BTC USD 61,290.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maaf, buat masa sekarang saya pilih ‘hujan emas’ – Lana Nodin

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201

Maaf, buat masa sekarang saya pilih ‘hujan emas’ – Lana Nodin​

PETALING JAYA – Pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri sering digunakan untuk memberitahu sehebat mana pun sesebuah negara itu, negara sendiri juga yang menjadi pilihan di hati.

Bagaimanapun, pelakon sensasi Lana Nodin mengakui buat masa ini, dia memilih untuk lebih mengharagi negara luar (Amerika Syarikat) berbanding Malaysia kerana berasa lebih bebas ketika berada di sana.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Lana atau nama lengkapnya Mazlina Hassan Nordin, 41, berkongsi kegiatannya di negara Uncle Sam itu apabila bebas untuk membeli-belah tanpa sebarang sekatan atau diskriminasi.

“Orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi maaf ya, quote anda bagi ini, buat masa sekarang saya lebuh memilih ‘hujan emas’ (Amerika Syarikat) sebab dah lama tak dapat membeli-belah seperti ini,” ujarnya.

Kata pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu lagi, dia hantaran tersebut adalah pilihannya sendiri tanpa ada niat provokasu atau diskriminasi.

“Tiada diskriminasi dan kebebasan hak memilih itu yang penting,” katanya.

Pandangan dan pilihan Lana turut disokong oleh pengikutnya dalam Instagram apabila berpendapat situasi di Malaysia sangat berbeza dengan luar negara dalam mengekang penularan Covid-19 apabila banyak sekatan dikenakan untuk rakyat di negara ini.


“Dekat sini (Malaysia ) bukan hujan sahaja, mulut petir netizen pun menjadi-jadi. Sakit hati sangat dengan orang tak vaksin,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Sini budak kecil semua tidak boleh keluar. Kasihan terperuk dalam rumah sahaja,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Tadi nak masuk kedai beli baju tak lepas. Atas bawah pekerja kedai tengok saya. Okeylah, tidak mengapa kalau tak bagi masuk,” kongsi seorang netizen.

Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia menjadi buah mulut netizen apabila mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah, Ogos lalu.

Dia turut dituduh sebagai antivaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid-19.

Lana turut menegaskan dia bukan golongan antivaksin seperti yang dilabel dan tetap akan mengambilnya tidak lama lagi di AS.

Untuk rekod, Lana dan keluarganya kini berada di AS sejak Sabtu lalu dan bakal pulang ke Malaysia selepas semua urusan keluarga sebelah suaminya selesai kelak. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,941
Reaction score
2,929
Points
206
quote kepala hotak dia berjambul.
itukan peribahasa.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,285
Reaction score
3,531
Points
201
jangan lah balik....adoi dok sanalah terus.....siapa perlukan dia disini?
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,567
Reaction score
2,916
Points
206
Sana lepak best
Arak boleh minum suka hati
Disco boleh p
Layannnnn
 

QIPIDELANA

Legendary Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
10,263
Reaction score
400
Points
146
Nak pilih apapun lantaklah asalkan tak nyusahkan org lain,jgn balik msia lagi tau psl msia xde hujan emas,hujan panas ada.
 

hitman25

Fun Poster
Joined
Oct 8, 2010
Messages
806
Reaction score
96
Points
30
ok..lepaih ni boleh bertenang...selamat menjalani kehidupan us..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register