Liverpool Liverpool Kopites

Recommended Brokers


nik1412

Active+ Member
Joined
Dec 31, 2007
Messages
2,660
Reaction score
18
Points
25
kenapa laa defend kelaut sangat... dengan becker membuat begitu.
nasib tak berseri-seri...
 
Sponsored Post

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
15,721
Reaction score
199
Points
123


Jurgen Klopp mengharapkan kecederaan buku lali dialami Fabinho tidak serius ketika Liverpool berakhir dengan seri perlawanan menentang Napoli. Pemain Brazil itu juga tidak berputus asa meskipun ditimpa kecederaan pada separuh masa pertama. Bagaimanapun beliau terpaksa diganti dengan Wijnaldum.

"Sudah pasti masih awal untuk mengesahkan kecederaan yang dialami beliau. Saya tidak mahu bercakap tentangnya sekarang, kami akan menunggu keputusan daripada pihak perubatan Liverpool untuk mendapatkan jawapan".

Walaubagaimanapun, Fabinho sudah pasti terlepas aksi liga perdana inggeris minggu ini akibat terjahan kasar terhadap Cheick Kouyate (Crystal Palace) minggu lepas dan mendapat kad kuning. Beliau di gantung 1 perlawanan akibat mengutip banyak kad kuning.
Kenapa bro dah tak komen section politik?
 

elnino25

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2010
Messages
7,297
Reaction score
25
Points
70
kenapa laa defend kelaut sangat... dengan becker membuat begitu.
nasib tak berseri-seri...
becker tu instinctive reflect, alang2 dia dh keluar & dah kena chipped..defend liverpool season main high line, byk kali dah kena caught macam nie..mmg tunggu masa jer nk kena..
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,761
Reaction score
31
Points
35
Kenapa bro dah tak komen section politik?
jarang dah pergi section politik bro .. aku bukan keyboard warrior 😅 .. makin byk isu dikeluarkan .. makin byk ayat sakit hati muncul.. makin byk kumpul dosa.. jadi takpelah.. biar jaguh keyboard warrior je bagi peranan.. full stop.. ;)
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,761
Reaction score
31
Points
35
Kedudukan Minggu 14 Ke 38 Liga Perdana Inggeris 19/20



Keputusan Penuh Perlawanan



Penjaring Gol Terbanyak Terkini



Jadual Perlawanan Minggu 15 Ke 38 (Waktu M'sia)

 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,761
Reaction score
31
Points
35


Adrian pemain terbaik perlawanan pilihan Klopp

Jurgen Klopp memuji sumbangan penjaga gol gantian Adrian dalam kemenangan bermakna Liverpool susulan menewaskan Brighton and Hove Albion 2-1 walaupun Alisson diperintah keluar padang.

"Saya pasti penjaring dua gol adalah pemain terbaik perlawanan tetapi bagi saya, Adrian layak menerimanya. Ianya disebabkan dia masuk dalam perlawanan sebegini dan melakukan dua aksi tangkas, salah satu daripadanya sangat hebat. Begitu juga dengan sepakan gol. Ia sukar kerana sesiapa yang melakukannya dalam keadaan badan tidak cukup panas. Kami patut tamatkannya dengan cara berbeza tetapi tidak bersedia dengan situasi itu, jadi saya gembira."
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,761
Reaction score
31
Points
35


Marco Silva Tidak Pasti Bersama Everton Menjelang Merseyside Derby

The Toffees tewas kepada Leicester City 2 – 1 dalam perlawanan dramatik di King Power dan akan ke Anfield pada pertengahan minggu ini. Pengurus Everton Marco Silva tidak pasti sama ada masih lagi menguruskan Everton menjelang perlawanan Merseyside Derby nanti. Kekalahan terbaru di King Power meningkatkan lagi tekanan pengurus Everton ini dan mungkin ia tidak cukup untuk mengekalkan jawatan di Goodison Park. Di tanya mengenai situasi menjelang pertemuan dengan Liverpool.

"Seperti yang saya kata sebelum ini, saya bukanlah orang yang patut menjawab soalan ini. Saya tahu tugas saya dan apa yang saya perlu lakukan. Esok adalah hari mempersiapkan pasukan dengan sesi latihan. Saya tidak meragui pemain semua di belakang saya. Tiada siapa berhak memperkatakan tentang sikap pemain saya. Mereka telah menunjukkan apa yang mereka mampu buat sebaik boleh.

Ianya keputusan yang sukar diterima. Kami sepatutnya menerima lebih baik daripada ini. Kami mengubah formasi dengan tiga pertahanan dan pasukan lawan tidak dapat menembusi kami. 65 minit pertama adalah persembahan terbaik kami. Kami harus tenang. Ianya perlawanan yang sukar namun amat istimewa untuk peminat di bandaraya ini. Tidak akan tahu apa yang terjadi dalam perlawanan derby ini. Kami akan ke sana berjuang sepertimana yang ditunjukkan dalam perlawanan perlawanan sebelum ini."
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,761
Reaction score
31
Points
35


Dejan Lovren Layak Mendapat Penghormatan Sewajarnya - Jurgen Klopp

Beliau tidak melupakan sumbangan yang dilakukan pemain pertahanan Croatia itu dengan mencatatkan kemenangan 2 – 1 ke atas Brighton. Dua gol daripada Virgil Van Dijk memastikan Liverpool meneruskan rekod kebal di Anfield. Namun Brighton berjaya merapatkan jaringan hasil sepakan percuma pantas Lewis Dunk yang menyaksikan sebelum itu Alisson dibuang padang akibat memegang bola di luar petak ketika cuba mematahkan serangan Brighton di hadapan petak penalti. Klopp mengakui beliau sukar mendapatkan pengganti yang sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fabinho kini mengalami kecederaan buku lali. Tetapi beliau memuji persembahan Alex Oxlade Chamberlain, Jordan Henderson dan Georginio Wijnaldum di bahagian tengah

"Van Dijk menjaringkan dua gol, semua kita telah ketahui. Beliau sangat bagus dan sangat berbakat beliau gunakan segala bakat yang dimiliki beliau. Namun jika Van Dijk seorang sahaja bermain ianya sangat sukar. Dejan Lovren mungkin tidak mendapat perhatian media namun sejak beliau diturunkan akhir akhir ini sejujurnya beliau layak mendapat penghormatan dari saya. Kami terpaksa mencari pengganti Fabinho di mana ianya sangat sukar. Kebiasaanya kami tidak banyak bercakap kepada Fabinho kerana beliau tahu apa yang perlu dilakukan dan untuk kali ini saya terpaksa bercakap kepada mereka apa yang perlu dilakukan di posisi Fabinho.

Henderson bermain dengan agak baik di posisi itu bersama sama Wijnaldum dan Oxlade Chamberlain. Ia persembahan yang cukup baik dan kami tahu kami terpaksa bekerja keras dan bersedia untuk melakukan tugas ini. Brighton sangat baik dan mereka banyak menyukarkan lawan mereka musim ini. Graham Potter selaku pengurus Brighton & Hove Albion melakukan tugas yang cukup baik".
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
15,721
Reaction score
199
Points
123
jarang dah pergi section politik bro .. aku bukan keyboard warrior 😅 .. makin byk isu dikeluarkan .. makin byk ayat sakit hati muncul.. makin byk kumpul dosa.. jadi takpelah.. biar jaguh keyboard warrior je bagi peranan.. full stop.. ;)
Siapa yg start isu? Contoh komik komunis tu
 

imzza

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,761
Reaction score
31
Points
35


Ulangan 2018

Liverpool sekali lagi di undi bertemu jiran setempat bagi perlawanan pusingan ke-3 Piala FA Inggeris (FA Cup) pada 4 Jan 2020. 2018 Liverpool menang 2-1 ke atas Everton di mana Virgil Van Dijk membuat debut beliau dan menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Liverpool ke pusingan ke-4.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register