BTC USD 59,976.7 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lori alami masalah brek rempuh enam kenderaan

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,601
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,601
Reaction score
4,764
Points
266
Awards
1
2507933.jpg


TASEK GELUGOR - Beberapa pengguna jalan raya di Jalan Ara Kuda dekat sini nyaris maut selepas dirempuh sebuah lori yang mengalami masalah brek dalam kejadian pada pagi Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 11.15 pagi yang membabitkan tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi selepas lori yang tidak membawa tiada muatan datang dari Tasek Gelugor menghala ke Lunas mengalami masalah brek tidak berfungsi.

"Bagaimanapun lori terbabit gagal berhenti dan telah merempuh kenderaan lain yang sedang berhenti disebabkan lampu isyarat merah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Salawati berkata, pada mulanya lori berkenaan telah merempuh dan melanggar kereta Perodua Viva dan Proton Waja yang sedang berhenti hingga menyebabkan kedua-dua kereta berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar kenderaan di hadapan.

Akibat kejadian itu, katanya hanya seorang pemandu mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah Kaedah Lalulintas 1959.

Sebelum itu, tular video kemalangan melibatkan sebuah lori terbabas selepas dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh beberapa kenderaan lain di Ara Kuda dekat sini.

Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat dari arah belakang sebuah kereta itu, beberapa kenderaan dilihat sedang berhenti di sebuah persimpangan.

Bagaimanapun, sebuah lori kemudiannya dilihat meluru laju dan bergerak melelong dari arah kiri ke kanan dipercayai kerana mengalami masalah brek.

 

Attachments

Back
Top
Log in Register