balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Anggota penguatkuasa DBKL menyita barangan perniagaan melibatkan kesalahan tanpa lesen dan halangan pada Ops Tegas di Pasar Pudu, semalam.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menggempur lubuk peniaga warga asing di Pasar Pudu awal pagi semalam, meskipun tindakan sama selama tiga hari berturut-turut dilakukan Rabu hingga Jumaat lalu.
Timbalan Penguasa Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh berkata, seramai 81 warga asing ditahan termasuk 24 orang menerusi Ops Tegas, semalam.
Menurutnya, warga asing dilihat tidak serik kerana masih berada di kawasan penjaja berlesen walaupun tangkapan dilakukan sebelum ini.
“Penjaja tahu mereka tidak dibenarkan menggaji pekerja asing kerana warga asing tidak boleh terlibat dengan aktiviti menjaja tapi mereka masih degil.
“Kebanyakan warga asing yang cuba larikan diri tidak ada permit, tak ada dokumen masuk ke negara ini secara sah. Amaran juga sudah diberi kepada penjaja berkali-kali,” katanya ketika mengetuai Ops Tegas siri 19, di Pasar Pudu, semalam.
Operasi bermula jam 7 pagi hingga jam 9 pagi itu melibatkan 108 anggota dan pegawai DBKL, PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar.
Tanda berkata, sebanyak 18 tindakan sitaan telah diambil di bawah Undang-undang Kecil 3 (1) Perlesenan Penjaja dan Gerai (Wilayah Persekutuan) 1989 dan Seksyen 46 (1) di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana kesalahan tidak memiliki lesen dan menghalang laluan dengan meletakkan barang perniagaan di luar premis.
Ia melibatkan peniaga warganegara yang beroperasi di situ. Peniaga diingatkan mematuhi peraturan dan memastikan perniagaan mereka tidak melibatkan warga asing.
“Kita akan terus banteras semua kegiatan yang menyalahi peraturan, dalam masa sama memberi tumpuan terhadap warga asing termasuk di kawasan-kawasan lain,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/lubuk-peniaga-warga-asing-digempur-lagi-1.325022