BTC USD 64,287.3 Gold USD 2,379.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Lupa diri ‘angkat’ BMW superbike walau gaji hanya 6k, gaji tinggal RM50 demi hobi orang kaya...

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,303
Joined
Apr 15, 2012
Messages
39,303
Reaction score
3,768
Points
266
Awards
1

Pemuda cuba bertahan, gaji tinggal RM50 demi hobi orang kaya... Lupa diri ‘angkat’ BMW superbike walau gaji hanya 6k​

Rabu, 19 Jun 2024 3:30 PM
Oleh: MSTAR



553.jpg

Segelintir lelaki mengimpikan untuk memiliki superbike. -Gambar hiasan kiri (Freepik)

DI sebalik penampilan segak dan bergaya, pastinya ada pengorbanan dan 'harga' yang terpaksa dibayar.

Begitulah yang terpaksa dilalui seorang pemuda gara-gara mahu 'melaram' dengan motosikal berkuasa tinggi.

Usianya baru 26 tahun, tapi gajinya sudah mencecah RM6,000.


2756690.jpg


Gaji yang diterima dibelanjakan sewenang-wenangnya. -Gambar hiasan

Namun menerusi satu luahan secara terbuka di media sosial, kemahuannya untuk memiliki sebuah superbike semakin membuak-buak selepas mula terjebak dengan 'hobi mahal' itu.

Akhirnya dia mendapatkan superbike model BMW dan difahamkan harga pasarannya bermula daripada RM129,500.

"Penyesalan. Betul la orang kata, superbike ni untuk hobi orang kaya.

"Sekarang baru tengah bulan, lepas renew cukai jalan, servis apa semua, duit makan pun tinggal RM50," luahnya di laman X.

2756689.jpg


Terkejut melihat baki dalam akaun bank. -Gambar hiasan

Dia bagaimanapun menyedari apa yang dibelanjakan itu bukan satu keperluan.

Dengan duit yang berbaki sedikit itu, dia bagaimanapun tidak pasti sama ada mampu bertahan atau tidak sehingga ke hari gaji seterusnya.

"Tak tahu boleh survive sampai hujung bulan ni ke tak," katanya dalam kebuntuan.

Bagilah gaji berapa pun, memang tak cukup kalau boros, tak pandai urus wang.​


NETIZEN​

Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata netizen terkejut dengan tindakannya yang disifatkan sebagai silap percaturan dan diibaratkan tidak ukur baju di badan sendiri.

Segelintirnya menyifatkan hanya mereka yang kerja bukan makan gaji dan mempunyai pendapatan minimum lima angka layak melakukan hobi semahal itu.

2756691.jpg


Seorang pemuda stres kerana mengalami kekangan kewangan. -Gambar hiasan

"Biar papa asal bergaya.

"Gaji RM6 pun tak cukup. Bukan salah superbike tu, tapi salah pengurusan kewangan.

"Dah kau ambil superbike yang T20 buat apa? Banyak lagi superbike B40 kau boleh ambil.

"Bagilah gaji berapa pun, memang tak cukup kalau boros, tak pandai urus wang. Gaji tinggi, gaya hidup pun tinggi, memang tak cukup," demikian antara komen netizen.

Enggan merendahkan semangat atau motivasi pemuda berkenaan, segelintir netizen memberikan cadangan bagi menangani masalahnya.

"Secara logiknya RM50 tak lepas sampai hujung bulan. Tapi kalau pinjam atau pakai simpanan boleh je.

"Jual jelah, jalan terbaik kalau dah membebankan tu," komen netizen.

sumber - https://www.mstar.com.my/lokal/vira...diri-angkat-bmw-superbike-walau-gaji-hanya-6k
 
Sponsored Post

Mudah kata
Muhasabah diri dulu
Senaraikan dulu keperluan vs kemahuan
Utamakan keperluan sebab kemahuan hanya untuk orang berkemampuan
Bila bab keperluan dah selesai
Baru fokus kemahuan tanpa ganggu keperluan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register