BTC USD 28,057.4 Gold USD 1,979.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lopak air di landasan KLIA2

mattoyol91

Fun Poster
Messages
368
Joined
Jun 25, 2012
Messages
368
Reaction score
1
Points
15
i6n414QY1FK67.png

Pekerja di landasan KLIA2 dilihat cuba mengeluarkan takungan air seperti dirakamkan dalam klip video dimuat naik dalam YouTube semalam

KUALA LUMPUR 30 Okt: Tony Pua hari ini mempersoal kewibawaan pengurusan KLIA2, MAHB, apabila badan pengurusan itu gagal untuk menyelesaikan masalah retakan dan tanah mendap di landasan, jalan raya dan tempat letak pesawat lapangan terbang antarabangsa terbaru itu.

Menurutnya, isu tanah mendap telah menjadi ‘jenaka antarabangsa’ kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di lapangan terbang yang kononnya menggunakan teknologi tinggi.

“Saya membangkitkan perkara ini kerana melihat satu video di Youtube semalam bertajuk ‘Berlaku banjir di KLIA2’ yang menunjukkan terdapat pekerja lapangan terbang sedang menimba air di kawasan landasan yang telah dinaiki air.

“Ini satu jenaka yang amat serius yang perlu ditangani oleh pihak Kementerian Pengangkutan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen ini.

Jelasnya, insiden ini bukan kali pertama berlaku dan ia sangat mengejutkan kerana landasan masih beroperasi dan menyatakan bahawa keadaan mungkin akan lebih buruk sekiranya KLIA2 mencapai penggunaan maksima di masa hadapan.

“Cuba bayangkan sekiranya landasan tersebut sibuk, mungkin sesuatu yang lebih buruk berlaku,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan bahawa persoalan mengenai KLIA2 telah ditanyakan olehnya kepada Menteri Pengangkutan bagi mendapat penjelasan berkenaan jumlah kos pembinaan serta langkah yang dirancang oleh MAHB untuk mengatasi masalah lapangan terbang yang berhadapan masalah retakan dan tanah mendap terutamanya di apron dan runway.

“Saya hanya mendapat jawapan yang beliau mengakui memang ada berlakunya mendapan di KLIA2 dan masalah tersebut berpunca daripada ‘differential settlement’ yang sudah dijangka dan telah diambil kira semasa pembinaan KLIA2.

“Keselamatan operasi dan penerbangan di KLIA2 tidak terjejas akibat mendapan dan takungan air tersebut,” kata menteri terbabit.

Ujarnya, pihak MAHB telah menjalankan kajian secara komprehensif yang membolehkan MAHB mengenal pasti dan melaksanakan tindakan berterusan yang paling sesuai dan praktikal bagi menangani isu ini.

“Antaranya adalah kerja pembaikan segera seperti penampalan, pembaikan, retakan dan pengambusan lubang. FMT


http://www.youtube.com/watch?v=KLbvFHR1NlE

Sumber: http://malaysianreview.com/85461/video-landasan-klia2-banjir-satu-jenaka/
 
Last edited:
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,357
Paid Membership
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,357
Reaction score
564
Points
176
Dulu masa meeting dah diberitahu tanah di klia2 akan turun jadi kesemua kawasan landasan perlu di letakkan chemical bawah tar selama 6 bulan barulah selamat untuk diguna jangka panjang. Ini bila diorang nak kejar sangat dateline terus takmau letak chemical, sekarang satu persatu masalah di landasan dah mula timbul
 

Bionik

Super Active Member
Messages
8,222
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
Dulu masa meeting dah diberitahu tanah di klia2 akan turun jadi kesemua kawasan landasan perlu di letakkan chemical bawah tar selama 6 bulan barulah selamat untuk diguna jangka panjang. Ini bila diorang nak kejar sangat dateline terus takmau letak chemical, sekarang satu persatu masalah di landasan dah mula timbul
Masa tu menteri pasola kerap turun padang...terpaksalah kejaR dateline. :)paid
 
Sponsored Post

Top
Log in Register