BTC USD 102,740 Gold USD 2,711.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral LORI bawak minyak masak terbalik

GamezStar

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,715
Top Poster #8
Joined
Jul 1, 2008
Messages
54,715
Reaction score
6,879
Points
881
Awards
1
Jenayah
Lori terbabas bawa minyak masak seludup
27 Oktober 2024, 8:39pm
437
Shares
facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonemail sharing button

Lori yang terbabas ditinggalkan di kawasan pengkalan haram di Kampung Terusan. (Foto kecil) minyak masak untuk diseludup ditemukan dalam lori terbabit. – FOTO: Ihsan PGA
RANTAU PANJANG: Misteri sebuah lori yang terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan terjawab apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui 18,700 paket minyak masak dalam kenderaan terbabit dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Rampasan dilakukan kira-kira jam 4 petang menerusi Op Taring Wawasan di Pengkalan Ayam, sebuah pengkalan ayam di Kampung Terusan, di sini.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pihaknya memeriksa sebuah pengkalan haram atas maklumat berlakunya aktiviti penyeludupan minyak masak.

“Ketika pasukannya bersama KPDN tiba di lokasi, sebuah lori jenis Nissan ditemukan terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu.

“Hasil pemeriksaan mendapati ratusan kotak mengandungi 18,700 paket minyak masak ditemui dalam lori terbabit tanpa dokumen yang sah.

“Minyak masak itu dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran. Anggaran rampasan kenderaan bernilai RM160,000, manakala minyak masak bernilai RM46,750.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Barang rampasan dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok untuk tindakan selanjutnya
 
Sponsored Post

warga asing yang masuk ada yg bekerja halal, ada yg buat jenayah..ini dinamakan keseimbangan alam biodiversity
Kalau tengok youtube, sekarang ni orang putih dari barat pun dah banyak nak datang dok di Malaysia ni....hahahahahahaha

Ada satu video tu, orang africa ke apa tanya, "bagaimanakah penerimaan orang melayu terhadap orang bangsa kulit hitam?" Respon daripada kawannya kulit putih, orang melayu lebih suka orang kulit putih.

Nampak tak, kita pun kadang-kadang select jugakkk.....kikikikikiki
 
kenapa dalam tempoh 100 tahun saja demografi penduduk sebuah negara mula campur aduk..zaman dulu ratusan tahun kebanyakan bangsa tgl di negara sendiri..bila terlalu banyak bangsa dlm satu negara, lama² identiti penduduk asal akan hilang juga..contohnya ada filem dari luar negara yg buat penggambaran disini..dia selitkan tarian budaya yg terdapat di negara ni..tp yg ditunjuk cuma tarian cina shj..jd org di negara luar yg tonton akan sangka ini lah budaya utama/penting di Malaysia.
 
Teknologi berkembang tuan.....pemikiran manusia juga berkembang......akan sampai suatu masa nanti pun, akan tiada lagi sistem kenegaraan pelbagai tu...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register