BTC USD 55,124.6 Gold USD 2,499.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Maaf kami terpaksa naikkan lagi harga' - Peniaga bazar Ramadan

Sponsored Post

Semalam saya kat KL...

Saya bagitau anak2 saya teringin makan "Mon Chinese Beef Roti"...so depa pun cari roti tu kat B.Bintang.
Awal datang...Tapi beraturnya panjang sungguh 😅
last2 diorg pun tak larat beratur....InsyaAllah lain kalilah..
(haha....warga KL ni memang asyik nak makan je benda viral...
kasi chan la org jauhh )

sudahnya sebab teringin nak makanan Chinese....berbuka lah juga kat kedai China Muslim (tapi mcm Arab je..) kat Setapak...M Hot Pot Chinese Muslim....
melayang juga RM 350.00
(lepas tu..drive balik.....terus sahur juga kata mamak...hahaha...makan mamak juga yg puasnya.. 😎 )

Bukan nak cerita apa

saya tengok warga KL memang mewah berbelaja makan...
Tak nampak kata kesan ekonomi ..susah
Tapi munkin warga KL ni ramaiii kot...so..yg susah ..cara susah..Yg senang cara senang..
Nampak byk je iklan buffet ramadan mewah merata2 hotel B.Bintang, dll

(Kami sesekali p makan KL..boleh la,...selalu p bazar ramadan habis dlm Rm 50 sja 😎 )
 

Gerai warga emas lengang, orang singgah tapi tak jadi beli... Pemuda dapat jawapan lepas curi dengar perbualan​

Ahad, 17 Mac 2024 4:00 AM

553.jpg

Bazar Ramadan menjadi lokasi popular membeli juadah berbuka puasa. -Gambar hiasan



BULAN Ramadan merupakan masanya untuk peniaga gerai makan meraih pendapatan yang melimpah-ruah.

Khususnya di bazar, setiap peniaga daripada pelbagai latar belakang akan berlumba-lumba untuk menarik pelanggan membeli juadah berbuka puasa.



Bagaimanapun melalui satu ciapan tular di laman X, seorang pemuda dikenali sebagai Naim menzahirkan rasa kasihan apabila ditemukan dengan pasangan suami isteri lanjut usia yang menjual lauk-pauk di bazar Ramadan.






2596231.jpg


Pembayaran menerusi kod QR memudahkan pelanggan. -Gambar hiasan


Menurutnya, pasangan warga emas itu sepertinya kurang mahir dengan selok-belok platform digital kerana tidak menyediakan kemudahan untuk pembeli membuat pembayaran secara kod QR.

Tambah Naim lagi, perkara tersebut menjejaskan kehadiran pelanggan ke gerai pasangan itu yang kelihatan lengang walaupun ketika waktu puncak.

"Anak-anak kalau ada mak ayah atau orang tua yang berniaga dekat bazar Ramadan tu, tolong la buatkan kod QR untuk mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran tiada staf, owner percaya pelanggan! Sendiri bungkus, kira dan bayar... Hutang pun boleh - “Tinggi tawakal dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa keras semacam!” - Pelanggan hulur wang kertas RM50, desak nak baki segera... Mujur peniaga nasi bajet kenal duit palsu


"Tadi aku pergi bazar Ramadan, ada satu gerai ni jual lauk-pauk tapi nampak kosong je, tak ramai yang datang. Pengusahanya pasangan suami isteri yang dah tua, boleh cakap sebaya dengan mak ayah aku.

"Gerai lain kiri dan kanan ramai je orang. Aku yang tengah beratur dekat gerai sebelah ni cuba jeling ke arah gerai pakcik dan makcik tu. Lauk nampak sedap je, tapi sayang tiada siapa yang beli.

"Aku macam hairan kenapa begitu jadinya," soal Naim kebingungan.

Orang sekarang dah malas nak bawa cash, tapi risau juga senang ditipu.​


NETIZEN​

Persoalan Naim terjawab tidak lama selepas itu apabila dia mencuri dengar perbualan seorang pelanggan wanita yang bertandang ke gerai pasangan terbabit.

"Ada seorang kakak ni datang singgah ke gerai pakcik dan makcik tu, dia tengok lauk-lauk yang dijual. Selepas tu dia tanya, boleh bayar pakai QR tak makcik?

"Makcik tu pun jawab, tak ada la adik. Apabila diberitahu sedemikian, pelanggan tu terus berlalu pergi ke gerai lain. Melihat pada situasi berkenaan, barulah aku faham mengapa gerai mereka kurang dapat sambutan.

"Kita bukannya tak mahu support perniagaan orang kita, tapi zaman sekarang ni ramai yang dah segan nak bawa wang tunai. Duit dan kuasa membeli tu ada je, tapi kemudahan nak membayar daripada pihak peniaga kurang lengkap.

2593672.jpg


Warga maya bertukar pendapat.


"Harap anak-anak yang lebih muda dan celik teknologi dapat bantu, letakkan kod QR di gerai mereka. Kalau nak tahu, orang yang membeli dengan kod QR ni memang sakan berbelanja, jangan melepas," kata Naim berseloroh.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menyatakan kerisauan sekiranya peniaga lanjut usia itu diambil kesempatan apabila menerima pembayaran secara maya.

"Sangat setuju dengan apa yang dikupaskan, memang orang sekarang dah malas nak bawa cash banyak-banyak. Tapi risau juga dengan mereka yang tak biasa guna QR ni, takut senang ditipu.

"Beritahu dah bayar tapi sebenarnya tak bayar pun. Orang tua ni bukannya pandai nak check, entah-entah pelanggan tu tunjuk screenshot transaksi kelmarin pun mereka cakap terima kasih je.

"Saya rasa boleh pasang mesin QR yang ada keluar bunyi bila dah selesai transaksi, baru susah orang nak menipu. Sangat sesuai untuk golongan warga emas ni," ujar sebahagian pelayar.

sumber - https://www.mstar.com.my/lokal/vira...pemuda-rasa-sangsi-rupanya-ada-isu-pembayaran
 

'Sisi gelap' bazar Shah Alam, tak mustahil 13,000kg makanan membazir sepanjang Ramadan​



2595543.jpg


MySave Food @ Bazar Ramadan 2024 yang dilakukan oleh MBSA di sekitar kawasan Shah Alam bermula Khamis.
PEMBAZIRAN makanan ketika puasa bukan sahaja melibatkan pembeli, malah para peniaga terutamanya di bazar Ramadan terpalit dalam masalah tersebut.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah bertindak ‘menyelamatkan’ lebihan makanan sebanyak 429.8 kilogram (kg) dalam program MBSA MySave Food @ Bazar Ramadan 2024.

Program yang bermula pada Khamis itu menumpukan lokasi bazar Ramadan di Seksyen 13, Seksyen 17 dan Seksyen 19 Shah Alam, Selangor dan berlangsung pada hari bekerja sehingga 3 April.

2595545.jpg

Pihak MBSA yang mengagihkan lebihan makanan kepada individu memerlukan. — Facebook MBSA

“Untuk hari pertama sahaja, MBSA telah ‘menyelamatkan’ lebihan makanan sebanyak 429.8kg.

“Makanan lebihan yang telah dikumpulkan telah diagihkan ke Pangsapuri Melewar Seksyen U1, Politeknik Shah Alam, Surau Al Hijrah Pangsapuri Ken Rimba Seksyen 16 serta Flat Proton Seksyen 27 Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam program itu, para peniaga bazar di lokasi terlibat digalakkan untuk menghantar lebihan makanan yang tidak habis dijual ke khemah MBSA MtSave Food yang disediakan.

Makanan tersebut kemudiannya akan diberikan dan diagihkan kepada golongan memerlukan di sekitar kawasan itu.
Rata-rata warganet memuji usaha MBSA untuk menanggani masalah itu daripada terus berpanjangan.

"Siapa punya idea ni otak dia mmg geliga, bijak, setengah tan dapat bagi makan untuk yang memerlukan, semua pun dapat manfaat," komen Ahmad Faizal Murtadza.
"Terbaik, boleh agihkan makanan kawasan berdekatan," tulis Ct Zaleha Msh.

Bagaimanapun, angka lebihan makanan yang dinyatakan sebelum ini iaitu 429.8kg dijangka mencecah 13,000kg sebulan jika tiada sebarang tindakan seperti MBSA.
Lebih memburukkan keadaan apabila kesedaran mengurangkan pembaziran dalam kalangan masyarakat juga masih di tahap paling rendah walaupun usaha baik itu giat dilaksanakan pelbagai pihak. Majoriti

sumber - https://majoriti.com.my/netzkorner/...il-13000kg-makanan-membazir-sepanjang-ramadan
 
Byk bazaar kat Putrajaya tu tapi yang besar presint 3 tu je la.

Aku malas nak pegi sana, asyik tersentuh pungk0k pompuan je. Laluan sempit.

Lagipun parking susah. Dulu parking tepi, 10 minit dah kena saman.

Polis trafik kat Putrajaya la paling byk untung rasanya. Takde belas ehsan dan empati langsung hahahahah.
diorg xbuat pay kt site ke?
 
Param memang penuh

Tp heran jg baca kat fb cg semua ckp harga brg naik lah rege yahudi lah hhehe

Alhamdulillah sini cukup mkn
Nasib baik tak duduk kat palestin kan
Yang mengeluh pun mostly badan sihat2 gomok2 je hehehe. Cukup makan tu walaupun stres harga barang naik.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register