Lori Air terus ke rumah MB Selangor Walaunn? Gambar insta swimming pool??

CG Sponsors




biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,744
Reaction score
1,164
Points
111
https://m.malaysiakini.com/my
af93ff2a19f14e3761fce755e743df02.jpg

BERITA
Warganet berang lori tangki air dihantar terus ke rumah VIP
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan 43 minit lepas

Dikemaskini 43 minit lepas


A
+
A
-
Meskipun paip air yang kering sudah mula mengalir di Selangor, warganet yang sememangnya tidak gembiran nampaknya bertambah bengang selepas mengetahui terdapat VIP yang didakwa mendapat layanan istimewa.
Antara layanan yang diterima VIP terbabit merupakan air dalam tangki yang dihantar terus ke rumah.
Antara VIP tersebut adalah Menteri Besar Amirudin Shari dan keluarganya. Terdapat juga dakwaan beberapa menteri persekutuan yang menerima layanan sama.
Tidak seperti rakyat Selangor yang terpaksa membeli air botol atau menunggu mendapatkan air, beberapa posting Instagram isteri Amiruddin Masdiana Muhammad telah tular.

Antaranya memaparkan tangki Air Selangor di depan rumahnya.
“Terima kasih Air Selangor kerana menghantar air.
“Saya faham anda merupakan petugas barisan hadapan sekarang. Semoga Allah memberkati,” kata Masdiana pada keterangan gambar tersebut.
Terdapat lagi tangkapan skrin dari Instagram Masdiana semalam yang menunjukkan anaknya tengah berenang dalam kolam peribadi dengan kapsyen “bila air takde”.
Warganet yang meninggalkan komen pada gambar Masdiana pula bertukar berkongsi gambar mereka yang beratur di tepi jalan untuk mendapatkan air dari paip awam atau lori tangki air.


Ketika dihubungi, Air Selangor mengesahkan bahawa pihaknya telah menghantar lori tangki ke kediaman Amirudin.

“Ya. Air Selangor ada hantar air ke rumah menteri besar,” kata ketua pegawai komunikasi Air Selangor Elina Baseri kepada Malaysiakini.
Ditanya adakah ia merupakan perkara biasa untuk Air Selangor menghantar air terus ke rumah menteri besar, Elina berkata: “Kita tak hanya hantar ke rumah MB, kita juga buat yang terbaik dan hantar ke semua pelanggan.”
“Jika kamu lihat kenyataan media, kami juga dapat bantuan dari negara lain kerana tangki tidak cukup bagi 1.2 juta akaun (pengguna),” jelasnya lagi.
Ditanya pula berhubung rasa tidak senang rakyat kerana dakwaan layanan berat sebelah oleh Air Selangor, Elina menolak untuk komen dan meminta bertanya kepada pejabat Amirudin.
Pegawai kepda Amirudin berkata kepada Malaysiakini bahawa Masdiana telah memohon maaf berkenaan kenyataannya sebelum ini.
“Saya sedar terdapat kesilapan dengan gambar terdahulu yang membawa kepada intepretasi ramai.
“Malah, terdapat orang berkata tangki dihantar untuk penuhi kolam. Ini tidak benar,” kata Masdiana.

65e811bc67ce359cb8fc934659e1e0ae.jpg


Dia juga menafikan bahawa terdapat sebarang hasrat untuk menunjuk tetapi katanya gambar itu hanya bertujuan untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada pegawai Air Selangor atas usaha mereka.
“Saya meminta maaf atas tindakan yang menyinggung perasaan semua pihak,”katanya lagi.
Sementara itu, Anggota Parlimen Segambut Hannah Yeoh turut mengulas isu itu di Twitter dan dipercayai merujuk dakwaan segelintir menteri menerima layanan istimewa.
“Rumah-rumah Menteri di Bukit Damansara saya minta pertimbangkan permintaan penduduk lain di sana untuk tangki air.
“Biar tangki air jalan ikut giliran jalan-jalan di sana. Tunggu giliran anda,” kata Yeoh dengan merujuk kawasan yang juga merangkumi kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Sungai Selangor fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang ditutup sejak 3 Sep kerana didapati pencemaran dalam air.
 
Last edited:
Sponsored Post

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,744
Reaction score
1,164
Points
111
Siapa ada pic insta " bila air takde" tu? Dah delete ke?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,073
Reaction score
11,112
Points
1,906
Tolong mcm mane?
Tolong angkat air untuk penduduk ke?
tn akecema, ayat pemanis mulut je. physically speaking, dia sendri tak tahu nak tolong rakyat marhaen mcmana.
mana ada turun padang sekali bersama sama dengan rakyat bersusah payah mengangkut air ni
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,744
Reaction score
1,164
Points
111
Kalau aku kat selangor aku gi himpun depan rumah mb bawak tuala kata nak tumpang mandi swimming pool. Sambil pakai baju pkr, bawak kad ahli pkr.yang belum ahli pkr, bawak borang keahlian pkr
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,970
Reaction score
1,924
Points
206
tn akecema, ayat pemanis mulut je. physically speaking, dia sendri tak tahu nak tolong rakyat marhaen mcmana.
mana ada turun padang sekali bersama sama dengan rakyat bersusah payah mengangkut air ni
Itu la
Twitter yg pertama pun die tulis nak cabut p kawasan lain, nasib baik lori air sampai
Tang manenye nak bersama dgn rakyat?
Laki die pun cabut ke sabah
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,387
Reaction score
618
Points
81
Kalau aku kat selangor aku gi himpun depan rumah mb bawak tuala kata nak tumpang mandi swimming pool. Sambil pakai baju pkr, bawak kad ahli pkr.yang belum ahli pkr, bawak borang keahlian pkr
Jamal jamban biasa buat benda macam ni
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,744
Reaction score
1,164
Points
111
Itu la
Twitter yg pertama pun die tulis nak cabut p kawasan lain, nasib baik lori air sampai
Tang manenye nak bersama dgn rakyat?
Laki die pun cabut ke sabah
Betul juga tu. Diri sendiri yang kantoikan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register