Liverpool Liverpool Kopites

CG Sponsors




belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
5,763
Reaction score
218
Points
73
Keputusan Penuh Perlawanan Peringkat Kumpulan UEFA Liga Juara² 19/20



Kedudukan Penuh Peringkat Kumpulan







Kedudukan Terkini Penjaring Gol Terbanyak



Undian Peringkat 16 berlangsung Selasa jam 7malam(Waktu M'sia) 16Disember di Astro 819 .. 820 dan 840



mantap smuanya..
jumpa RM next pon ok apa.
 
Sponsored Post

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,892
Reaction score
34
Points
35
Welcome to Liverpool, Takumi Minamino !



Liverpool telah berjaya menandatangani penyerang tengah (attacking midfielder) dengan hanya membayar pelepasan klausa £7Juta 25ribu pound dari RB Salzburg iaitu Takumi Minamino. Perbincangan gaji beliau di Liverpool masih dlm perbincangan. Sekiranya segalanya berjalan dengan lancar termasuk pemeriksaan kesihatan dan sejarah kecederaan, Minamino mungkin bersama Liverpool pada 1 Januari 2020. Di Liverpool, 2 pemain pernah bersama RB Salzburg, Sadio Mane(2012–2014) dan Naby keita(2014–2016). Sejarah juga mungkin tercipta buat pertama kalinya Liverpool membeli pemain dari negara Asia.

Pst: Sedikit Info mengenai Takumi Minamino 🧐



- Nama sebenar Takumi Minamino (南野 拓実) lahir 16 Januari 1995 (24 tahun) berasal dari Izumisano Osaka Jepun.
- Bersama Akademi Cerezo Osaka (2007–2012) posisi penyerang tengah (attacking midfielder).
- Seterusnya bermain skuad senior Cerezo Osaka (2012–2014) di Liga jepun Divisyen 1 (J1 League: J1リーグ ). Beliau menjaringkan 7gol dan 62 penampilan sepanjang bersama Cerezo Osaka.
- RB Salzburg membeli beliau pada 7 Januari 2015 kontrak bermain sehingga 30 Jun 2021. Gaji beliau €1Juta 800ribu euro setahun (£1Juta 490ribu 877 pound) bersamaan €34ribu 200 euro seminggu (£28ribu 327 pound).
- Sepanjang bersama RB Salzburg sehingga kini, beliau telah menjaringkan 41gol dan 129 penampilan.

- Bersama skuad senior Jepun semenjak 2015 menjaringkan 11 gol dan 22 penampilan.
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,436
Reaction score
460
Points
81
Harap dpt main first eleven la... Dia ada kualiti Shaqiri tapi Minamino ada kelebihan stamina, dia boleh turun tolong defense, boleh pressing.. Tu yang Klopp cari.


Harap kali ni menjadi la, tak nak la duduk bench je pastu loan dan jual..

First Asian (tolak Benayoun Kewell) player yang bermuka Asian kat Liverpool ni.. Makin besar la fanbase Liverpool di Asia..
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,892
Reaction score
34
Points
35
Harap dpt main first eleven la... Dia ada kualiti Shaqiri tapi Minamino ada kelebihan stamina, dia boleh turun tolong defense, boleh pressing.. Tu yang Klopp cari.


Harap kali ni menjadi la, tak nak la duduk bench je pastu loan dan jual..

First Asian (tolak Benayoun Kewell) player yang bermuka Asian kat Liverpool ni.. Makin besar la fanbase Liverpool di Asia..
Israel join UEFA 1991 bro.. jadi Yossi Benayoun bersama Skuad Israel 1998 bukan consider asia dah.. Australia join AFF 2006.. Harry Kewell bersama skuad Australia 1996.. so masa tu Ausralia masih OFC .. sebab tu Minamino mungkin cipta sejarah jadi pemain asia pertama join Liverpool..
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,892
Reaction score
34
Points
35


Walaupun Liverpool telah menewaskan beberapa kelab di Eropah untuk mendapatkan bintang muda RB Salzburg Minamino, dilaporkan masih ada kelab yang masih mencuba untuk mendapatkan bintang Jepun itu. AC Milan dan Manchester United dikatakan masih memasang hajat untuk mendapatkan Takumi Minamino walaupun pemain itu akan menjalani ujian perubatan/kesihatan bersama Liverpool dalam beberapa hari lagi.

Klausa pelepasan Minamino bersama RB Salzburg hanyalah bernilai £7juta 25ribu pound dan pastinya telah membuka mata beberapa kelab besar di Eropah. Ditambah dengan aksi Minamino yang amat cemerlang dalam saingan Liga Juara² musim ini. Manchester United dikatakan sedia memecahkan tabung mereka dengan menawarkan tambahan sejumlah £25juta pound untuk Minamino.

Walaupun ada desas-desus berita ini, Liverpool dikatakan menjadi pilihan utama Minamino selain jalinan yang baik antara Liverpool dan RB Salzburg yang dilihat memudahkan lagi urusan perpindahan tersebut. Untuk rekod, Liverpool dilaporkan menawarkan RB Salzburg tambahan nilai £20juta pound dan ianya diterima oleh kelab tersebut.
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,892
Reaction score
34
Points
35


Dilaporkan, sebenarnya Jordan Henderson & Virgil van Dijk telah menyarankan Jurgen Klopp untuk menandatangani Takumi Minamino selepas tamat aksi timbal balik yang lalu kerana tertarik dengan persembahan bintang Japan itu.

Jurgen Klopp hanya ketawa mendengar permintaan tersebut kerana baginya, Minamino sudah pun dalam perancangannya. Maka tidak hairanlah, berita Liverpool-Minamino terus kedengaran selepas kemenangan Liverpool.
 

ramos

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
6,905
Reaction score
212
Points
73
syarat dari nike mmg dia nak player dari asia utk transfer kali ni sbb nak kembangkan jualan jersi..
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,892
Reaction score
34
Points
35


Klopp lanjutkan kontrak sehingga 2024

Berita gembira buat kopites, Jurgen Klopp melanjutkan kontrak sehingga tahun 2024. Kedua-kedua pembantu beliau juga turut melanjutkan kontrak sehingga 2024. Ini sekaligus memecahkan tradisi beliau sendiri. Seperti yang kita tahu, Klopp sebelum ini hanya berada di sesebuah kelab selama 7 tahun sahaja seperti yang berlaku ketika di Mainz dan Dortmund. Tambahan lagi, Jurgen Klopp dilihat betul betul ingin membina sebuah legasi di Liverpool sejak beliau menyertai kelab Merseyside ini pada 28 Oktober 2015.
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,436
Reaction score
460
Points
81
Milner pun sambung kontrak hingga 2022.

Malam ni misi 3 points.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register