Linda tak layan Fahrin

CG Sponsors




roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
metro online
KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang pelakon terkenal, Fahrin Ahmad terhadap bekas kekasihnya, Linda Onn berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi dua akhbar sebelum ini dijangka diteruskan berikutan pendirian penyampai radio itu yang enggan mematuhi notis tuntutan permohonan maaf dikemukakan.

Linda atau nama sebenar Rozlindah Onn, 32, sebaliknya mengemukakan surat menerusi peguamnya, Jumaat lalu mengandungi dua perkara iaitu menafikan kenyataan dikeluarkannya berunsur fitnah dan ia bukan datang daripada dirinya, tetapi sekadar mengesah serta mengiyakan kenyataan seorang lagi selebriti iaitu Scha Al-Yahya.


Fahrin, 30, menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co sebelum ini memberi tempoh tujuh hari berakhir semalam supaya Linda mengemukakan kenyataan maaf terbuka menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap dirinya, surat aku janji bertulis supaya tidak mengulangi perbuatan itu dan tuntutan ganti rugi. Peguam pelakon itu, Tengku Naufal Tengku Mansor, berkata setakat ini, Linda masih dengan pendirian tidak mahu mematuhi notis tuntutan itu manakala dua akhbar terbabit memberi maklum balas kepada mereka.


“Sebuah akhbar menerusi peguam mereka memberikan surat kesediaan menarik balik artikel itu dan berkompromi tanpa prejudis manakala sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris belum menyatakan pendirian mereka.


“Kami akan membuat tindakan selanjutnya selepas dua akhbar itu menyatakan pendirian masing-masing,” katanya yang dihubungi, semalam.


Beliau berkata, tindakan undang-undang terhadap Linda pasti dilakukan, namun tempoh berkompromi masih ada.


Akhbar Selasa lalu melaporkan, Fahrin tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih sehingga menangis ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya terhadap bekas kekasihnya itu selepas Linda mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya menerusi laporan dua akhbar berlainan pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, mendakwa dirinya seorang kaki pukul serta tidak menghormati wanita. Fahrin dilaporkan berkata, kedua-dua artikel itu mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan dia berperangai seperti itu. “Sebelum ini, saya terima banyak panggilan (telefon) yang bertanya sama ada benar saya ini kaki pukul. Saya sedih dengar perkara ini kerana sikap sebenar saya bukan macam itu. Saya seorang yang ceria dan suka senyum pada orang lain,” katanya. Linda yang dihubungi sejurus sidang media itu bagaimanapun berkata, dia hanya menjawab soalan wartawan yang bertanya.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register