Liverpool Liverpool Kopites

CG Sponsors




ramos

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
6,905
Reaction score
212
Points
73
dah mcm training plak tgk game td :LOL::LOL:
 
Sponsored Post

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,894
Reaction score
34
Points
35






Bournemouth Vs Liverpool Highlights & Goals



Keputusan Terkini Perlawanan



Kedudukan Terkini Liverpool


 
Last edited:

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,894
Reaction score
34
Points
35


Jurgen Klopp memberi peluang pemain muda kelahiran Liverpool Merseyside iaitu Curtis Jones melakukan penampilan pertama bersama skuad senior Liverpool pada separuh masa ke 2 menentang Bournemouth semalam. Curtis Jones sering di sebut di kalangan Kopites di Liverpool Merseyside sebagai Scouser Iron Curtain, beliau adalah permata yang bakal menyinar bersama Liverpool.

Pst: Sedikit Info Curtis Jones 🧐



- Nama penuh Curtis Julian Jones lahir pada 30 Januari 2001 (18 Tahun).
- Di lahirkan di Rock Ferry Liverpool Merseyside England.
- Bermain posisi tengah di akademi Liverpool 2010-2018.
- Menyambung kontrak bersama Liverpool selaku pemain professional pada 1 Februari 2018.
- Pendapat Jurgen Klopp Mengenai Curtis Jones, mahir dari segi menggelecek..tangkas dan laju mengawal bola.
- Gaji beliau £177ribu 205 pound setahun bersamaan £3ribu 602 pound seminggu.
- Beliau di letakkan ke dalam skuad senior simpanan Liverpool menentang Everton semenjak 7 April 2018.
- Penampilan sulung selaku pemain senior Liverpool pada 7 Disember 2019 di separuh masa ke dua.. menentang Burnemouth. Liverpool menang 0-3.

Curtis Jones Goals & Skills


 
Last edited:

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,894
Reaction score
34
Points
35


Liverpool Lebarkan Lagi Rekod Tanpa Kalah

Alex Oxlade Chamberlain, Naby Keita dan Salah masing masing menyumbang gol dan bawa 3 mata dari Vitality Stadium. Berikutan jadual padat yang dihadapi dan isu kecederaan, Jurgen Klopp melakukan rombakan untuk perlawanan. Liverpool tidak membuang masa untuk menekan lawan, Salah melakukan percubaan tepat ke gol seawal minit ke 5 selepas menerima hantaran lintang Gomez namun mudah buat di tepis Ramsdale. Bekas pemain Liverpool, Dominic Solanke pula mendapat peluang keemasan pada minit ke 19 dengan gerakan cuba melepasi Lovren dan melepaskan rembatan tetapi sempat dihadang oleh Lovren.

4 minit kemudian, gerakan dari kiri memberikan ruang dan peluang buat Milner melakukan percubaan dari kiri petak penalti namun hanya sipi dari pintu gol Bournemouth. Giliran Salah pula mencuba menerusi tandukan jauh dari sebelah kanan setelah menerima hantaran lintang Gomez namun tepat ke dakapan penjaga gol pada minit ke 26. Akhirnya Liverpool membuka gol pendahuluan pada minit ke 35, setelah Oxlade Chamberlain melakukan larian untuk menyambut hantaran jauh Henderson dan seterusnya menyumbat gol. Permainan bertukar menjadi rancak dengan terus menekan Bournemouth dan hampir menambah gol pada minit ke 40 menerusi percubaan leret Firmino namun mudah untuk di tepis Ramsdale.

Liverpool terpaksa melakukan pertukaran awal dengan memasukkan Trent Alexander-Arnold bagi menggantikan Lovren pada minit ke 40, difahamkan Lovren mengalami kecederaan. Minit ke 44 menyaksikan Firmino mendapat peluang untuk melebarkan jaringan menerusi hantaran lintang Trent, tetapi bola rembatan beliau terkena Oxlade dan keluar. Sejurus sebelum tamat separuh masa pertama, Liverpool menambah gol kedua apabila Keita melakukan gerakan 1 – 2 Salah, melakukan larian ke gol untuk menerima hantaran tumit Slah dan menyudahkan peluang tersebut.

Bersambung babak kedua, Liverpool tidak menunjukkan tanda untuk berhenti menyerang dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Bournemouth. Keita sepatutnya menambah gol peribadi kedua pada minit ke 49 namun rembatan tinggi di hadapan petak tepat ke dakapan penjaga gol. Liverpool akhirnya menambah gol ketiga dengan satu hantaran terus kepada Mo Salah, disusuli satu kuisan leret ke gol pada minit ke 53. 4 minit kemudian, Trent melakukan percubaan ke gol namun sipi dari tiang gol.

Penjaga gol Bournemouth, Ramsdale sekali lagi bertindak cemerlang menafikan percubaan Mo Salah pada minit ke 68. Klopp melakukan pertukaran kedua pada minit ke 75, dengan memasukkan pemain muda Curtis Jones dan merehatkan Robertson. Mo Salah hampir menambah gol keempat pada minit ke 78, Milner melakukan hantaran lintang kepada Trent dengan Salah berada di hadapan gol namun telah ofsaid terlebih dahulu.

Klopp melakukan pertukaran ketiga dengan mengeluarkan Oxlade untuk Shaqiri pada minit ke 86. Seminit selepas itu, Curtis Jones peroleh peluang menerusi hantaran lintang Milner namun percubaannya tinggi. Sepakan percuma Henderson di masa kecederaan merupakan percubaan terakhir Liverpool namun tiga jaringan itu sudah memadai untuk Liverpool meraih 3 mata.
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,894
Reaction score
34
Points
35


Kecederaan Dejan Lovren

Jurgen Klopp percaya isu kecederaan yang dialami Lovren tidak serius. Lovren digantikan dengan Trent Alexander Arnold pada minit ke 40 di Vitality Stadium. Lovren telah di nilai unit perubatan Liverpool, pemeriksaan tidak menunjukkan kecederaan Lovren sangat serius. Klopp juga mengesahkan Georginio Wijnaldum dan Adam Lallana mengalami kecederaan kecil sahaja.

"Belum tahu lagi penyebab kecederaan sebenar namun ianya tidak serius, lebih kepada kekejangan otot. Lovren merasai sesuatu dan berkata dapat bermain sehingga tamat separuh masa pertama, namun kami katakan tidak dan membawa Lovren keluar. Itu adalah keputusan kami dan ini yang akan alami sepanjang musim ini. Ianya kecederaan serupa buat Georginio Wijnaldum dan Adam Lallana, tidak serius namun cukup untuk membolehkan mereka tersisih, Kami mempunyai masa 2 hari untuk berlatih dan memastikan mereka cergas. Itu yang kami fikirkan buat masa sekarang".

Pst: Liverpool akan menentang RB Salzburg di Salzburg Austria Rabu 11 Disember.. jam 1.55 pagi (Waktu M'sia)
 

acahje

Active Member
Joined
Nov 10, 2007
Messages
1,936
Reaction score
8
Points
55
Leicester pulak sekarang dah mula potong corner..
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,894
Reaction score
34
Points
35
Kedudukan Minggu 16 Ke 38 Liga Perdana Inggeris 19/20



Keputusan Penuh Perlawanan



Penjaring Gol Terbanyak Terkini



Jadual Perlawanan Minggu 17 Ke 38 (Waktu M'sia)

 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,894
Reaction score
34
Points
35


FIFA Piala Kelab Dunia (FIFA CLUB WORLD CUP) bermula minggu ini

Jadual & Perlawanan yang akan mendapat liputan siaran langsung oleh Astro bagi kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2019.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register