BTC USD 26,805.5 Gold USD 1,959.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Longgokan ayat al-Quran di tepi jalan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
Longgokan ayat al-Quran di tepi jalan [METROTV]

Nilai: Mengejutkan apabila longgokan pelbagai perhiasan dekorasi ayat suci al-Quran ditemui di lokasi pembuangan sampah haram di Jalan P/AM 2 Kawasan Perindustrian Arab Malaysia, di sini, hari ini.

Timbunan berkenaan ditemui penguat kuasa SW Corp yang sedang meronda di kawasan berkenaan pada 12.15 tengah hari sebelum memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan polis.


Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, berdasarkan pemerhatian awal, ia dipercayai dibuang peniaga perabot dari Kawasan Perindustrian Nilai 3.

"Daripada maklumat berkenaan, JHEAINS, SW Corp, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai bergegas ke lokasi dan mendapati pelbagai ayat suci al-Quran dibuang di kawasan ini.

"Ia seperti bingkai dan perhiasan yang tertulis ayat suci seperti nama Allah, Muhammad, empat Qul, ayat seribu dinar dan sebagainya. Ia bukan helaian kertas daripada kitab al-Quran," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Beliau berkata, dengan kerjasama semua agensi berkenaan, kesemua perhiasan itu dibawa menggunakan lori milik MBS dan akan dibawa ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban untuk tindakan selanjutnya.

"Berdasarkan jumlah barang yang ditemui, jumlahnya boleh dimuatkan dalam lori tujuh tan. Kami yakin ia bukan ia bukan perbuatan individu.

"Bagaimanapun, kami mungkin menghadapi masalah untuk melupuskan ayat suci ini kerana bahannya bukan daripada kertas. Kami mungkin terpaksa mencari tempat pelupusan persendirian," katanya.

Ahmad Zaki berkata, perbuatan itu sebenarnya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mencela, menghina, dan sebagainya agama Islam.

"Ini bukan cara yang betul untuk menghapuskan ayat suci al-Quran. Ia melambangkan kesucian dan kemuliaan agama Islam, malah perbuatan ini boleh menimbulkan rasa sakit hati umat Islam.

"Saya menyeru peniaga di sini supaya menghubungi pihak JHEAINS jika mahu melupuskan sebarang ayat suci al-Quran dan kami akan membantu mereka. Kami risau ia akan menjadi amalan jika tidak dibendung.

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada MBS, SW Corp dan PDRM yang berganding bahu menyelesaikan kejadian ini kerana ia membabitkan bidang kuasa banyak pihak," katanya.

Disiarkan pada: December 27, 2022 @ 7:01pm
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,841
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,841
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Polis siasat kes penemuan hiasan ayat al-Quran tepi jalan​

oleh SYAMILAH ZULKIFLI
28 Disember 2022 10:04am
Masa membaca: 2 minit

2037232.jpg


Laporan akhbar Sinar Harian berkenaan longgokan hiasan ayat al-Quran yang ditemui di tepi jalan kawasan Perindustrian Arab Malaysian, di sini pada Selasa.


NILAI - Polis melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan longgokan perhiasan dinding yang mengandungi ayat suci al-Quran di kawasan Perindustrian Arab Malaysian, di sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, polis masih mengesan individu yang terlibat dalam kes itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menerima laporan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkenaan penemuan longgokan perhiasan dinding ayat al-Quran itu pada jam 6.45 petang.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari cawangan khas ke lokasi kejadian dan menemukan longgokan perhiasan dinding yang mengandungi ayat suci al-Quran dalam bentuk berbingkai dan tidak berbingkai dibuang oleh individu masih belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Menurutnya, hasil perbincangan dengan JHEAINS dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), longgokan itu telah dikumpulkan dan akan dilupuskan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di Seremban mengikut hukum syarak.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu diharap dapat menyalurkannya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan penemuan longgokan hiasan ayat al-Quran tersebut yang ditemui kira-kira jam 12.15 tengah hari oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menerusi rondaan berkala dilakukan.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pihaknya percaya hiasan ayat al-Quran berkenaan dibuang oleh pihak industri dan bukannya individu.

"Jika dilihat pada longgokan hiasan ayat al-Quran ini, ia bukannya dibuang oleh individu kerana saya rasa tiada individu yang menyimpan hiasan ayat-ayat al-Quran sebanyak ini.

"Bagi saya ia tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mencari jalan mudah untuk melupuskannya dan berdasarkan pemerhatian terdapat sedikit kesilapan pada sebahagian ayat-ayat al-Quran ini," katanya ketika ditemui di lokasi pada Selasa.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
Buang hiasan al-Quran: Rampas, tidak perbaharui lesen peniaga terlibat


AMINUDDIN Harun (dua dari kanan) menyerahkan simbolik pemberian bayaran insentif sekali beri berjumlah RM1,000 kepada wakil penggali kubur di negeri ini pada Majlis Israk Mikraj Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri, Seremban malam tadi. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan tegas sehingga merampas lesen perniagaan pengusaha dan peniaga perhiasan ayat al-Quran yang didapati terlibat dalam kejadian membuang barangan tersebut di tepi jalan atau di tempat pembuangan sampah haram.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tindakan drastik itu diambil hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Agama Islam yang diadakan baru-baru ini.

Ia susulan beberapa kejadian penemuan longgokan perhiasan mengandungi ayat al-Quran yang ditemui dibuang di tempat pembuangan sampah haram di Nilai di sini.

“Kita akan tutup kedai yang terlibat dalam membuang ayat-ayat suci al-Quran di jalan atau tempat pembuangan sampah, kita akan merampas lesen dan tidak akan memperbaharui lesen perniagaan tanpa belas kasihan lagi, ini merupakan tindakan yang cukup drastik oleh pihak jawatankuasa.

“Sekiranya ada penemuan lagi kita akan tarik semula lesen perniagaan mereka, bukan sahaja di satu lokasi kedai namun, kesemua kedai mereka di daerah lain di negeri ini akan ditarik semula,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Majlis Israk Mikraj Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri di sini malam tadi.

Utusan Online semalam melaporkan, selepas kejadian penemuan longgokan perhiasan ayat al-Quran yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di Nilai penghujung tahun lalu, berlaku lagi dua kejadian serupa pada tahun ini.

Kejadian terbaharu berlaku kelmarin manakala kejadian sebelum itu berlaku pada 26 Januari lalu dengan kedua-duanya juga berlaku di kawasan Nilai.


ANGGOTA penguat kuasa JHEAINS memeriksa barangan hiasan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang dibuang di kawasan tempat pembuangan sampah haram di Nilai 3, Nilai, Seremban pada 26 Januari lalu
Sementara itu, Aminuddin menambah, terdapat dua buah syarikat yang telah dikenal pasti susulan kejadian pembuangan hiasan al-Quran tersebut.

“Kita boleh kesan siapa yang buang dan kita sudah panggil kedua-dua syarikat tersebut, memberi kompaun serta nasihat terakhir untuk mereka,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, beliau juga telah meminta pihak berkuasa khususnya pihak polis dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi memantau khususnya di kawasan Nilai sekali gus memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Aminuddin turut menyerahkan simbolik replika pemberian bayaran insentif sekali beri (one off) berjumlah RM1,000 yang diberi kepada kepada seramai 909 orang penggali kubur di negeri ini seperti yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023.-UTUSAN.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register