Lipas dan tikus di dapur restoran - Operasi Bersepadu Premis Makanan

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,692
Points
191

Kakitangan Jabatan Kesihatan Selangor menunjukkan lipas yang ditemui di premis makanan dalam Operasi Bersepadu hari ini. FOTO Zulfadhli Zulkifli










LIPAS dalam bekas beras dan tikus berkeliaran di dapur.

Itu antara dikesan Jabatan Kesihatan Selangor ketika Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih Siri 9 2019 di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Petaling Jaya hari ini.

Lebih menjijikkan terdapat anak lipas berkeliaran di dinding dapur yang menempatkan sup ayam di sebuah restoran francais yang popular di pusat beli-belah berkenaan.

Selain itu, pemeriksaan di ‘food court’ mendapati ruang di bahagian stok penyediaan makanan itu dipenuhi najis tikus.

Perkara itu menyebabkan lapan premis yang beroperasi di kawasan berkenaan diarahkan tutup sepenuhnya.

Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, operasi itu membabitkan 123 anggota terdiri daripada pegawai dan penolong pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

“Operasi yang bermula 9 pagi hingga 8 malam itu memeriksa 227 premis makanan.

“Secara keseluruhan 19 premis makanan diarahkan tutup selepas mengabaikan aspek kebersihan digariskan dalam ops berkenaan.

“Premis makanan ini ditutup dua minggu untuk tujuan pembersihan dan pengusaha perlu menghubungi kami untuk membuat pemeriksaan selepas pembersihan.

“Jika tahap kebersihan memuaskan, premis boleh kembali beroperasi semula,” katanya ditemui selepas operasi itu hari ini.

Dr Khalid berkata, selain premis makanan di dalam pusat beli-belah dan restoran francais itu pihaknya turut memeriksa restoran di sekitar Puchong Jaya, Selangor.

“Sebanyak 177 notis kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan sepanjang operasi ini.

“Saya ingatkan setiap pengusaha premis makanan perlu mengendalikan restoran mengikut tahap kebersihan ditetapkan.

“Janganlah hanya ruangan luar saja bersih sebaliknya di ruang lain aspek kebersihan tidak ditekankan,” katanya.

Menurutnya, operasi itu akan dijalankan secara berterusan.

“Semua pengusaha premis makanan hendaklah memastikan tahap kebersihan premis mereka pada tahap terbaik,” katanya.










sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/519111/lipas-dan-tikus-di-dapur-restoran
 
Top
Log in Register