BTC USD 64,324.0 Gold USD 2,320.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Linda Rafar jual minyak pati aromaterapi, pelajar tahfiz siap baca ayat Syifa... Dah tanya Ustaz Wadi tentang hukumnya

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,240
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,240
Reaction score
6,252
Points
881
Awards
1
Linda Rafar jual minyak pati aromaterapi, pelajar tahfiz siap baca ayat Syifa... Dah tanya Ustaz Wadi tentang hukumnya

Sabtu, 16 Mac 2024 2:30 PM
MULA bergiat aktif dalam bidang perniagaan sejak 2020, pelakon Linda Rafar teruja berkongsi produk terbaharu keluarannya iaitu minyak pati LS stress oil.

Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 46, berkata, idea untuk menjual produk tersebut muncul apabila kakaknya iaitu pelakon Liza Rafar menderita penyakit kebimbangan melampau atau anxiety sejak sekian lama.

Hampir setahun menggunakan sendiri produk yang dihasilkan, Linda akhirnya yakin untuk memasarkan produk minyak pati ini selepas terbukti keberkesanannya.

Sebelum ini, Linda juga mempunyai beberapa bisnes lain termasuk LR Hijab yang mengeluarkan pakaian kelengkapan muslimah.

Linda kini giat mempromosikan produk minyak pati keluarannya.

Linda bersama produk terbaharu keluarannya iaitu LS Stress Oil.

Selain itu, bekas kumpulan Elite ini baharu sahaja muncul dengan filem pertama terbitan produksinya iaitu Janna Endoro pada Februari lalu.

Jom kita ikuti temu bual mStar bersama Linda dalam perkongsian tentang produk perniagaan terbaharunya iaitu LR stress oil.

1. Apakah sebab utama Linda mengambil keputusan mengeluarkan produk minyak pati untuk dipasarkan?

Ia bermula apabila kakak saya lima tahun menderita anxiety yang teruk. Pernah dikejarkan ke hospital dan tangan semua menggeletar.



Saya jadikan kakak saya sebagai testimoni. Hampir setahun juga minyak pati ini digunakan oleh keluarga dan rakan terdekat.

Alhamdulillah maklum balas diterima sangat positif dan disebabkan itu saya yakin untuk menjual produk minyak pati ini.

2. Apa kelebihan minyak pati ini berbanding produk-produk yang ada di pasaran luar?

Produk minyak pati ini mengandungi kandungan lavender, lemon dan daun bidara. Ia memberi tiga kebaikan kepada pengguna, termasuk untuk menghilangkan stres, memberikan ketenangan dan boleh menyembuhkan daripada gangguan jin (saka).

Minyak pati ini bukan sahaja baik daripada segi ramuannya tetapi ia juga ditambah dengan bacaan ayat Syifa daripada pelajar-pelajar tahfiz Ustaz Ahmad Dasuki dan Ustaz Wadi Anuar.

Saya sering mengikuti majlis usrah dan ambil kesempatan itu bertanya pendapat daripada para ulamak. Alhamdulillah kata ustaz tidak salah jika mahu ayat Syifa dibacakan dan kami juga setuju untuk bekerjasama.

Linda tidak menyangka sambutan yang diterima menggalakkan.

Linda tidak menyangka perniagaannya mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.

3. Boleh kongsikan tentang kerjasama antara pihak Linda dan pusat tahfiz terlibat dengan lebih terperinci.

Setiap kali produk dihasilkan saya akan membawa pati itu ke pusat tahfiz Ustaz Dasuki di Kuala Lumpur dan Ustaz Wadi di Kedah. Mereka membacakan ayat syifa itu dengan ikhlas dan tidak pernah meminta bayaran.

Kalau nak cerita tentang keuntungan diterima ini sebenarnya kecil sangat. Saya bukan buat bisnes ini untuk mengaut keuntungan tetapi cukuplah sekadar balik modal.


Namun Alhamdulillah saya dapat juga berkongsi rezeki dengan pusat-pusat tahfiz berkenaan.

553

LS Stress Oil sudah terjual sebanyak 10,000 unit.

4. Bagaimana dengan sambutan diterima setakat ini? Kalau boleh kongsikan berapa modal dikeluarkan untuk memulakan perniagaan ini.

Bisnes ini kami baru mulakan sekitar tiga atau empat bulan lalu. Saya juga belum membuat promosi pemasaran secara besar-besaran tapi Alhamdulillah dengan hanya jualan di TikTok kami sudah berjaya membuat lebih 10,000 jualan.

Saya tidak sangka bisnes saya buat untuk suka-suka ini lebih diterima ramai. Pada mulanya saya memberi fokus kepada penghasilan filem Janna Endoro dan menganggap filem itu dapat memberikan pulangan lumayan.

Tambah pula modal dikeluarkan untuk membuat filem sekitar RM 2 juta berbanding modal minyak pati yang kami gunakan hanya dalam RM100,000.

Tapi itulah pembelajaran saya dapat. Saya berharap pada perkara lain tetapi Allah nak tunjukkan produk yang saya tidak langsung berharap rupanya lebih memberi keuntungan.


 
Back
Top
Log in Register