BTC USD 33,078.8 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lizzy dedah tidak tinggal sebumbung dengan suami

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376

Lizzy dedah tidak tinggal sebumbung dengan suami​

lizzie-2nd-lead-e1620394035587.jpeg
GAMBAR perkahwinan Lizzy dan Siew Jim yang dimuat naik bapanya di Facebook pada Mac lalu.
PETALING JAYA – Tanpa berselindung, pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mendedahkan dia tidak tinggal sebumbung dengan suaminya, Ding Siew Jim sejak berkahwin pada Mac lalu.

Elizabeth atau Lizzy, 28, mengakui, dalam tempoh dua pertama perkahwinan yang digelar fasa bulan madu ketika ini, mereka jarang bertemu sebaliknya hanya berhubung menerusi telefon.

Pelantun lagu Knock Knock itu berkata, dia dan suaminya selesa tinggal di rumah keluarga masing-masing dan merancang untuk mencari kediaman bersesuaian untuk hidup bersama suatu hari nanti.

“Mungkin kedengaran agak pelik, tetapi sepanjang tempoh ini (tinggal berasingan) tiada apa-apa masalah yang timbul.

“Satu atau dua minggu sekali kami berjumpa, ikut kepada keperluan. Hari-hari lain kami (berhubung) telefon sahaja.

“Boleh dikatakan jadual kerja saya sangat padat, tambahan pula terikat dengan penggambaran Gerak Khas untuk 30 episod. Memang susah curi masa, tetapi saya seronok begini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Semua Sudah itu turut mendedahkan dia dan suaminya berkahwin atas permintaan ibu dan sebagai anak, dia hanya menunaikan permintaan tersebut.

Aktres filem Misteri Delaila itu juga berhasrat tidak mahu tinggal berjauhan dengan ibunya. Oleh itu mereka sepakat membuat keputusan untuk tinggal secara berasingan.

“Sebagai anak bongsu, bukan perkara pelik sekiranya saya dan suaminya rapat dengan ibu bapa.

“Keluarga faham. Rumah mentua pun dekat (di Kuala Lumpur). Mungkin kalau sudah ada anak kami akan berpindah ke rumah sendiri. Siapa tahu kan?,” kata selebriti tinggi lampai itu.

Sementara itu, ditanya sama ada keputusan tinggal berasingan itu disebabkan pilihan keluarga, Lizzy hanya tertawa kecil.

Ketika diasak mengenai perasaannya terhadap Siew Jim, Lizzy mengakui dia menyayangi lelaki itu.

“Dia okey, memahami dan menyokong karier seni saya. Jika ditanya sama ada cinta atau sayang, saya memilih sayang,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan mereka.

Pada Mac lalu, perkahwinan Lizzy bersama Siew Jim yang merupakan ahli perniagaan mengundang kejutan selepas pasangan tersebut berkahwin secara rahsia.

Perkara itu terbongkar selepas bapa Lizzy, David Tan Suen Chew berkongsi momen bahagia anaknya menerusi Facebook.

Lizzy berkata, dia tidak berniat menyembunyikan perkahwinan tersebut, sebaliknya akan mengumumkan statusnya apabila sudah benar-benar bersedia.

Pada majlis perkahwinan tersebut, penyanyi yang juga popular menerusi lagu Police Entry tersebut memakai busana pengantin berwarna putih berdiri di sisi suaminya.

Difahamkan, majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah gereja di Gombak, Selangor dan dihadiri seramai 10 orang tetamu, dipercayai ahli keluarga terdekat.

Biasa dah tu Lizzy
Ujian masing²
Kira ok la tu ada jugak jumpa sekali sekala bila ada masa dan keperluan
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376

Rusyainie Ramli

21j ·

Bulan Ramadhan nampak gaya tak mengikat segala nafsu serakah segelintir lelaki Melayu Islam.

Nak ikut profil FB siapa tu, tak ada paksaan pun kan? Tak ada siapa pun yang letak pisau kat leher, ugut suruh ikut FB dia kan? Sendiri yang sukarela tonton video dia kan.

Lelaki Melayu Islam beriman takkan memilih untuk mengikut FB wanita bukan Islam. Iya lah, nak menjaga pandangan mata. Takkan lah senipis kulit bawang imannya sampai kan video memasak pun boleh cetuskan perasaan s*ksual meluap-luap.

Kalau lah suami saya berkelakuan sebegini rendah punya martabat, memang dah lama saya tinggalkan dia. Bergurau dengan biadab, dah tahap sangap sangat.

Kalian tengok lah sendiri. Nilaikan maruah lelaki Melayu Islam yang gambar profil ada isteri dan anak-anak. Jijik dan keji.

Hipokrit sangat. Kalau wanita Melayu Islam punya lah ditarbiah bab menutup aurat. Tapi mereka tu, tak tundukkan pandangan, tak apa lah pula.

Wanita-wanita yang perasan diri dah sempurna tu, boleh lah nasihatkan lelaki-lelaki sekalian tu. Yang lelaki-lelaki yang dok cakap pasal aurat di FB saya, silakan lah bagi tazkirah pada kaum sejantina dan seagama kalian.

Begini rupanya perangai mereka ni kan. Kasihan mak ayah, isteri dan anak-anak yang ada anak, suami dan ayah yang jemarinya dan pastinya otaknya yang kotor.

1620518126000.png

Situasi yang selalu jumpa dekat FB artis² cun
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
2,117
Reaction score
443
Points
51
Sebenarnya Melayu ni hanya Islam yang mengawal diri. Bila Islam dah tipis, dia boleh jadi lebih teruk dari haiwan yang mana fikirannya hanya tertumpu kat benda celah kangkang saja. Tu pasal banyak komen lucah boleh keluar dari jari mereka. Sorry gais, Melayu susah nak maju bila otak kat benda celah kangkang.

Salam hujung Ramadhan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376
Sebenarnya Melayu ni hanya Islam yang mengawal diri. Bila Islam dah tipis, dia boleh jadi lebih teruk dari haiwan yang mana fikirannya hanya tertumpu kat benda celah kangkang saja. Tu pasal banyak komen lucah boleh keluar dari jari mereka. Sorry gais, Melayu susah nak maju bila otak kat benda celah kangkang.

Salam hujung Ramadhan

Realiti sekarang @makcikcomei
 

lats840

Active+ Member
Joined
Mar 15, 2009
Messages
2,753
Reaction score
674
Points
81
Sebenarnya Melayu ni hanya Islam yang mengawal diri. Bila Islam dah tipis, dia boleh jadi lebih teruk dari haiwan yang mana fikirannya hanya tertumpu kat benda celah kangkang saja. Tu pasal banyak komen lucah boleh keluar dari jari mereka. Sorry gais, Melayu susah nak maju bila otak kat benda celah kangkang.

Salam hujung Ramadhan
Setuju sgt2....
Provoke tak bertempat pun samo la perangai mcm binatang...
Tak tau beza kat mana boleh gurau, kat mana tak boleh gurau...
Raso diri best....
Mcm2 org kek dunio ni....
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,473
Reaction score
2,571
Points
201
Ekceli kan
Amoi memang suka lelaki melayu
cuma diorg frust tak dpt kawin sbb kekangan agama

so mereka jd la cock-teaser
kat telegram berlambak
Kalau pandai ngorat, bole dpt huhu
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
2,117
Reaction score
443
Points
51
Ekceli kan
Amoi memang suka lelaki melayu
cuma diorg frust tak dpt kawin sbb kekangan agama

so mereka jd la cock-teaser
kat telegram berlambak
Kalau pandai ngorat, bole dpt huhu
So, kalau depa nak, Melayu pun bagi jer lah....agama mana bro? Agama mana?
Nabi Yusof tu dah dalam bilik terkurung dengan Zulaikha.. anytime saja.. tapi beliau memilih penjara dunia demi syurga akhirat.

Ohya... Melayu bukan semuanya Islam
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,473
Reaction score
2,571
Points
201
So, kalau depa nak, Melayu pun bagi jer lah....agama mana bro? Agama mana?
Nabi Yusof tu dah dalam bilik terkurung dengan Zulaikha.. anytime saja.. tapi beliau memilih penjara dunia demi syurga akhirat.

Ohya... Melayu bukan semuanya Islam
Kita tak bole samakan diri kita mcm nabi yusup..

dlm penjara kang tak bole kutip sabun plak
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,940
Reaction score
671
Points
81
aku ada dgq ayah lizzy ni mcm pastor, father la..kiranya pegangan agama kristian kuat..jd, adat kata, kalu lizzy ni jatuh cinta dgn lelaki melayu, rs ssh ayah dia nk letgo..dr bermenantukan org Islam&convert anak dia, baik dijodohkn dgn org yg sekufu, yg sama pegangan..dok xdok sebumbung tu perkara 2,3,4 la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register