Liverpool Liverpool Kopites

Recommended Brokers


imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,787
Reaction score
31
Points
35


Jordan Henderson dijangka akan direhatkan dalam pertembungan menentang Watford malam ini. Jurgen Klopp dilaporkan mahu merehatkan Henderson. Gini Wijnaldum atau Adam Lallana akan menjadi pilihan utama Klopp malam ini.

Disamping itu, Alex Oxlade-Chamberlain dan James Milner juga berkemungkinan akan dipilih oleh Klopp untuk aksi liga Liga Perdana Inggeris minggu ini. Selain daripada itu, Naby Keita mungkin diturunkan dalam skuad utama selepas cemerlang dalam 2 perlawanan terakhir Liverpool yang menyaksikan beliau berjaya menjaringkan 2 gol.
 
Sponsored Post

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,787
Reaction score
31
Points
35






Liverpool Vs Watford Highlights & Goals


Keputusan Terkini Perlawanan



Kedudukan Terkini Liverpool

 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,787
Reaction score
31
Points
35


Perlawanan pada minggu ini semuanya bergantung kepada tuah dan berpihak kepada Liverpool. Sekaligus memberikan 3 mata penting dengan mengumpul 49 mata daripada 17 perlawanan setakat ini. Liverpool menampilkan aksi yang kurang bertenaga di halaman sendiri apabila banyak peluang yang dihasilkan tidak dapat menambah jaringan gol bertemu Watford. Watford walaupun hadir sebagai pasukan tercorot liga, namun ianya satu perlawanan yang membuatkan kopites sakit jantung sepanjang perlawanan. Mereka memberi tekanan kepada Liverpool dan memaksa untuk melakukan kesilapan mudah ketika menyerang mahu pun bertahan.

Watford mempunyai peluang untuk berada di depan namun penyudah mereka tidak bernasib baik. Salah berjaya menjaringkan gol pembukaan apabila bijak memperdayakan pertahan dan penjaga gol Watford pada minit ke-38. Berbaki 45 minit lagi, kedua-dua pasukan tidak berhenti untuk mencari gol. Pemain Liverpool kelihatan penat dan hampir memberikan Watford peluang mudah, namun Alisson berjaya menidakkan serangan mereka. Gomez dan Van Dijk kelihatan tidak serasi. Aksi Gomez pula agak gugup namun berjaya menutup kesilapan beliau dengan sepakan yang kemas. Van Dijk hampir sahaja memberikan gol sendiri, mujurlah bola hanya melalui tepi tiang gol.

VAR hampir menjadi musuh Liverpool apabila hampir 2 kali membatalkan gol Liverpool. Gol Mane disahkan offside kerana beliau terlebih berada beberapa inci daripada pemain Watford. Keadaan berlaku seperti gol Firmino di mana ketiak beliau berada dalam kedudukan offside. Origi sekali lagi menjadi penyelamat Liverpool apabila sepakan beliau tepat kepada Salah yang mudah menguis bola tersebut untuk menjaringkan gol ke 2. VAR hampir membatalkan gol Mo Salah namun diberikan apabila beliau berada depan sedikit daripada Christian Kabasele (pemain pertahanan tengah Watford).
 
Sponsored Post
Top
Log in Register