendapat permintaan, Maybank IB Research, dalam nota penyelidikannya, berkata penurunan dijangkakan dalam saham berkaitan penjagaan kesihatan terpilih, manakala minat terhadap saham perladangan dan hartanah dijangka mengukuh dalam tempoh terdekat ini.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun meningkat 0.64 peratus kepada 22,758.13, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.17 peratus kepada 24,366.3 dan Straits Times Singapura menokok 2.13 peratus kepada 2,702.52.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik 21 sen kepada RM8.19, Tenaga meningkat empat sen kepada RM12.02, Public Bank menokok 12 sen kepada RM17.50, Petronas Chemicals menambah 44 sen kepada RM6.97 dan IHH Healthcare menokok sembilan sen kepada RM5.59.

Dalam kalangan kaunter cergas, AT Systematization naik 2.5 sen kepada 10.5 sen, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada 10.5 sen, Xidelang menambah satu sen kepada 6.5 sen, K-One menokok 9.5 sen kepada 54 sen dan JAG naik 1.5 sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 167.76 mata kepada 10,970.77, Indeks FBMT 100 meningkat 167.97 mata kepada 10,830.58, Indeks FBM Emas Shariah menokok 173.71 mata kepada 12,304.43, FBM ACE naik 224.69 mata kepada 5,921.9 dan FBM 70 melonjak 234.2 mata kepada 13,439.97.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 281.81 mata kepada 13,883.7, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 6.95 mata kepada 141.75 dan Indeks Perladangan menokok 31.22 mata kepada 6,827.88.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 4.73 bilion saham bernilai RM4.86 bilion daripada 6.32 bilion saham bernilai RM6.2 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 648.82 juta unit bernilai RM191.67 juta daripada 743.77 juta unit bernilai RM157.45 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.63 bilion saham bernilai RM972.00 juta daripada 2.34 bilion saham bernilai RM653.26 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.03 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (663.34 juta), pembinaan (346.49 juta), teknologi (260.93 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (130.16 juta), hartanah (468.19 juta), perladangan (168.00 juta), REIT (7.98 juta), dana tertutup (40,200), tenaga (1.17 bilion), penjagaan kesihatan (140.46 juta), telekomunikasi dan media (134.01 juta), pengangkutan dan logistik (178.39 juta) dan utiliti (33.52 juta).




...Kursus Asas Pelaburan Bursa Malaysia - http://KLFX.blogspot.com



.
 
Sponsored Post

Lobey

Active+ Member
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,190
Reaction score
80
Points
40
harga fund pun naik cantik jer seminggu dua ni. dua kali try pengeluaran duit kwsp utk invest fund tapi reject semuanya.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,016
Reaction score
3
Points
35
Susun Strategi Anda Terlebih Dahulu
1. Pemilihan jangka masa trading

Anda berminat untuk trading berapa kerap?
Anda selesa untuk ‘hold position’ berapa lama?

Bergantung kepada kebolehan individu, jangka masa trading tidak sama. Anda harus mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anda sendiri.

Anda tak bekerja sepenuh masa, takkan lah nak intraday trading?
Hakikatnya ini juga adalah antara sebab kenapa ramai yang nak untung cepat namun tidak ramai yang mampu menguasai teknik jual beli saham secara intraday.

Jika anda tiada masa, anda mungkin lebih sesuai menjadi seorang pelabur, Antara pelabur saham yang terkenal adalah Peter Lynch dan juga Warren Buffett.

Kita akan kupas jangka masa trading atau investing dalam topik akan datang – bagaimana anda nak pilih jangka masa yang sesuai berdasarkan faktor-faktor seperti personaliti, masa, pengetahuan dan juga modal.
2. Pemilihan kaunter

Pemilihan kaunter adalah penting untuk trader. Bayangkan anda menjalankan suatu perniagaan, tapi anda tak tahu pun kekuatan produk anda, apa sifat-sifat atau tabiat produk anda. Perniagaan tersebut sudah pasti sukar mencapai kejayaan.

Setiap kaunter saham ada sifat dan tabiatnya.

Ada yang cepat naik lambat turun, ada yang naik sekali jatuh berkali-kali.
Ada yang menjadi minat ‘gambler’, ada yang diminati ‘chartist’ dan ada juga yang diminati oleh institusi-institusi kewangan yang besar-besar.

Memahami sifat dan tabiat kaunter memerlukan kepada pengetahuan. Pengetahuan inilah yang akan membantu kita membuat pemilihan kaunter.

Kaunter yang sesuai dengan modal kecil hakikatnya bergantung kepada jangka masa pelaburan anda.
Kaunter murah, anda boleh simpan dan peram, sebab susah nak jangka bila nak gerak. Ditakuti anda mudah sangkut di pucuk.

Kaunter sederhana mahal, pun anda boleh simpan dan peram jika trend dijangka boleh pergi jauh.
Kaunter sederhana yang sangat kuat momentum, ini boleh digunakan untuk modal kecil dan untung dengan pantas.
Teknik ini kebiasaannya adalah menggunakan teknik intraday.
3. Pemilihan sistem untuk screen dan analisa saham

Seperti seorang peniaga, anda perlukan sistem untuk menjalankan perniagaan anda.

Sistem untuk trading merangkumi ‘trading plan system’, sistem untuk screen kaunter-kaunter berpotensi dan juga sistem untuk analisa saham dengan mudah.

Kepantasan sistem juga adalah satu perkara yang sangat penting. Ini antara sebab kenapa team Mahersaham selesa menggunakan dan ‘recommend’ Shareinvestor Station kepada trader dan juga investor di Bursa Malaysia.

Dalam masa yang sama, team kami juga sedang mengkaji keupayaan TradingView untuk digunakan secara optimum.
Untuk tahu lebih lanjut ciri-ciri yang ada pada Tradingview, anda boleh lawati Cara Guna Software Tradingview.
4. Berhenti berharap daripada buycall atau screener orang lain

Dalam Group Telegram untuk Mahersaham Premium, kami ada juga bagi stock’s recommendation.
Walaupun berkali-kali terbukti saham tersebut naik, tak ramai yang follow.

Antara salah satu sebab adalah tidak yakin. Macam mana nak yakin kalau keputusan dan kajian bukan datang daripada kita sendiri?

Itu juga adalah antara satu sebab, apabila kami bagi recommendation, misalnya untuk intraday, kami sertakan chart yang lengkap supaya yang tahu hendak membaca chart boleh lihat sekali imbas dan yakin untuk beli.

Cara nak baca chart juga kami dah ajar dalam video-video untuk Mahersaham Premium, tinggal nak belajar dan hadamkan sahaja.
5. Anda harus gagal

Maaf, kita tertinggal perkataan dahulu. Anda harus gagal dahulu sebelum anda dapat menjadi supertrader yang berpengalaman.

Anda mengharapkan trading saham dapat menampung perbelanjaan anda setiap bulan, dapat menggantikan kerja anda sedia ada.

Tanyakan kepada diri anda, kenapa anda mampu untuk bekerja dari pukul 9pagi hingga 5petang, mungkin juga lebih untuk mendapatkan gaji sebulan anda sekarang tapi bila masuk bab saham, masuk bab pelaburan yang lain, anda tak luangkan masa atau usaha sebanyak itu juga?

Tapi anda mengharapkan saham secara mudahnya dapat menjadi sumber pendapatan utama anda.

Anda harus rajin berusaha. Tidak mudah berputus asa.
Rata-rata yang terlibat dengan saham ketika ini adalah antara lingkungan 2oan ke 30-an, jika purata ‘lifespan’ adalah 70tahun, anda ada 40 ke 50tahun lagi untuk mahir dalam saham.



....Kursus Asas Pelaburan Saham ->> http://KLFX.blogspot.com



.
 

jerung

Active Member
Joined
Jul 14, 2008
Messages
1,464
Reaction score
27
Points
40
Esok ada kaunter yg naik mendadak tak?? Sy tak dpt lagi kuanter yg best
 
Sponsored Post
Top
Log in Register