Maahad Al-Zaytun/Pemuda Kahfi

CG Sponsors




handymanny

Banned
Joined
Jun 15, 2007
Messages
1,791
Reaction score
3
Points
25
tahun 2000 rasanya isu ni hangat diperkatakan... tahun lepas pun ada pasal pemuda kahfi...

jom kongsi pengalaman sape yg ada hantar adik2 atau anak ke maahad al-zaytun...
 
Sponsored Post

nicky81

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2006
Messages
3,724
Reaction score
1
Points
25
SETELAH membelanjakan RM1,360, Ahmad (bukan nama sebenar) mulai sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan ajaran kumpulan yang diikutinya. Tambahan ada ahli dalam kumpulan yang lalai menunaikan sembahyang, dan apabila ditanya mereka menjelaskan solat boleh dibahagi kepada dua; yang aktual dan ritual.

Sembahyang aktual adalah lain-lain amalan, khususnya melakukan kerja-kerja di dalam organisasi mereka. Malah ulasan mereka mengenai hadis daripada Aisyah yang menceritakan Rasulullah s.a.w. bersembahyang sehingga bengkak kakinya, jauh berbeza daripada yang biasa didengar. Hurai mereka, jika baginda melakukan solat biasa, takkan kakinya menjadi bengkak. Sebenarnya sembahyang Nabi s.a.w. itu bukan solat biasa, tetapi amalan-amalan lain juga adalah solat, kata mereka.
Kelainan huraian mengenai perkara asas dalam Islam ini menimbulkan rasa 'cuak' dalam hati Ahmad. Bagaimana maksud sembahyang fardu ini boleh diperluaskan sedemikian rupa, sedangkan sebelum ini tidak ada ulama menghujahkannya sedemikian? Di mana pula dalil al-Quran dan sunah untuk menegakkan kebenaran hujah sebegini?

Pemuda berusia 25 tahun dan berperwatakan pendiam ini mengakui, dia mula memasuki Kumpulan Daulah Islam Nusantara (DIN)/Pemuda Kahfi tahun lalu setelah diajak tiga rakan sekolahnya untuk mengikuti pengajian al-Quran.
Tanpa disedari, Ahmad menjadi seorang prospek bagi rakan-rakannya yang mengikuti kumpulan yang dikhuatiri sebuah ajaran sesat ini. Mengikut ingatannya, mereka telah tiga kali mengajaknya mengikuti kelas pengajian itu, bagaimanapun dia diberitahu, menurut rekod mereka telah mencuba sebanyak empat kali. Ahmad terkejut, rupanya setiap cubaan mereka menariknya memasuki kumpulan itu direkodkan!

Namun mereka terlalu berahsia. Dia tidak akan diberitahu di mana, bila dan siapa yang akan mengajar dalam pengajian itu. Untuk mengikuti pengajian, mereka akan menunggu di beberapa tempat seperti di stesen minyak, masjid, pusat membeli-belah di Cheras, Kajang, Seri Kembangan dan sebagainya, sebelum dibawa mengikut jalan belakang ke tempat-tempat tertentu untuk mengikuti kelas al-Quran. Ini untuk merahsiakan lokasi sebenar aktiviti, tetapi alasan yang diberi mereka ialah, khuatir pergerakan mereka diketahui 'orang kafir.'

Menurut Ahmad, dalam tempoh 5-10 hari terawal, mereka akan menimbulkan keraguan terhadap perkara-perkara asas dalam Islam sehingga berasa selama ini dia tidak faham agama dan merekalah orang yang benar-benar boleh mengajar, dan memberikan kefahaman sebenar mengenai al-Quran.
Setiap sesi dia akan diasak dengan pelbagai ilmu oleh seorang guru yang digelar penyampai, pendamping dan sponsor. Kursus dijalankan secara intensif, tiga atau empat hari dalam seminggu selama hampir tiga jam, bertubi-tubi, dengan tiga orang cuba meyakinkan atau 'menyerang' seorang prospek dari segi psikologi.

Mereka menimbulkan keraguan sehingga tahap seorang prospek sanggup membayar sejumlah wang untuk mengikuti pengajian enam bulan seterusnya. Mereka berasa ini adalah sesuatu yang istimewa, dan tidak dapat diperolehi di tempat-tempat lain.
Mereka menggunakan ayat al-Quran untuk berhujah, bagi menarik golongan yang berminat dengan agama. Mereka juga menghafal beberapa ayat al-Quran, dan bercakap berlapikkan hujah al-Quran. Ini menimbulkan keyakinan. Malah pemuda ini telah dapat menghafal banyak ayat al-Quran walaupun baru mengikutinya beberapa bulan.

Menurut mereka, perkataan Muhammad yang digunakan di dalam al-Quran adalah satu predikat bagi orang yang membawa ajaran Ahmad. Jadi mereka yang membawa ajaran al-Quran juga adalah Muhammad, berstatus kerasulan.

Mereka mendakwa ramai 'orang besar' telah menyertai kumpulan itu. Malah kata mereka, jika berselisih dengan 'umat' (ahli kumpulan) itu pun mereka tidak akan saling mengenali.
Kata Ahmad, dalam forum-forum atau chatting agama di Internet, unsur-unsur ajaran kumpulan ini yang mentafsir ayat-ayat al-Quran tanpa mengikut asbabul nuzul, boleh dikesan. Mereka ingin menegakkan negara Islam kerana pemerintah-pemerintah sekarang dianggap umpama Firaun. Negara-negara sedia anggap bukan negara Islam, negara atau daulah Islam adalah di sebuah tempat di negara jiran, dan ahli perlu membayar sejumlah wang untuk ke sana setelah mengikuti program-program yang disusun.
Menurut mereka Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah untuk membina sebuah daulah Islam. Sedangkan sekarang kita ibarat berada di Mekah yang bukan sebuah 'negara Islam'. Maka bagi mereka, sesi tilawah dianggap seperti sedang berperang untuk membina negara,

Ahmad bagaimanapun bersyukur dia tidak sempat untuk terbabit terlalu jauh. Dia menyertai mereka kurang enam bulan sebab tidak dapat menerima hujah mereka berkaitan solat. Bagaimanapun telah membayar RM1,000 untuk yuran pendaftaran, RM300 wang taubat dan RM60 lagi sebagai infak.
Menurutnya, ada ahli yang keluar kerana tidak mampu membayar yang dituntut ke atas mereka. Tetapi apabila dia keluar kerana tidak bersetuju dengan ajaran-ajaran kumpulan itu, dia dipanggil kafir. Katanya, ada di antara pengikut kumpulan ini menjadi taasub, dan sukar untuk keluar.

Pengakuan Ahmad ini dibuat dalam sesi khas semasa Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad mendedahkan ajaran kumpulan ini dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat pergerakan itu di Gombak, Selangor baru-baru ini.
Kumpulan ini, Daulah Islamiyah Nusantara (DIN) ataupun disebut Pemuda Kahfi menurutnya mungkin telah bergerak secara rahsia selama 10 tahun di negara ini. Bagaimanapun ABIM mengesan organisasi ini bergerak aktif di beberapa kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih setahun.

Mereka dikatakan membentuk wilayah-wilayah yang dipimpin oleh seorang yang digelar ulul amri serta beberapa beberapa pemimpin bawahan yang menjalankan sesi pengajaran kepada ahli. Sesi pengajaran itu merupakan proses indoktrinasi yang boleh menyebabkan ahli taasub kepada ajaran dan arahan pemimpin.

Menurut Yusri, ramai ahli DIN/ Pemuda Kahfi ini terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, peguam, pensyarah dan sebagainya. Mereka juga mendakwa beberapa 'orang besar' turut mengikuti ajaran ini.
Terbaru kumpulan itu juga dikesan menjadikan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebagai sasaran mereka. Malah sebilangan kecil pelajar IPT didapati telah pun terbabit dengan kumpulan ini.

Selaras itu, Yusri menasihatkan para ibu bapa memantau anak-anak mereka yang berminat dan mengikuti pengajian agama agar tidak mengikuti kumpulan yang menyeleweng sebegini.
Beliau juga berharap dengan pendedahan ini, mereka yang terbabit, terutama yang telah sampai ke tahap digelar 'umat', tampil ke hadapan untuk memberi maklumat lanjut kepada pihak berkuasa.
Menurutnya, ajaran kumpulan ini adalah merbahaya bukan sahaja dari sudut penyelewengan akidah, mengeksploitasi wang para ahlinya, dan bertentangan dengan norma-norma sosial masyarakat, tetapi boleh mengancam keselamatan negara kerana menyemai sikap taasub kepada pemimpin serta gerakan.

Daripada kajian ABIM selama hampir enam bulan, ajaran-ajaran DIN/Pemuda Kahfi mempunyai banyak persamaan dengan gerakan Negara Islam Indonesia (NII) yang berpusat di Maahad Al-Zaytun di Indonesia. Walaupun ABIM pada dasarnya tidak mengaitkannya dengan NII tetapi istilah-istilah yang digunakan dan ajaran kumpulan di Malaysia ini mempunyai persamaan dengan NII. Contohnya 'kahfi', 'dikahfikan' dan penjelasannya berkaitan tauhid, kerasulan dan sebagainya.
Bacaan lanjut melalui blog di Internet mendapati, ajaran daripada Maahad Al-Zaytun, yang merupakan pasentren terbesar di Asia, telah disahkan terpesong daripada ajaran Islam sebenar oleh kerajaan Indonesia dan Malaysia.

Tokoh utama gerakan NII Al-Zaytun adalah Syeikh Abdus Salam Panji Gumilang atau lebih dikenali sebagai Abu Toto,59, yang berasal dari Gresik. Beliau telah berjaya membina pesantren yang serba moden dan mempunyai kemudahan canggih di Mekar Jaya, Haur Geulis, Indramayu Jawa Barat. Maahad ini didirikan atas tanah seluas 1,200 hektar dan dana jutaan rupiah pada 1996.
Kerajaan Malaysia tidak berapa lama dahulu telah memanggil pulang pelajar kita daripada maahad tersebut kerana didapati menyeleweng. Selain itu Maahad Al-Zaytun juga dikatakan bijak menggunakan istilah-istilah agama seperti zakat, sedakah, infak, kafarat dan sebagainya untuk mengutip wang daripada para pengikutnya.
 

nicky81

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2006
Messages
3,724
Reaction score
1
Points
25
Antara ajaran mereka mempunya persamaan dengan ajaran kumpulan DIN/Pemuda Kahfi yang didedahkan oleh ABIM ini. Antaranya:

* Dari segi akidah, membahagikan masalah tauhid kepada tiga; tauhid rububiyyah yang diibaratkan akar tetapi ditafsirkan dengan undang-undang. Tauhid Mulkiyyah yang diibaratkan batang dan ditafsirkan sebagai negara, dan Tauhid Uluhiyyah yang diumpamakan buah, dan ditafsirkan sebagai umat.
* Tauhid mulkiyyah adalah terpenting dan menjadi doktrin utama dalam memperjuangkan kekuasaan dan kedaulatan Allah dalam mewujudkan negara Islam.
* Ajaran maahad ini juga menyatakan kerasulan dan kenabian tidak berakhir, malah setiap yang menyampaikan dakwah Islam adalah rasul Allah.
* Walaupun mengakui al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Muhammad, tetapi mereka berpendapat manusia bebas mentakwil atau mentafsir ayat-ayat itu sama ada yang muhkamat mahupun mutasyabihat.
* Sembahyang lima waktu tidak diwajibkan, malah membahagikannya kepada dua; solat aktivitas dan solat ritual. Solat aktivitas adalah menjalankan program seperti merekrut 'umat' agar menyertai kumpulan mereka dan mengumpul dana.
* Mereka yang di luar kumpulan atau tidak mahu mengikuti syariat Islam menurut tafsiran mereka adalah kafir.
* Dosa boleh dihapuskan dengan membayar wang kepada organisasi.
* Indonesia dianggap sebagai Mekah sedangkan NII KW. IX Al Zaytun adalah Madinah. Maka segala ibadah seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya tidak sah dan tidak akan diterima dilaksanakan di 'Mekah'. Amalan-amalan itu hanya diterima jika dilakukan di 'Madinah.'
* Mereka yang tidak masuk NII adalah kafir dan akan masuk neraka, hanya kelompok mereka saja yang akan ke syurga.
* Setiap anggota wajib infak mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

- Majalah Al Islam November 2005
 

matgori

Active+ Member
Joined
Mar 17, 2007
Messages
3,929
Reaction score
8
Points
25
oh, aku baru tahu pasal ni, thanx 4 info
 

farouck

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2006
Messages
2,545
Reaction score
1
Points
25
banyak gerakkan nie libatkan student..sama macam gerakkan kris..
 

alhan

Fun Poster
Joined
Aug 22, 2007
Messages
455
Reaction score
4
Points
25
Ajaran Pemuda Kahfi

asslammualaikum...

erm...ada tak forumer kat sini yang pernah membaca artikel berkenaan dengan tajuk di atas? sebenarnya artikel ini telah keluar dalam metro dan kosmo....

saya hendak berkongsi sesuatu dgn forumers disini sebagai teladan agar kita lebih berhati2.

sebenarnya saya mempuyai kawan yang pernah terlibat dalam ajaran tersebut...mmg dari awal kita tak dapat nak sangka bahawa ajaran ini menyeleweng...sbb pendekatannya adalah dari kenalan yang rapat sahaja seperti kawan baik,adik beradik dan ahli keluarga. mmg kita tak akan sangka yang buruk...tambahan pula kumpulan ini lebih banyak menggunakan tafsir al-quran untuk bicara dan seterusnya ke soal jawab.

peringkat2 (silibus) yang perlu diikuti adalah dengan membawa prospek mendengar permulaan ayat keagungan ayat bismillah,overview al-quran, sejarah nabi, azan dan jihad(sodoqoh wang). ini semua dgn motif untuk membina negara islam yang dirahsiakan...dan seterusnya merekkrut ahli baru dengan kaedah yang sama.

apabila diterima berada dalam kumpulan ini ahli2 akan diterapkan dengan berkali2 ayat yang sama bagaimana mencari ahli baru...andainya tidak dapat pelbagai soklan yang akan ditanya...ibarat berada dalam kem komander...

alhamdulillah...kawan saya segera sedar dengan objektif kumpulan tersebut sbb ada satu kelas yang dia hadiri yang menyatakan manusia di luar adalah binatang...dan darpada pemerhatian dia kebanyakan ahli adalah mereka yang muda2...kesian!

menurut ahli lama kumpulan ini, jika mereka sudah lama, adalah diwajibkan untuk menukar nama lain...ini yg masalahnya...sukar untuk dikesan identiti mereka.

pernah saya dan kawan saya buat laporan polis, JAWI dan ABIM untuk membanteras aktiviti kumpulan ini...namun agak sukar...kerana sesama ahli pun tidak mengenali...ini semua dilakukan kerana difak (faktor keselamatan...)



itulah serba sedikit...pengalaman saya

pengajaran:

1)kepada mereka yang muda dan ingin mencari ilmu agama carilah dengan bijaksana, sentiasa bertanya dan buatlah penyelidikan...sebab klu terjumpa yg salah itulah akibatnya...terpesong.

2)dalam dunia ni semuanya DUIT...mmg bukan semua perlukan DUIT tetapi segalanya adalah DUIT.

3)negara islam yang didakwa adalah INDONESIA.

apa2 pun InsayAllah saya akan berikan maklumat yang saya perolehi untuk dikongsi bersama.

p/s:belum jmpe lagi dgn wartawan.
 

aaril

Fun Poster
Joined
May 2, 2008
Messages
829
Reaction score
6
Points
15
berhati2 lah...sy pun hampir2 nauzubillah..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register