Liverpool Liverpool Kopites

CG Sponsors




kopininja

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2011
Messages
5,206
Reaction score
58
Points
70


Keputusan Undian pusingan ke 16 UEFA Liga Juara² 2019/20

Liverpool akan bertandang ke Wanda Metropolitano Madrid Sepanyol menentang Atlético Madrid pusingan 16 pertama pada 18 Februari 2020 .. waktu perlawanan akan di beritahu kemudian nanti..
wanda wonderful
 
Sponsored Post

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45
Kedudukan Minggu 17 Ke 38 Liga Perdana Inggeris 19/20



Keputusan Penuh Perlawanan



Penjaring Gol Terbanyak Terkini



Jadual Perlawanan Liverpool




Pst: Tiada siaran langsung Astro Piala Liga Inggeris (English Football League Cup/Carabao Cup)

cuma siaran langsung melalui streaming sahaja..pautan streaming akan dibagi jam 3 pagi esok
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


Jurgen Klopp menyerahkan tugas kepada Neil Critchley

Liverpool terpaksa mengharungi 2 perlawanan minggu ini iaitu rabu suku akhir Piala Liga Inggeris 19/20 dan khamis separuh akhir FIFA Piala Kelab Dunia 2019 di Qatar. Jurgen Klopp terpaksa menyerahkan tugasan beliau kepada pengurus akademi Liverpool bawah 23 tahun (Liverpool U23) Neil Critchley untuk membimbing skuad Liverpool mengharungi suku akhir Piala Liga Inggeris (English League Cup/Carabao Cup) menentang Aston Villa di Villa Park rabu ini 3:45 pagi (Waktu M'sia) . Berkemungkinan ramai pemain akademi bawah 23 tahun akan bermain menentang Aston Villa nanti.

Manakala Jurgen Klopp dan skuad Liverpool telah selamat sampai ke Qatar semalam. 20 pemain terkuat skuad senior Liverpool di bawa ke Qatar iaitu Alisson, Lonergan, Adrian, Van Dijk, Joe Gomez, Trent, Robertson, Jones, Williams, Henderson, Keita, Wijnaldum, Milner, Lallana, Chamberlain, Shaqiri, Salah, Origi, Mane dan Firmino. Liverpool juara UEFA Liga Juara² 18/19(Zon Eropah) akan menentang juara CONCACAF Liga Juara² 18/19(Zon Amerika Utara/Tengah dan Caribbean)
Monterrey (Mexico) dalam kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2019 (2019 FIFA Club World Cup) separuh akhir, khamis ini 1.30 pagi (Waktu M'sia) di Khalifa International Stadium Baaya Qatar.


Pengurus akademi Liverpool bawah 23 tahun (Liverpool U23) Neil Critchley berada di sidang media dalam seisi jawab pertembungan Liverpool menentang Aston Villa berkata, dia sangat berbangga mengetuai pasukan Liverpool menentang Aston Villa awal pagi esok (Waktu M'sia) dalam saingan suku akhir Piala Liga Inggeris. Skuad Liverpool akan dibarisi pemain muda manakala lusanya, Jurgen Klopp mengetuai skuad senior Liverpool dalam saingan separuh akhir FIFA Piala Kelab Dunia di Qatar.

"Ianya satu peluang besar buat pemain muda dan juga saya, saya berbangga mengetuai skuad muda akademi Liverpool, semua pemain muda Liverpool pastinya teruja untuk mempersembahkan bakat dan aksi terbaik mereka."

Pst: Liverpool akan pergi ke Villa Park menentang Aston Villa.. jam 3.45 pagi esok (Waktu M'sia)
 
Last edited:

kopininja

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2011
Messages
5,206
Reaction score
58
Points
70


Pengurus akademi Liverpool bawah 23 tahun (Liverpool U23) Neil Critchley berada di sidang media dalam seisi jawab pertembungan Liverpool menentang Aston Villa berkata, dia sangat berbangga mengetuai pasukan Liverpool menentang Aston Villa awal pagi esok (Waktu M'sia) dalam saingan suku akhir Piala Liga Inggeris. Skuad Liverpool akan dibarisi pemain muda manakala lusanya, Jurgen Klopp mengetuai skuad senior Liverpool dalam saingan separuh akhir FIFA Piala Kelab Dunia di Qatar.

"Ianya satu peluang besar buat pemain muda dan juga saya, saya berbangga mengetuai skuad muda akademi Liverpool, semua pemain muda Liverpool pastinya teruja untuk mempersembahkan bakat dan aksi terbaik mereka."

Pst: Liverpool akan pergi ke Villa Park menentang Aston Villa.. jam 3.45 pagi esok (Waktu M'sia)

Good luck pemain muda
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45






Aston Villa Vs Liverpool Highlights & Goals


 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,896
Reaction score
34
Points
45


Berakhirnya penutup perjuangan Liverpool dalam saingan suku akhir Piala Liga Inggeris 19/20

Skuad muda Liverpool tewas menentang skuad senior Aston Villa 5-0 yang bergelut ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris. Harus di ingat, perlawanan ini di barisi keseluruhan pemain muda liverpool berbanding Aston villa di barisi skuad yang lebih berusia daripada mereka. Pemain muda Liverpool tidak mempunyai pengalaman ke peringkat tertinggi menentang pasukan senior lebih² lagi menentang pasukan di liga utama Inggeris. Pujian harus diberikan kepada skuad muda, banyak serangan berbahaya dilakukan tapi tuah tidak menyebelahi mereka.

Kelihatan juga mereka sedikit gugup dan tidak sangat berani membetis dan melakukan terjahankeras berhadapan pemain Aston Villa yang lebih berusia daripada mereka. Kopites yang datang ke Villa Park setiap masa memberi sokongan kepada skuad muda. Setiap gol jaringan di sumbat Aston Villa , kopites menjerit "Liverpool!Liverpool!Liverpool!Liverpool" dan sehingga beberapa minit sebelum wisel penamat ditiupkan, kopites menyanyikan "Walk on!Walk on!With hope in your heart!And you'll never walk alone!You'll never walk alone" .

Skuad muda tidak perlu sangat bersedih dalam kekalahan perlawanan ini, perlawanan ini memberi berpeluang menimba ilmu dan pengalaman bagi mereka mengharungi era baru di akan datang. Pemain muda paling menonjol Harvey Elliott (tengah) berusia 16 tahun dan Ki-Jana Hoever (pertahanan kanan) berusia 17 tahun, mereka banyak melakukan gerakan dan aksi menarik dalam perlawanan.



Pst: Jgn sedih adik².. Aston Villa akan bertandang ke Anfield 11 April 2020 dalam saingan Liga Perdana Inggeris 19/20 ..abg² nanti pasti akan balas dendam balik. :giggle:
 
Last edited:

elnino25

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2010
Messages
7,376
Reaction score
50
Points
70
ok la tu 57% possesion, 15 shots..villa lebih clinical dpn gol..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register