To Sell Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus Pelaburan Saham

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12385
USD / JPY
107.535
GBP / USD
1.24762
USD / CHF
0.94527
USD / CAD
1.35865
EUR / JPY
120.853
AUD / USD
0.69194

CG Sponsors




akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
D&O broke above the line connecting its recent high at RM0.80 yesterday. With this upside breakout, the stock is likely to go into an upleg. The potential target is RM1.00. This breakout would be invalid if the share price were to brop back below RM0.80.


Chart: D&O's weekly chart as at September 25, 2018_12.30

Recent Quarterly Result

In QE30/6/2018, net profit rose 58% qoq or 119% yoy to RM8.1 million while revenue was unchanged qoq but rose 11% yoy to RM113 million. Pre-tax profit rose 19.5% to RM11.8 million, lifted by a RM2.2 million government grant, a RM3.2 million net gain from the settlement of a civil suit (refer the note below) and RM0.7 million foreign exchange gain (versus RM1.6 million loss in QE31/3/2018), which partially offset by higher inventory write offs and higher R&D expenses (which doubled to RM8.9 million from RM4.4 million).

Note: D&O lost a suit in the Melaka High Court in May 2018. The suit was brought by Geepar Enterprise Sdn Bhd where the judgement awarded was RM18,964,923.38. Subsequently, D&O accepted an offer of a full and final settlement amount of RM10,156,000, including cost, from Geepar Enterprise Sdn Bhd.

Table: D&O's last 8 quarterly results


Graph: D&O's last 14 quarterly results

Valuation

D&O (closed at RM0.84 in the morning session) is now trading at a trailing PER of 31 ttimes (based on last 4 quarters' EPS of 2.65 sen). At this PER, D&O is deemed fully valued.

Conclusion

Based on bullish technical breakout, D&O could be a good trading BUY.
 
Sponsored Post

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
Bursa Malaysia dibuka tinggi


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin pasca Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) dan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping bersetuju menangguhkan tarif baharu, yang telah merangsang pasaran kewangan dan pasaran saham, kata peniaga.

Pada jam 9.11 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.40 mata kepada 1,690.26 berbanding paras penutup 1,679.86 pada Jumaat.

Indeks itu dibuka tinggi naik 5.88 mata kepada 1,685.74.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 258 berbanding 103, dengan 124 tidak berubah, 1,381 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 233.14 juta unit bernilai RM157.51 juta.

RHB Research Institute berkata kedua-dua China dan AS bersetuju untuk tidak mengenakan tarif tambahan apabila kedua-dua ekonomi besar dunia itu membincangkan rundingan perdagangan baharu dengan sasaran memeterai perjanjian dalam masa 90 hari.

“Kejayaan itu dicapai selepas pertemuan antara Trump dan Xi pada Sidang Kemuncak G20 di Buenos Aires.

“Trump memutuskan untuk tidak mengenakan tarif seterusnya ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion dari 10 kepada 25 peratus pada 1 Januari seperti yang diumumkan sebelum ini, manakala Beijing bersetuju untuk membeli sejumlah barangan pertanian, tenaga, perindustrian dan produk-produk lain-lain yang yang tidak ditentukan tetapi dalam jumlah yang sangat besar,” kata agensi penyelidikan itu yang memetik Rumah Putih.

Susulan ini, harga minyak global juga meningkat sebanyak 3.72 peratus kepada AS$61.67 setong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia , Maybank meningkat enam sen kepada RM9.45, Public Bank dan Tenaga tidak berubah masing-masing pada RM24.92 dan RM14.24, manakala Petronas Chemicals naik tiga sen kepada RM9.23.

Dalam kalangan kaunter cergas, PWorth meningkat setengah sen kepada 4.5 sen, Bumi Armada dan Genting Malaysia kedua-duanya naik satu sen masing-masing kepada 17 sen dan RM2.87, bagaimanapun Hubline tidak berubah pada empat sen.

Dalam kalangan kaunter untung, United Plantations naik 58 sen kepada RM26.68, Malaysian Pacific meningkat 52 sen kepada RM10.52, Hong Leong menambah 28 sen kepada RM20.66 dan KESM Industries menokok 25 sen kepada RM8.28.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 93.55 mata kepada 11,726.99, FBM 70 naik 118.94 mata kepada 13,660.85 dan Indeks FBM Ace menambah 32.23 mata kepada 4,796.66.

Indeks FBM Emas naik 83.21 mata kepada 11,687.55 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 78.01 mata kepada 11,558.06.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 19.76 mata kepada 6,873.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.62 mata kepada 171.05 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 100.89 mata kepada 17,470.11.

-- BERNAMA
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
Berita baik untuk rakyat Malaysia, kini kita ada satu lagi pilihan bagi perkhidmatan jalur lebar – City Broadband. Ianya ditawarkan oleh anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), iaitu Setia Haruman Technology.

TNB yang sinonim dengan pembekalan tenaga elektrik di Malaysia, telah membeli syarikat Setia Haruman Technology pada tahun lepas dengan harga RM28 juta. Maka bermulalah perjalanan TNB dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar ini pula.
Memperkenalkan Pelan City Broadband

Sumber: City Broadband

Teramatlah murah pelan 50Mbps pada harga RM79 sebulan. Datang dengan data tanpa had pula tu.

Tapi ada caj RM300 pula untuk kontrak 12 bulan. Jika kita buat kira-kira ke atas caj ini, ini bermakna sebulan kita bayar lebih RM25 (RM300 bahagi 12 bulan). Maka jumlah sebenar yang perlu dibayar adalah RM104 sebulan untuk tahun pertama. Tahun kedua baru RM79 sebulan berjalan.
Saham TNB Akan Naik?

Sumber: Bursa Marketplace

Produk baru dan perkhidmatan baru bakal mendatangkan punca pendapatan yang baru. Ada pendapatan baru, ada pula keuntungan baru.

Adakah kita bakal menyaksikan kenaikan saham TNB lepas ni?
TM Sudah Jatuh Ditimpa Tangga?

Sebelum ini pun, kita sudah membincangkan perihal Telekom Malaysia (TM) dalam artikel Bertabahlah Wahai Pemegang-Pemegang Saham Telekom Malaysia Berhad (TM).

TM dan syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhihdmatan jalur lebar, diminta menurunkan harga masing-masing. Ini kerana pihak kerajaan melihat bahawa harga yang ditawarkan adalah tidak kompetitif jika dibandingkan dengan negara-negara serantau yang lain.

Disebabkan permintaan menurun akibat daripada persaingan hebat, kini keuntungan juga menurun kerana terpaksa menurunkan harga.

Kesannya? Harga saham pun jatuh teruk.

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau setahun yang lalu, saham TM berharga RM6 seunit, kini hanya RM2 lebih sahaja. Jatuh sebanyak 60% dalam masa setahun.

Yang lagi kesian, disebabkan harga saham yang jatuh banyak, TM tidak lagi disenaraikan dalam senarai elit FBMKLCI. Mereka bukan lagi berada dalam Top 30 syarikat yang hebat dalam Malaysia.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
IPO 2019 Nampaknya Meriah

Ada yang tak tahu apa maksud IPO ni? Ianya merupakan terbitan syer yang baru diwujudkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam pada harga tawaran yang dipersetujui. Maknanya sebelum saham sesuatu syarikat boleh dibeli di pasaran saham, kena melalui proses IPO terlebih dahulu.

Dan setakat tahun 2019 ni, dah dua IPO baru disenaraikan:

DPI Holdings Berhad
Gagasan Nadi Cergas

IPO yang bakal disenaraikan pada tahun 2019 adalah:

QSR Brands
Body Shop
MR DIY
Nasi Kandar Pelita

Kesemuanya merupakan nama-nama popular, yang kita memang kenal. Betul ke orang kata beli IPO ni konfem untung?

BACA SINI ->> http://www..KLFX.blogspot.com




.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
Minggu ini akan menjadi di antara yang paling sibuk kepada pelabur dan pedagang global memandangkan dua bank pusat utama akan mengumumkan dasar monetari terkini termasuk pengumuman data Non-Farm Payroll (NFP) pada hari Jumaat.

Bukan itu sahaja, rundingan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China juga akan berlangsung sekali lagi, walaupun ia telah berlanjutan sejak tahun lalu.

Federal Reserve (The Fed) dan Bank of England (BoE) dijangka akan mengekalkan kadar faedah walaupun momentum ekonomi semakin perlahan sejak awal tahun 2019. Di antara yang akan menjadi perhatian adalah perkembangan pasaran Jepun semasa berlangsungnya cuti umum selama 10 hari.

Berikut adalah lima tema utama yang bakal mewarnai pergerakan pasaran pada minggu ini.
1. Penetapan Dasar Monetari Federal Reserve

The Fed akan mengumumkan dasar monetari terkini selepas bermesyuarat pada hari Khamis (2 Mei 2019) pada pukul 2 pagi waktu Malaysia. Bank pusat ini beralih sepenuhnya kepada nada yang lebih dovish dalam panduan yang mereka berikan kepada pasaran pada mesyuarat bulan Mac yang lalu. Ia memberi isyarat untuk tidak akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini. Mereka juga mengumumkan penamatan lebih awal program pengurangan penyata imbangan bank pusat pada bulan September.

Sejak mesyuarat yang lalu, ada di kalangan pemerhati pasaran yang melihat potensi penurunan kadar faedah Fed Fund Rate.

Tiada laporan ramalan ekonomi terkini dalam mesyuarat bank pusat kali ini dan tumpuan akan terarah kepada pendapat terkini ahli-ahli Fed tentang prestasi ekonomi semasa.

Data pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan oleh China, Amerika Syarikat dan juga penangguhan Brexit memberi sedikit kelegaan kepada pasaran global, tetapi Eropah pula sedang mencatatkan pertumbuhan yang semakin perlahan.
2. Perkembangan Rundingan Kerajaan dan Pembangkang UK

Pasaran UK masih berada di dalam ketidaktentuan khususnya mata wang Sterling walaupun Brexit telah ditangguhkan ke bulan Oktober. Tumpuan pada minggu ini akan terarah kepada retorik politik di UK dan perkembangan terbaru rundingan di antara kerajaan dan Parti Buruh pimpinan Jeremy Corbyn.

Berita terbaru yang diterima mengatakan Perdana Menteri Theresa May akan mengusulkan undian perjanjian Brexit seawal minggu ini. Namun, ia hanyalah spekulasi dan May dijangka tidak akan merisikokan undian itu di Parlimen dalam masa terdekat, memandangkan Oktober masih berbaki beberapa bulan.
3. Penetapan Dasar Monetari Bank of England

Bank of England (BoE) akan mengumumkan dasar monetari terkini pada hari Khamis (2 Mei 2019) pada jam 7 petang waktu Malaysia. Tumpuan kali ini akan diberikan kepada panduan yang diberikan oleh Gabenor Mark Carney selepas pengumuman dasar.

Bank pusat ini sepatutnya berada dalam fasa pengetatan kadar faedah jika bukan disebabkan isu Brexit. Persoalan sekarang, adakah penangguhan Brexit dari bulan April ke Oktober memberikan lebih kepastian dan meningkatkan peluang kenaikan kadar faedah?

Walaubagaimanapun, BoE dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah pada paras 0.75%, tetapi isi kandungan minit mesyuarat dan laporan inflasi akan turut menjadi perhatian untuk mendapatkan pendirian sebenar bank pusat terhadap hala tuju dasar di masa hadapan.
4. Data Ekonomi Penting Amerika Syarikat, Non-Farm Payroll (NFP)

Wall Street akan memberikan perhatian kepada data NFP bulan ini, selepas laporan pekerjaan bulan Mac yang begitu memberangsangkan dan prestasi pertumbuhan ekonomi yang positif. Pakar ekonomi berpendapat pasaran ketika ini dijangka begitu sensitif kepada data ekonomi. Pasaran akan fokus kepada data kali ini sama ada momentum laporan bulan Mac berterusan ke bulan April.

Fokus utama pada minggu ini sudah tentu kepada data pekerjaan NFP, lebih-lebih lagi data sebelum ini mencatat bacaan yang jauh lebih besar berbanding bulan Februari. Amerika Syarikat mencatat tambahan sebanyak 196,000 pekerjaan pada bulan Mac berbanding 20,000 pada bulan sebelum itu.

Data ini akan dikeluarkan pada hari Jumaat (3 Mei 2019) pada pukul 8.30 malam. Di antara yang menjadi perhatian pasaran juga adalah beberapa data ekonomi lain seperti, data kadar pengangguran, purata pendapatan per jam dan juga indeks aktiviti ekonomi ISM Non-Manufacturing PMI yang mewakili sebahagian besar ekonomi Amerika Syarikat.
5. Cuti Panjang Pasaran Jepun

Jepun sudah memulakan cuti panjangnya selama 10 hari sejak Sabtu (27 April 2019), bagi menyambut peralihan takhta Maharaja Jepun kepada Putera Mahkota Naruhito pada Selasa (30 April 2019) dan Rabu (1 Mei 2019).

Ini bermaksud sektor perbankan dan pasaran kewangan Jepun terpaksa ditutup selama enam sesi dagangan berturut-turut menjadikan ia penutupan paling panjang sejak Perang Dunia Kedua.

Agensi Perkhidmatan kewangan Jepun telah menggesa pedagang matawang untuk menguruskan posisi mereka secara berhemah sebelum cuti bermula. Agensi tersebut juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dan terus memerhatikan pergerakan pasaran bagi mengesan aktiviti ‘manipulasi pasaran’ sepanjang cuti umum berlangsung.




more... http://KLFX.blogspot.com





.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
Tips Saham


Date Name Last$ Latest$ Target$ Diff$ Diff% Call News
05/21 GBGAQRS 1.34 1.24 1.72 +0.38 +28.36% Buy Gabungan Aqrs Berhad - Blip In Earnings


LAGI TIPS SAHAM >> https://klfx.blogspot.com



.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
Apa Itu Pecahan Saham Atau Share Split? Ketahui Juga Dua Kelebihannya


Pernah tak anda mengalami situasi di mana saham yang dibeli berubah harga menjadi lebih rendah tetapi jumlah saham anda bertambah? Ini adalah disebabkan tindakan korporat yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut, oleh itu jangan panik. Ianya dikenali sebagai pecahan saham atau share split.

Secara ringkasnya, pecahan saham seumpama anda mempunyai sekeping RM100. Kemudian, syarikat ingin menukarkan duit itu menjadi 2 keping RM50. Nilainya tetap sama iaitu RM100.

Pecahan saham merupakan satu tindakan korporat yang akan menambahkan jumlah unit saham, seterusnya menurunkan harga saham tersebut. Jadi, modal pasaran syarikat itu tetap tidak berubah. Untuk pecahan saham setiap 1-unit menjadi 2-unit, pelabur akan mendapat 1-unit tambahan untuk setiap 1-unit saham yang kita pegang, tetapi harga saham tersebut akan kurang separuh.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kita kaji tindakan korporat yang dilaksanakan oleh JHM Consolidation Berhad. Pada asalnya, saham ini didagangkan pada harga RM3.00 dan mempunyai 250 juta saham keseluruhan di mana jumlah modal pasarannya bersamaan RM750 juta.

JHM telah melaksanakan pecahan saham di mana setiap 1-unit menjadi 2-unit. Sekiranya pelabur memiliki 10,000-unit saham, beliau akan menerima 10,000-unit lagi saham tambahan (20,000-unit keseluruhan), tetapi harga diturunkan 50% daripada RM3.00 menjadi RM1.50. Anda akan lihat modal pasaran tidak berubah tetapi jumlah unit saham keseluruhan akan meningkat kepada 500 juta saham dan harga saham turun 50% menjadi RM1.50.

Cara paling mudah untuk mengira harga baru saham selepas pecahan saham adalah dengan membahagikan harga saham sebelumnya dengan nisbah pecahan saham tersebut. Dalam scenario JHM ianya bersamaan RM3.00 / (2/1) = RM1.50.

Jadi apa kelebihan melakukan pecahan saham jika tidak mengubah nilai modal pasaran syarikat? Dua kelebihan mengapa syarikat melaksanakan pecahan saham:
1. Psikologi

Apabila harga saham kian meningkat tinggi, pelabur mula merasakan harga terlalu tinggi untuk dibeli dan pelabur kecil-kecilan mungkin tidak mampu membeli. Dengan tindakan korporat ini, ia akan menurunkan harga ke paras yang lebih menarik.

Walaupun nilainya tidak berubah, tetapi harga saham yang rendah akan menarik perhatian pelabur. Ia juga membuat pelabur merasakan mereka memiliki lebih banyak saham untuk didagangkan.
2. Liquidity

Apabila jumlah saham bertambah dan harga berkurang, ini akan meningkatkan volume pembeli dan penjual serta menurunkan bidaan minimum saham tersebut. Sebagai contoh, saham NESTLE di mana harga mencecah ratusan ringgit, volume pembeli dan penjual amat kecil dan bidaan minimumnya adalah 10 sen berbanding saham bawah RM1.00 di mana bidaan minimumnya adalah 0.5 sen dan volume pembeli dan penjual juga lebih banyak.

Ada yang mengatakan bahawa tindakan korporat ini merupakan satu petunjuk yang baik. Ini kerana harga saham syarikat tersebut meningkat tinggi dan berada dalam prestasi yang baik. Tapi kena ingat, ianya tidak mengubah nilai sebenar saham tersebut.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
Biasanya kalau ikut definisi, saham mahal adalah saham-saham yang berharga di atas RM1.00. Bunyinya macam kelakar bukan?

Sayangnya pelabur saham di Bursa Malaysia berpendapat saham yang harganya atas RM1.00 sudah cukup mahal. Tetapi itulah realiti pelabur runcit yang ada di Bursa Malaysia.

Mereka lebih cenderung membeli saham yang bawah RM1.00 (harga sen-sen), boleh beli banyak-banyak katanya.



Gambar di atas adalah contoh saham patuh syariah yang berharga lebih RM1. Mengungguli carta adalah saham Nestle, baru RM148 seunit. Mahal ke? Eleh, dulu masa harga dia RM50 pun kata mahal juga.

Semasa artikel ini ditulis, jika mengikut screener BursaMarketplace, saham patuh syariah yang berharga bawah RM1 ada sebanyak 447 saham. Paling murah berharga RM0.015.

Ramai yang kami jumpa akan cakap

“Bro, modal aku kecik, kalau saham tu mahal tak boleh beli banyak pula”

Paling pelik, mereka yang ada duit juga tak nak beli saham ‘mahal’.

“Eh bro, saham harga RM1.00 kau kata mahal. Tak ada modal. Tapi saham harga 2 sen kau pulun beli sampai 100,000 unit”

Mengikut pemerhatian kami, ramai terikut-ikut dengan fahaman ini sebab:

1. Kawan cakap buat apa beli saham mahal, banyak lagi yang murah.
2. Duit sememangnya tak cukup nak beli.
3. Kalau beli saham yang mahal, dapat beli sedikit saja (unit).

Katakan anda mempunyai pegangan pada saham A pada harga RM10.00 dan saham B pada harga RM0.50. Kedua-dua saham mengalami kejatuhan harga yang sama iaitu 10 sen pada hari tersebut.

Saham A

Harga beli = RM10.00
Kejatuhan harga = 10 sen
Harga selepas kejatuhan
= RM10.00 – RM0.10 = RM9.90
Kadar kerugian
= (RM0.10/RM10.00) x 100% = 1%

Saham B

Harga beli = RM0.50
Kejatuhan harga = 10 sen
Harga selepas kejatuhan
= RM0.50 – RM0.10 = RM0.40 sen
Kadar kerugian
= (RM0.10/RM0.50) x 100% = 20%

Sebenarnya mana satu yang rugi lebih banyak?

Kita kena ubah persepsi saham bahawa saham RM0.05 tidak murah, saham harga RM10 pula sebenarnya tidak mahal. Risiko beli saham RM0.05 tidak sama dengan risiko saham RM10.

*Kemahalan atau kemurahan saham tu sebenarnya kena guna nisbah P/E. InshaAllah ada masa di artikel seterusnya kita cerita pasal nisbah P/E.
Beli Saham Bukan Ikut Harga Mahal Atau Murah

Pulak dah, habis tu nak tengok apa?

Sebenarnya kita tidak boleh kata saham itu murah atau mahal dengan melihat harga sahamnya sahaja. Juga tidak berapa bijak kalau melabur semata-mata hanya tengok harga saham.

Benda pertama yang patut para pelabur (jangka panjang) perlu lihat adalah sama ada prestasi keuntungan saham tu konsisten atau tidak.

Lagi satu, matlamat untuk melabur kita berbeza-beza.

Ada yang nak pulangan 10% setahun.
Ada yang nak pulangan 30% setahun.

Jadi apa bezanya saham murah atau mahal sekiranya kita boleh mencapai objektif pelaburan yang diinginkan?



....Kelas Saham Bursa Malaysia & WallStreet (CFD) - RM69 shj? >> http://www.KLFX.blogspot.com




.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
Bukan lagi menjadi satu perkara yang hairan jika wanita celik saham sama seperti kaum lelaki. Tidak kira sama ada wanita tersebut seorang suri rumah atau pun wanita yang bekerjaya, peluang untuk membuat duit daripada pelaburan saham haruslah direbut dengan sebaik mungkin.

Di Malaysia, penglibatan golongan wanita dalam pelaburan saham masih berada di tahap yang rendah. Namun, kita dapat lihat trend pelabur wanita yang bergiat aktif semakin meningkat naik.

Menurut kajian daripada University of California, Berkeley, wanita mengatasi lelaki di dalam prestasi saham sebanyak 2.3% di dalam tempoh 7 tahun.

Wanita zaman sekarang bukan sahaja perlu menguruskan keluarga malah ramai yang berkerjaya. Tuntutan tanggungjawab pada keluarga dan kerjaya menjadikan mereka serba boleh dan bijak mengintai peluang

3 faktor utama yang mendorong kepada ‘kemenangan’ golongan wanita adalah:

Lebih Banyak Bersabar
Rendah Hati
Suka Elak Risiko

Boleh baca lebih lanjut dalam Kenapa Wanita Lebih Pandai Melabur Berbanding Lelaki? Mesti anda terkejut punya.

Kalau nak tahu, banyak sebenarnya kelebihan dan manfaat yang dapat diperolehi sekiranya wanita sama-sama bersaing dengan golongan lelaki dalam pelaburan saham:
1. Dapat Membantu Ekonomi Diri Dan Keluarga

Kita semua sedia maklum bahawa aktiviti jual beli saham boleh dilakukan pada setiap hari bekerja, Isnin ke Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Tapi ianya tidak memerlukan kita ‘monitor’ saham setiap masa kan?

Dengan menguasai teknik dalam mengenal pasti kaunter yang berpotensi tinggi setiap hari, secara tidak langsung ianya dapat menjana pendapatan untuk keluarga. Dapat juga meningkatkan taraf ekonomi diri sendiri dan juga keluarga.

Dalam suasana ekonomi yang mencabar, baik juga sekiranya isteri dapat membantu suami dalam mencari duit lebih.
2. Masa Yang Fleksibel

Bagi mereka yang merupakan suri rumah sepenuh masa, menggiatkan diri dalam pelaburan saham sangat sesuai dengan anda. Kalau rasa nak aktif jual beli hari-hari pun boleh, seminggu sekali pun boleh. Ikut suka. Sambil-sambil mengemas rumah, memasak atau menjaga anak-anak, sambil tu boleh jenguk-jenguk pergerakan harga saham kegemaran.

Tak perlu duduk depan komputer, zaman sekarang guna smartphone pun dah jual beli saham. Yang penting, masa dengan anak-anak dapat diutamakan.

Bagi yang bekerja pula, boleh study malam sebelumnya dan Set Alert. Bila saham dah cecah Entry Price yang kita tetapkan, boleh beli. Bila cecah tahap Cut Loss, dapat alert dan terus jual. Semuanya menggunakan smartphone.

Boleh dengar perkongsian Puan Nur Shafika, seorang pensyarah di UiTM bagaimana beliau boleh aktif terlibat dalam pelaburan saham.
3. Tidak Perlukan Sijil Akademik Dan Modal Yang Banyak

Siapa kata nak melabur saham kena ada taraf pendidikan yang tinggi. Ada saja lepasan SPM yang berjaya. Syarat utama nak melabur, kena ada akaun CDS.

Ini bermakna, pelaburan saham terbuka kepada semua orang tidak kira latar belakang pendidikan mahu pun modal yang besar.


...Kelas Asas Saham Bursa Malaysia (Asas Candlestick, IPO, Screening Saham, Dividen Yield) >> http://www.KLFX.blogspot.com




.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
1,988
Reaction score
3
Points
35
Hari ini hari jumaat adalah hari yang berkat dan adalah hari yang baik untuk kita melabur di dalam saham,semua orang sibuk dengan hal masing-masing tapi kita jangan lupa tentang saham dan perkara itu saya akan jelaskan di sini.

Ketika kita membeli saham dan saham itu kita akan simpan selama-lamanya ,jikalau boleh biarlah saham yang kita beli itu berada pada masa semua orang takut untuk memasuki pasaran atau berlaku situasi ‘jualan panik’.

Pada hari jumaat lepas iaitu tepat pukul 2.49 petang waktu Malaysia,Jepun di gegarkan dengan gempa bumi sekuat 8.9sklala richter dan terkuat di dalam sejarah negara matahati terbit itu sejak 140 tahun yang lalu,ketika itu saya dan rakan-rakan baru selesai menunaikan solat jumaat dan pasaran KLCI terus menjunam ke paras 20 mata,bukan itu saja pasaran Nikkei,Hong Kong dan lain-lain negara pun terkena tempias yang sama.

Situasi panik ini pernah berlaku sama seperti ‘Black Monday’ pada tahun 1987 di mana pasaran saham seluruh dunia menjunam 45.5% di Hong Kong,41.8% di Australia dan 31 %di Sepanyol.perlu di ingat kejatuhan pasaran saham dua digit di bursa utama dunia menyebabkan pelabur pun menjual saham mereka dan mengambil posisi tunggu dan lihat.

Gambar:seorang broker saham New York yang kecewa.

Ada satu analogi di dalam hukum kehidupan,setiap yang jatuh pasti akan naik,dan setiap yang naik pasti akan jatuh,saya memerhatikan tindakan Warren Buffet,Buffet berkata baru-baru ini tangan beliau berasa ‘gatal’ untuk membeli syarikat-syarikat yang akan datang,beliau membeli Burlington Northern Santa Fe dengan nilai USD26billion secara tunai dan selepas itu beliau bercadang untk membeli syarikat lain yakni dengan memulakan pelaburan baru.

Gambar:Warren Buffet,manusia ke tiga kaya di dunia(Fortune 2011)

Susulan dengan ‘tangannya yang gatal’ itu beliau membuat pengumuman membeli syarikat konglomerat pengurusan kimia aditif terbesar di dunia iaitu Lubrizol Corp dengan harga USD 135 sesaham dengan jumlah pelaburan USD 9 Billion pada 13 March 2011.

Lubrizol:Syarikat aditif kimia terbesar di dunia.

Dalam sibuk orang memperkatakan bencana gempa bumi di Jepun pelabur saham seharusnya mengambil kesempatan dari apa yang berlaku,bila berlaku pasaran jualan panik pelabur mestilah bersikap bagikan ‘harimau lapar mencari mangsa’ dan bersedia ‘menadah’ saham-saham ,yang sudah pasti ada diskaun di situs sebagaimana kata Warren Buffet “Perlu takut apablila semua orang(pelabur) merasa tamak dan perlu tamak ketika semua orang(pelabur) berasa takut”

Di samping itu pelabur perlu peka ke atas apa yang berlaku boleh di jadikan iktibar untuk kita,kita perlu lihat apa Buffet,Soros,El Erian dan Jim Rogers berkata tentang pasaran dan tindakan mereka serta kita jangan buang masa dan memberi alasan lagi,belilah saham yang anda suka dan simpan untuk masa depan anda dan saya sering mengulang-ulangkan ketika memberikan ceramah kepada segolongan perunding unit amanah di Cheras,Damansara Perdana dan Muar.

“Selagi kerajaan di seluruh dunia masih belum mengishtiharkan pasaran saham belum pulih,selagi itu pelabur boleh melabur untuk mendapatkan pulangan saham ‘Super duper Profit”.

p/s:Buffet da mula melabur,anda bila lagi?takkan tengok sahaja?.


.........Kelas Pelaburan Saham RM69 shj ->> http://www.KLFX.blogspot.com





.
 

Attachments

Sponsored Post
Top
Log in Register