BTC USD 40,339.7 Gold USD 1,800.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Louis Vuitton Lancar Speaker Bluetooth Mewah, RM 12,600 Sebuah

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Sebagai jenama mewah kegemaran penggemar fesyen, Louis Vuitton menawarkan pelbagai aksesori seperti beg, busana dan jam tangan pintar. Mereka sebelum ini melancarkan fon telinga mewah yang harganya mencecah RM4,000 sepasang. Kini mereka melancarkan pula fon speaker bluetooth Louis Vuitton Horizon Light Up Speaker yang berbentuk seperti UFO.

louis-vuitton-louis-vuitton-horizon-light-up-speaker-C-950x678.jpg

Speaker ini menawarkan audio 360 darjah apabila ditambatkan kepada peranti. Walaupun kelihatan seperti UFO ia sebenarnya mengambil inspirasi dari beg Toupie mereka yang ikonik. Speaker dilengkapi lampu LED yang menyalakan logo LV dan rekaan monogram pada bahagian atas. Ia direka untuk diletakkan sendeng pada permukaan meja tetapi juga boleh dipegang untuk digayakan.

louis-vuitton-louis-vuitton-horizon-light-up-speaker-B-950x659.jpg

Ia dilengkapi cip Qualcomm QCS 404, menyokong AirPlay 2 dan ditambat kepada peranti Android, Apple dan Huawwei. Speaker adalah sebesar 18 x 14 cm dengan berat pula adalah 1 KG. Saiz bateri tidak diumumkan tetapi ia boleh beroperasi selama 15 jam dengan pengecasan semula mengambil masa hampir 2 jam. Sebuah Louis Vuitton Horizon Light Up Speaker ditawarkan pada harga RM 12,600 sebuah.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register