BTC USD 17,234.6 Gold USD 1,798.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Lockheed Bekal Laser 300 kW Untuk Kegunaan Tentera Amerika Syarikat

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,303
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,303
Reaction score
4,938
Points
296
Awards
1
Membesar di dekad 80an dan senjata laser adalah fiksyen yang sering dilihat dalam siri animasi G.I Joe dan The Transformers. Tetapi fiksyen sains ini sudahpun menjadi realiti sejak setengah dekad yang lalu selepas ia digunakan oleh beberapa tentera dunia bagi tujuan menangkis serangan peluru berpandu dan mortar.

Terkini Lockheed Martin telah menyerahkan senjata laser Indirect Fires Protection Capability-High Energy Laser (IFPC-HEL) dengan output kuasa 300kW. Ini adalah 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding ATHENA (Advanced Test High Energy Assset) dengan kuasa 30 kW yang diuji oleh Lockheed pada tahun 2017.

Lockheed-Martin-IFPC-HEL-LASER-950x535.jpg.webp


Seperti ATHENA, IFPC-HEL direka sebagai sistem penangkis serangan peluru berpandu, artileri, dron dan mortar. Dengan kuasa yang lebih tinggi ia boleh memusnahkan sasaran dengan lebih pantas dari jarak yang lebih jauh. Sistem penangkis laser juga dilihat lebih murah berbanding sisten penangkis peluru berpandu seperti Patriot dan Trophy yang digunakan pada markas serta kereta kebal.

Sistem laser sudah cukup matang sehingga Israel bercadang menggantikan sistem Iron Dome sedia ada dengan sistem laser Iron Beam. Kos setiap “peluru” Iron Beam ialah sekitar RM16 sahaja berbanding ratusan ribu untuk setiap peluru berpandu Iron Dome.

Sumber asal https://news.lockheedmartin.com/202...red-Laser-to-Date-to-US-Department-of-Defense
 
Top
Log in Register