LTTE diwarta kump. pengganas. TunM sah minta LTTE dikeluar list pengganas

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,466
Reaction score
11,771
Points
1,906
Kenapa mahathir sebagai pm zaman ph perlu campur tangan isu ltte? Kalau betul tak de bukti, depa akan dibebaskan juga, isu sekarang kenapa perlu campur tangan politik
tn pelitaminyak, concern Tun M adalah sebab ada adun DAP kena dakwa. tu yg dia masuk campur.
tulis surat pada TSMY utk keluarkan LTTE dari senarai pengganas Malaysia, jadi instantly adun DAP tu terlepas dari caj jenayah, kesalahan jenayah was no longer there :D

hehe berani lak dia guna/exploit undang undnang utk kepentingan parti ye
ingatkan PH ni suci dan betul betul melaksanakan undang undang :D
 
Sponsored Post

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,769
Reaction score
719
Points
81
tn pelitaminyak, concern Tun M adalah sebab ada adun DAP kena dakwa. tu yg dia masuk campur.
tulis surat pada TSMY utk keluarkan LTTE dari senarai pengganas Malaysia, jadi instantly adun DAP tu terlepas dari caj jenayah, kesalahan jenayah was no longer there :D

hehe berani lak dia guna/exploit undang undnang utk kepentingan parti ye
ingatkan PH ni suci dan betul betul melaksanakan undang undang :D
Tu le ...... Tapi sape pun tak berani nak charge dia salah guna kuasa

Mahathir pun pejuang bangsa melayu yg ada lapisan kulit dap
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,986
Reaction score
1,685
Points
101
Tiada kepentingan utk malaysian nak usahakan mengeluarkan ltte sebagai apa dan apa..

Tak mendatangkan sebarang kebaikan keuntungan para rakyat malaysia..

Ltte is not a country or what so ever

Ltte is terrorist.. so just let it be.
Malaysia tak perlu campur
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,466
Reaction score
11,771
Points
1,906
Malaysiakini (BM Version)



2m ·


Mahkamah Tinggi menolak permohonan seorang pemandu teksi untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

1600323334594.png


Mahkamah tolak permohonan batal warta LTTE sebagai pengganas


Diterbitkan Hari ini 2:05 pm

Dikemaskini Hari ini 2:09 pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan seorang pemandu teksi untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan LTTE sebagai kumpulan pengganas.
Hakim Mariana Yahya membuat keputusan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh V Balamurugan semasa prosiding pagi ini.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk membuat keputusan semakan kehakiman berkenaan, yang menamakan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Keputusan hari ini disahkan oleh peguam yang mewakili Balamurugan, Omar Kutty.

"Semakan kehakiman ditolak, tanpa perintah kos.

"Hakim (Mariana) memutuskan bahawa telah berlaku penundaan dalam permohonan semakan kehakiman kerana permohonan semacam itu seharusnya dilakukan dalam waktu tiga bulan daripada pewartaan (di mana LTTE didaftarkan sebagai kumpulan pengganas) pada tahun 2014," kata Omar..

Pada 8 Jan lepas, Balamurugan, 38, memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman bahawa butiran mengenai LTTE dalam warta itu sebagai batal dan tidak sah, dan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas sebagai tidak sah.

Omar berkata Mariana juga memutuskan bahawa Balamurugan telah dilepas dan dibebaskan dalam kes mahkamah berkaitan LTTE, dan oleh itu pemohon tidak lagi memiliki locus standi untuk meneruskan semakan kehakiman.

Menurut undang-undang, locus standi merujuk kepada hak atau kemampuan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Mengenai sama ada rayuan akan dibuat atas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, Omar berkata mereka akan terlebih dahulu meneliti alasan penuh keputusan itu sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambali mewakili kedua-dua responden hari ini.

Balamurugan adalah antara 12 individu yang ditahan pada tahun lalu dan didakwa atas tuduhan menyokong LTTE.

Bagaimanapun pada 21 Feb tahun ini, Peguam Negara, Tommy Thomas menggugurkan tuduhan terhadap 12 individu tersebut.

Setelah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan berkaitan LTTE, Balamurugan meneruskan tindakan undang-undang untuk mengeluarkan LTTE daripada senarai kumpulan militan.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,466
Reaction score
11,771
Points
1,906
alhamdulilah, alhamdulillah, alhamdulillah
Allahu akbar
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,466
Reaction score
11,771
Points
1,906
Ia selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman V Balamurugan, salah seorang individu yang ditahan untuk kes berkaitan kumpulan itu tahun lalu.

1606373172981.png


Permohonan batal warta LTTE pengganas dibawa ke Mahkamah Rayuan


Diterbitkan Hari ini 2:29 pm

Dikemaskini Hari ini 2:32 pm


Permohonan seorang pemandu teksi untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan LTTE sebagai kumpulan pengganas dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Ia difailkan V Balamurugan bulan lalu, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakimannya pada September.

Peguamnya Muhammad Farhan Ahmad Fafzil hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini yang pemfailan rayuan itu dibuat pada 9 Oktober.
"Notis Rayuan difailkan pada 9 Oktober," katanya, sambil menambah pengurusan kes secara dalam talian dengan Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 2 Disember.

Pemeriksaan pada senarai di ecourtservices.kehakiman.gov.my menunjukkan pengurusan kes dalam talian dengan Pendaftar Mahkamah Rayuan pada pukul sembilan pagi hari tersebut.
Pada 17 September, hakim Mahkamah Tinggi Mariana Yahya menolak permohonan semakan kehakiman Balamurugan, yang menyenaraikan kerajaaan dan menteri dalam negeri sebagai responden.

Ketika itu, seorang lagi peguam Balamurugan, Omar Kutty berkata hakim memutuskan ada penundaan dalam permohonan semakan kehakiman kerana hal seumpama itu perlu dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas pewartaan.

LTTE diwartakan sebagai kumpulan pengganas pada 2014.

Pada 8 Januari lalu, Balamurugan, 38, memfailkan permohonan memulakan semakan kehakiman agar butiran mengenai LTTE dalam warta itu sebagai batal dan tidak sah, dan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas sebagai tidak sah.

Dia antara 12 individu yang ditawan dan didakwa atas tuduhan menyokong LTTE pada akhir tahun lalu.
Bagaimanapun, pada 21 Februari, peguam negara ketika itu Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan terhadap mereka.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register