Lori bawa meja simen terbalik dipercayai dirempuh bas

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,692
Points
191



KEADAAN sebuah lori membawa muatan meja simen yang terbalik di Kilometer 397.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil, Hulu Terengganu, awal pagi tadi. - Foto ihsan pembaca












HULU TERENGGANU: Sebuah lori membawa muatan meja simen, terbalik dipercayai dirempuh bas ekspres membawa 29 penumpang di Kilometer 397.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil, di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku apabila bas itu dipercayai melanggar bahagian belakang lori ketika cuba memotong kenderaan berat terbabit yang difahamkan dalam perjalanan menghantar muatan meja simen ke Johor.

Perlanggaran kira-kira jam 1 pagi itu dikata menyebabkan lori berkenaan terseret sejauh 80 meter sebelum terbalik.

Akibat kemalangan itu, lelaki berusia 29 tahun yang memandu lori terbabit cedera di bahagian tangan, manakala pemandu bas dan 29 penumpangnya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/629290/lori-bawa-meja-simen-terbalik-dipercayai-dirempuh-bas
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register