BTC USD 54,284.8 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Mac Mini Cip M1X Akan Di Lancar Dalam Masa Beberapa Bulan Lagi

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Tahun lalu Apple membuka lebaran dengan melancarkan MacBook Air, MacBook Pro dan Mac Mini dengan cip Apple M1 keluaran sendiri. Apple bergerak ke hadapan bagi menawarkan prestasi yang tinggi tanpa isu pemanasan yang sinonim dengan cip keluaran Intel. Kini menurut Mark Gurman, Mac Mini baharu dengan cip M1X akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Cip Apple M1X akan membolehkan Mac Mini baharu dilengkapi empat port USB4 merangkap Thunderbolt3, dua USB-A, ethernet dan HDMI yang lengkap. Peningkatan dari hanya dua USB4/Thunderbolt 3 pada Mac Mini M1 sedia ada.

Selain penaiktarafan pada cip pemproses, Mac Mini M1X turut akan diberikan rekaan baharu dengan panel kaca di bahagian atas seperti yang ditiriskan oleh Jon Prosser Mei lalu. Turut akan disokong ialah port kuasa bermagnet yang digunakan pada iMac.​

1629880710461.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
M1 Pro & M1 Max Di Umum - Cip M1 Yang Lebih Berkuasa

Apple sebentar tadi mengumumkan cip pemproses terbaru M1 Pro dan M1 Max. Mereka mendakwa ia merupakan cip paling berkuasa pernah dihasilkan Apple. Kedua-duanya masih menampilkan seni bina ARM dengan pemproses 5nm tetapi Apple menjanjikan prestasi jauh lebih baik berbanding terdahulu.

M1 Pro hadir dengan 10 teras CPU yang merangkumi 8 teras prestasi tinggi dan 2 teras kecekapan. Dipadankan dengan 16 teras GPU, menyokong memori sehingga 32GB RAM dengan kelajuan sehingga 200GB/s.

Apple_M1-Pro-M1-Max_CPU-Performance_10182021.jpg


Sementara M1 Max adalah dua kali ganda daripada M1 Pro. Terbina di dalam 10 teras CPU yang sama, 32 teras GPU yang prestasinya 7 kali ganda lebih pantas tetapi lebih kurang penggunaan tenaga dan menyokong memori sehingga 64GB RAM serta kelajuan 400GB/s.

Apple_M1-Pro-M1-Max_M1-Max-GPU-Performance-vs-PC_10182021.jpg


Apple_M1-Pro-M1-Max_M1-Max-GPU-Performance-vs-High-End-PC_10182021.jpg


Selain itu, kedua-dua cip tersebut juga didatangkan dengan fungsi memproses video ProRes lebih pantas. Namun, masih mengekalkan penggunaan tenaga pada tahap minimum.

Apple_M1-Pro-M1-Max_Pro-Res_10182021.jpg


M1 Pro dan M1 Max masing-masing adalah nadi utama kepada komputer riba terbaharu Apple, iaitu MacBook Pro 14 inci dan MacBook Pro 16 inci. Dengan ini, Apple semakin hampir melakukan peralihan penuh penggunaan cip Apple Silikon.​
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register