- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 74,453
- Reaction score
- 11,770
- Points
- 1,906
Korek Korek
36 min
Mahathir sahkan mahu LTTE dikeluarkan dari senarai pengganas dan putar belit di sebaliknya
1. Tadi, FMT lapor, bekas PM, Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau menulis surat bertarikh 12 Februari 2020 kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu, Muhyiddin Yassin.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/dr-m-confirms-asking-f…/
2. Mahathir mahu KDN berhenti melabel LTTE sebagai pengganas atas alasan, Sri Lanka sendiri tidak menganggap kumpulan itu sebagai pengganas.
3. Dalam surat itu, beliau turut menulis, “Kita anggap Hamas sebagai Terrorist, tetapi membenar mereka masuk Malaysia”.
4. Bagaimanapun, tadi, beliau berkata, “Saya tidak kata Hamas itu kumpulan pengganas. Tetapi Hamas disenarai sebagai pengganas oleh AS. Dan dunia juga berkata Hamas kumpulan pengganas.”
5. Jika anda pening dengan dua kenyataan bercanggah bekas PM itu, ia memang biasa berlaku.
6. Menurut KDN, seperti yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat 11 Ogos 2020, terdapat asas yang kukuh untuk menyenaraikan LTTE sebagai sebagai ‘Entiti Yang Ditentukan’ (mengancam keselamatan negara - pengganas) ) menurut Seksyen 66B (1) - Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Maklumat diperoleh sejak tahun 2014.
https://www.bharian.com.my/…/ltte-masih-disenarai-sebagai-p…
7. Bahkan, AS, UK, India dan Kanada turut mengisytihar LTTE sebagai kumpulan pengganas.
8. Satu lagi ‘pening’ ialah: Pada 3 November 2019, Lim Guan Eng turut mempertikai kenapa kumpulan itu disenarai sebagai pengganas oleh Malaysia, sedangkan menurutnya, Laporan Jabatan Keselamatan AS Mengenai Keganasan 2018 tidak pun menyebut LTTE.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/194433
9. Guan Eng berbohong. Pada muka surat 309 laporan tersebut, LTTE jelas disenarai dalam Foreign Terrorist Organizations.
https://www.state.gov/…/Country-Reports-on-Terrorism-2018-F…
10. Laporan yang dibohongi Guan Eng itu turut menyatakan:
"Rangkaian sokongan kewangan LTTE masih berterusan selepas pasukan tenteranya ditewaskan. LTTE menggunakan pertubuhan amal untuk mengumpul dana dan menyalurkannya untuk aktiviti mereka."
- "Walaupun tidak aktif sejak 2009, LTTE bertanggungjawab terhadap strategi bersepadu pemberontakan yang menyasarkan pemimpin-pemimpin utama dan lama Sri Lanka."
- "13 penyokong LTTE, didakwa merancang serangan ke atas kemudahan diplomatik AS dan Israel di India, telah ditangkap di Malaysia pada 2014."