Lulusan Mekah, Madinah, Jordan sukar dapat kerja

CG Sponsors




AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,629
Reaction score
258
Points
91
dari ruangan forum utusan malaysia

SEKARANG ramai penuntut kita lulusan pelbagai jurusan dalam bidang agama gelisah untuk mendapat kerja dalam negara sendiri.

Ada sebahagiannya mendapat biasiswa kerajaan negeri dan kerajaan Pusat belajar ilmu agama di Jordan, Mekah dan juga di Madinah.

Sebab utama mereka tidak diambil bekerja kerana dianggap sebagai pelajar yang berfahaman tidak mengikut 'Ahlus Sunnah Wal-Jamaah'.

Oleh kerana payah untuk mendapat kerja, ada antaranya terpaksa bekerja sendiri dengan menjadi ahli 'motivasi'. Sebahagian yang lain pula menjalankan perniagaan.

Antara perniagaan yang diceburi oleh mereka ialah membuka syarikat agensi pelancongan, untuk orang membuat umrah dan melakukan lawatan ke Timur Tengah.

Ramai pelajar lulusan dari negara-negara yang disebutkan itu merasa begitu 'hampa' dengan sikap sebahagian daripada pusat pengajian agama yang tidak begitu berminat untuk mengambil mereka bekerja.

Pelajar lain lulusan Mesir mudah untuk mendapat kerja kerana aliran di Universiti Azhar mengikut aliran Sunnah Wal-Jamaah.

Salah seorang pelajar bertanya, apakah kami yang belajar di negara Islam lain seperti Jordan, Madinah, Mekah tidak ikut aliran itu?

Ada beberapa pelajar dari Negeri Sembilan yang sebahagiannya belajar di Jordan sukar untuk mendapatkan tauliah daripada majlis agama untuk berceramah.

Alasan yang diberikan, pelajar yang pulang dari belajar di negara Jordan biasanya sukar mahu diberi tauliah. Tidak pula diberikan sebab-sebabnya.

Kami pelajar lulusan Jordan ini mendapatkan ilmu agama bertujuan untuk mengembangkannya di kalangan umat Islam negara ini, tetapi kalau kami tidak diberi tauliah bagaimanakah ilmu agama Allah itu dapat diperkembangkan?

Kami ingin bertanya apa gunanya kerajaan memberi kami biasiswa untuk melanjutkan pelajaran agama, kalau ilmu agama yang kami pelajari itu tidak dapat diperkembangkan?

Hal serupa bukan sahaja berlaku di Selangor, dan Negeri Sembilan, tetapi di Johor juga ada berlaku sekatan di mana pelajar lulusan Universiti Madinah, Mekah dan negara-negara Timur Tengah payah diberi kerja di pusat Islam di negeri berkenaan.

Beginilah nasib kami yang belajar di pusat pengajian tinggi Islam luar negara, walaupun ada antara kami memegang ijazah sarjana.

ISMU AHMAD

Taman Keramat

apa cerita ni?:-?:-?:-?
 
Sponsored Post

soulsix

Super Active Member
Joined
Mar 31, 2009
Messages
5,867
Reaction score
8
Points
65
aku tak setuju. tahun lepas punye pengambilan DPLI utk subjek pengajian agama islam tak penuh. cuma berapa peratus je tempat diisi. sbb ramai grad agama ni kejar KPLI JQAF. kerja bukan tak ada, tp diorang yg malas cari
 

man_spaq

Super Active Member
Joined
Feb 14, 2009
Messages
5,865
Reaction score
16
Points
65
aku tak setuju. tahun lepas punye pengambilan DPLI utk subjek pengajian agama islam tak penuh. cuma berapa peratus je tempat diisi. sbb ramai grad agama ni kejar KPLI JQAF. kerja bukan tak ada, tp diorang yg malas cari
gitu pulak...tul ke mereka nih memilih kerja???

***kita tunggu respond dari yang lain laks
 

soulsix

Super Active Member
Joined
Mar 31, 2009
Messages
5,867
Reaction score
8
Points
65
gitu pulak...tul ke mereka nih memilih kerja???

***kita tunggu respond dari yang lain laks
boleh gak la kalau nak kata memilih kerja. sbb dulu aku pnah jaga intake DPLI ni. ramai diorang ni apply KPLI banding DPLI sbb guru KPLI boleh terus mengajar di sekolah, weekend je kursus. kalau DPLI
diorang kene kursus setahun baru mengajar. so mmg byk kosong le tempat guru DPLI ni
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
deorang pilih kerja...
deorang sangka biler dah grad...bley dpt terus gaji 4k or 5k keats cm tu jerk...wah sedap jerk...satu lagi malas nk cari, tgu kerja dng cari depa kat umah...pastu biler xde komplain...
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,364
Reaction score
474
Points
86
aku tgok kebanyakan meka2 ini keje jadi guru @ skolah agama + pusat pengajian ..yg menawarkan gaji tak seberapa. contoh @ sekolah integrasi under Jais/Jawi .. mereka kerja cikgu tapi gaji tak leh lawan gaji cikgu skolah bantuan penuh gomen.
 

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,629
Reaction score
258
Points
91
macam mana jadi macam tu?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register