BTC USD 37,765.4 Gold USD 1,776.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lontar Mercun Ke Arah Polis, 4 Pelajar Sekolah Di Tahan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
14.05.2021 - Kuala Lumpur, Polis menahan empat lagi individu kerana disyaki terlibat melontar mercun ke arah anggota polis di Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, di Kuala Lumpur, pada Khamis. Kesemua suspek yang terdiri daripada pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 16 tahun itu ditahan dalam serbuan di pangsapuri berkenaan pada 10 malam semalam hingga 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata hasil soal siasat ke atas kesemua suspek, mereka mengaku terlibat dalam kejadian itu dengan ada antara mereka menyalakan dan membaling mercun bola ke arah anggota polis. Beliau berkata mereka mengaku membaling mercun berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak polis yang menghentikan aktiviti bermain mercun di kawasan berkenaan.

“Kesemua suspek berkenaan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 17 Mei ini untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beh berkata pihaknya mengambil tindakan tegas dalam isu berkenaan kerana kejadian sedemikian boleh mendatangkan kecederaan kepada orang ramai atau kebakaran jika tidak ditangani.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti membakar mercun kerana ia adalah perbuatan yang dilarang,” katanya.

Sebelum ini, polis menahan empat individu bagi siasatan kes membakar mercun yang dilarang dan melontarnya ke arah anggota polis dalam kejadian di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul.

f269402b44f37ff3ff6357993939d324.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574722
 

CG Sponsors




Top
Log in Register