BTC USD 66,334.2 Gold USD 2,326.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lori Tak Sempat Brek Rempuh Kereta Sehingga Cetus Kebakaran Korban 16 Nyawa

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,236
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,236
Reaction score
6,485
Points
916
Awards
1
15.12.2023 - Sekurang - kurangnya 16 individu maut dalam satu kemalangan yang mencetuskan kebakaran di sebuah lebuh raya dekat Caracas, Venezuela, pada Khamis. Dalam insiden tersebut, sebuah lori berkenaan dilaporkan merempuh beberapa buah kereta yang terpaksa berhenti akibat satu kemalangan yang berlaku sebelum itu. Bagaimanapun, salah satu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dipercayai membawa muatan mudah terbakar sehingga mencetuskan letupan. Video dari tempat kejadian memaparkan situasi kebakaran yang berlaku di lebuh raya yang menghubungkan bandar Guarenas dan Caracas.Seorang wanita memberitahu media tempatan bahawa dia kehilangan kedua ibu bapanya, dua abangnya dan seorang kakak ipar dalam kemalangan itu.

"Mereka memberitahu saya mereka semua sudah mati," katanya.

Dalam pada itu, anggota bomba dan perkhidmatan kecemasan dilihat sudah dikerahkan dari Caracas untuk memadamkan kebakaran dan merawat mangsa yang cedera. Timbalan menteri pengurusan risiko Venezuela, Carlos Pérez Ampueda berkata, 17 kenderaan terlibat dalam kejadian tersebut. Satu rakaman yang dikongsi di media sosial turut memaparkan beberapa penumpang yang terbaring dalam keadaan terbakar di lebuh raya berkenaan. Menurut Ampueda, kemalangan kedua melibatkan lori itu berlaku kira-kira 15 minit selepas insiden kemalangan pertama yang terjadi pada pukul 7 pagi.

Ujarnya, pemandu lori itu mungkin tidak dapat melihat lokasi kemalangan pertama kerana 'keadaan cuaca buruk'. Namun, penduduk tempatan tampil mempertikaikan penjelasan tersebut di media sosial dan berpendapat bahawa masalah penyelenggaran lori terbabit berkemungkinan menjadi faktor utama kejadian tersebut. Ini mengambil kira beberapa kemalangan melibatkan kenderaan berat yang dilaporkan di negara tersebut.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register