Linda Onn ditukar ke Sinar FM

CG Sponsors




underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,494
Reaction score
4,245
Points
196
Oleh NIEZAM ABDULLAH

ESOK, 15 Disember 2008 merupakan satu hari baru buat penyampai radio Era FM, Linda Onn,31, kerana beliau akan memulakan tugasnya di tempat baru.

Semua orang sudah mengetahui, tempat baru yang dimaksudkan itu adalah stesen retro yang memaparkan lagu-lagu lama iaitu Sinar FM. Selepas sepuluh tahun bersama Era, Linda terpaksa menerima hakikat nasibnya sama seperti Khairil Rashid yang sebelum ini pernah “dicampakkan” ke X-Fresh FM dan sekarang bersama Sinar FM.

Sebagai bintang yang dicungkil kemilaunya di stesen nombor satu itu, Linda tentunya berbangga kerana Era telah menaikkan namanya sehingga menjadi Linda Onn pada hari ini.

Merupakan deejay pelopor di stesen itu, ternyata pendekatan Era sebelum ini untuk menjadikan deejay mereka seperti selebriti sudah terlaksana.

Tetapi hari ini malang sekali buat Linda kerana dia seolah-olah dijadikan seperti sebiji bola yang disepak terajang tanpa arah. Sejak tiga minggu lalu suara Linda tidak lagi kedengaran menerusi Era walaupun pada dasarnya hari barunya itu masih belum bermula.

Ia bagaikan seperti hukuman sebelum wanita sensasi ini bertugas di tempat baru dengan alasan dia perlu berehat selama tiga minggu untuk mencari ketenangan.

Ada yang berkata, Linda sudah tidak diperlukan lagi di stesen itu kerana terlalu banyak menimbulkan kontroversi terutama mengenai kisahnya dengan Fahrin yang dilihat turut menjejaskan kredibiliti stesen itu.

Petang Jumaat lalu ketika Pancaindera menghubungi Linda, ternyata nada suara wanita ini cukup sedih.

“Ya... saya akan lapor diri di Sinar FM pada 15 Disember ini. Tengoklah macam mana nanti,” katanya membuka bicara. Saat ditanya perasaan beliau apabila menerima perkhabaran pertukaran itu, jelas Linda beliau sedih dan terkejut.

Dan lebih sedih, namanya juga tidak tersenarai dalam pasukan penambahbaikan untuk tahun 2009 yang seterusnya membuatkan beliau merasakan dirinya cuba dipinggirkan terus dari stesen itu.

Mengakui yang dia mati akal selepas diberitahu mengenai keputusan pihak pengurusan tersebut, Linda terpaksa menerima hakikat dia terpaksa menjalankan tugas di tempat yang belum tentu dapat menimbulkan minatnya.

Bukan menafikan kewibawaan stesen Sinar FM tetapi ujar Linda, jiwanya bukan jiwa retro yang dapat untuk memperhebatkan stesen itu.

“Saya sebenarnya suka dan minat dengan lagu-lagu hip-hop, rap dan R&B. Bila ditukarkan ke Sinar, entahlah, saya tak ada komen hal itu,” katanya.

Bimbang tidak ada kepuasan di tempat baru nanti, ujar Linda beliau masih tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk meninggalkan terus stesen radio AMP milik Astro itu atau tidak.

Bukan mahu membalas dendam tetapi Linda membayangkan dia bagaikan tidak dihargai selepas 10 tahun turut menyumbang menjadikan Era sebagai stesen nombor satu.

Tidak menafikan sebelum ini banyak menerima tawaran daripada stesen radio lain tetapi Linda tidak mahu tamak memikirkan wang sebaliknya dia masih sayangkan Era.

Tetapi hari ini selepas apa yang berlaku, tidak mustahil Linda akan mempertimbangkan apa-apa tawaran yang mungkin akan diberikan kepadanya.

“Saya tak boleh nak cakap sama ada nak berhenti dari menjadi deejay di stesen milik Astro ini atau tidak kerana kontrak saya masih ada sehingga hujung tahun hadapan,” katanya.

l Terlebih glamor?

Apabila rombakan berlaku di stesen radio itu, ada yang melihat perubahan tugas Linda kerana popularitinya yang terlalu mendadak. Dek kerana populariti yang keterlaluan disulam pula dengan kontroversi, ia turut dilihat menjadi punca kedudukan stesen Era semakin tercemar dan terus merudum jatuh walaupun masih pada tangga teratas.

Mungkin melihat kepada situasi itu, Pengurus Rancangan Era yang baru Nazri Noran mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan deejay stesen itu mengejar glamor lagi selepas ini.

Mereka perlu memberi perhatian terhadap kerjaya masing-masing daripada sibuk untuk keluar di akhbar atau majalah.

Mengulas mengenai kenyataan itu, Linda mempunyai jawapan iaitu soal glamor dan populariti yang dia peroleh hari ini adalah bukan atas permintaannya.

Malah setiap gosip atau kisah sensasi yang dipaparkan di akhbar mengenai dirinya juga di luar kawalannya.

“Apa yang orang baca, orang tulis, bukan permintaan Linda. Kalau orang kata Linda sengaja nak cari publisiti, nak glamor, itu semua tak betul. Itu silap,” katanya.

Malah ketika mula menyertai stesen radio Era selepas meninggalkan tugasnya sebagai pengacara di TV3, Linda tidak pernah terfikir personaliti radio dapat diangkat sebegitu tinggi sehingga ada anugerah untuk mereka.

Disebabkan itulah Era menjadi popular dan deejay mereka memenangi banyak anugerah.

“Masa mula-mula Era dilancar, boss Era ketika itu Kudsia Kahar mahu menjadikan Era lain dari stesen lain dengan menonjolkan deejaynya.

“Mungkin hari ini pendekatan itu berbeza dan prinsip yang dipegang selama ini hendak diubah, maka wujudlah kata-kata deejay tak perlu menonjol,” katanya.

Biarpun kecewa tetapi Linda berharap pendengar yang meminatinya selama ini sentiasa menyokong kerjayanya walaupun beliau ditempat baru. Esok adalah hari baru untuk Linda tetapi tidak mustahil, lusa atau hari berikutnya dia mungkin tiada lagi di situ. Siapa tahu!

www.utusan.com.my

hang dah tua ..... elok la masuk cenel retro
:eek:
 
Sponsored Post

gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
hang beghenti jaga kedai nasi ayam hang lagi baguih..ada jugak menfaat :-?
 

visi-sufi

Active Member
Joined
Aug 31, 2008
Messages
1,946
Reaction score
6
Points
25
betul ke Linda Onn 'dicampak' keluar dari Era atau Era sebenarnya yang bermasalah?

aku bukan lah nak menyebelahi sesape tapi bila fikir lepas sorang demi sorang penyampai Era terkenal tinggalkan Era ni termasuk penyampai radio yang aku suka (Kiran) pun dah keluar... aku rasa macam ada something wrong lah kat Era...

sebelum ni asal masuk kereta je aku terus on radio Era... tapi sekarang aku dah selalu tukar-tukar stesen... lagi pun sekarang ni dah byk stesen2 radio dan ada antaranya yang lagi best dari Era...

aku macam dapat rasakan lepas ni Era takkan jadi stesen radio nombor 1!
 

yazaedar

Active+ Member
Joined
Apr 29, 2006
Messages
2,834
Reaction score
4
Points
25
Oleh NIEZAM ABDULLAH

ESOK, 15 Disember 2008 merupakan satu hari baru buat penyampai radio Era FM, Linda Onn,31, kerana beliau akan memulakan tugasnya di tempat baru.

Semua orang sudah mengetahui, tempat baru yang dimaksudkan itu adalah stesen retro yang memaparkan lagu-lagu lama iaitu Sinar FM. Selepas sepuluh tahun bersama Era, Linda terpaksa menerima hakikat nasibnya sama seperti Khairil Rashid yang sebelum ini pernah “dicampakkan” ke X-Fresh FM dan sekarang bersama Sinar FM.

Sebagai bintang yang dicungkil kemilaunya di stesen nombor satu itu, Linda tentunya berbangga kerana Era telah menaikkan namanya sehingga menjadi Linda Onn pada hari ini.

Merupakan deejay pelopor di stesen itu, ternyata pendekatan Era sebelum ini untuk menjadikan deejay mereka seperti selebriti sudah terlaksana.

Tetapi hari ini malang sekali buat Linda kerana dia seolah-olah dijadikan seperti sebiji bola yang disepak terajang tanpa arah. Sejak tiga minggu lalu suara Linda tidak lagi kedengaran menerusi Era walaupun pada dasarnya hari barunya itu masih belum bermula.

Ia bagaikan seperti hukuman sebelum wanita sensasi ini bertugas di tempat baru dengan alasan dia perlu berehat selama tiga minggu untuk mencari ketenangan.

Ada yang berkata, Linda sudah tidak diperlukan lagi di stesen itu kerana terlalu banyak menimbulkan kontroversi terutama mengenai kisahnya dengan Fahrin yang dilihat turut menjejaskan kredibiliti stesen itu.

Petang Jumaat lalu ketika Pancaindera menghubungi Linda, ternyata nada suara wanita ini cukup sedih.

“Ya... saya akan lapor diri di Sinar FM pada 15 Disember ini. Tengoklah macam mana nanti,” katanya membuka bicara. Saat ditanya perasaan beliau apabila menerima perkhabaran pertukaran itu, jelas Linda beliau sedih dan terkejut.

Dan lebih sedih, namanya juga tidak tersenarai dalam pasukan penambahbaikan untuk tahun 2009 yang seterusnya membuatkan beliau merasakan dirinya cuba dipinggirkan terus dari stesen itu.

Mengakui yang dia mati akal selepas diberitahu mengenai keputusan pihak pengurusan tersebut, Linda terpaksa menerima hakikat dia terpaksa menjalankan tugas di tempat yang belum tentu dapat menimbulkan minatnya.

Bukan menafikan kewibawaan stesen Sinar FM tetapi ujar Linda, jiwanya bukan jiwa retro yang dapat untuk memperhebatkan stesen itu.

“Saya sebenarnya suka dan minat dengan lagu-lagu hip-hop, rap dan R&B. Bila ditukarkan ke Sinar, entahlah, saya tak ada komen hal itu,” katanya.

Bimbang tidak ada kepuasan di tempat baru nanti, ujar Linda beliau masih tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk meninggalkan terus stesen radio AMP milik Astro itu atau tidak.

Bukan mahu membalas dendam tetapi Linda membayangkan dia bagaikan tidak dihargai selepas 10 tahun turut menyumbang menjadikan Era sebagai stesen nombor satu.

Tidak menafikan sebelum ini banyak menerima tawaran daripada stesen radio lain tetapi Linda tidak mahu tamak memikirkan wang sebaliknya dia masih sayangkan Era.

Tetapi hari ini selepas apa yang berlaku, tidak mustahil Linda akan mempertimbangkan apa-apa tawaran yang mungkin akan diberikan kepadanya.

“Saya tak boleh nak cakap sama ada nak berhenti dari menjadi deejay di stesen milik Astro ini atau tidak kerana kontrak saya masih ada sehingga hujung tahun hadapan,” katanya.

l Terlebih glamor?

Apabila rombakan berlaku di stesen radio itu, ada yang melihat perubahan tugas Linda kerana popularitinya yang terlalu mendadak. Dek kerana populariti yang keterlaluan disulam pula dengan kontroversi, ia turut dilihat menjadi punca kedudukan stesen Era semakin tercemar dan terus merudum jatuh walaupun masih pada tangga teratas.

Mungkin melihat kepada situasi itu, Pengurus Rancangan Era yang baru Nazri Noran mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan deejay stesen itu mengejar glamor lagi selepas ini.

Mereka perlu memberi perhatian terhadap kerjaya masing-masing daripada sibuk untuk keluar di akhbar atau majalah.

Mengulas mengenai kenyataan itu, Linda mempunyai jawapan iaitu soal glamor dan populariti yang dia peroleh hari ini adalah bukan atas permintaannya.

Malah setiap gosip atau kisah sensasi yang dipaparkan di akhbar mengenai dirinya juga di luar kawalannya.

“Apa yang orang baca, orang tulis, bukan permintaan Linda. Kalau orang kata Linda sengaja nak cari publisiti, nak glamor, itu semua tak betul. Itu silap,” katanya.

Malah ketika mula menyertai stesen radio Era selepas meninggalkan tugasnya sebagai pengacara di TV3, Linda tidak pernah terfikir personaliti radio dapat diangkat sebegitu tinggi sehingga ada anugerah untuk mereka.

Disebabkan itulah Era menjadi popular dan deejay mereka memenangi banyak anugerah.

“Masa mula-mula Era dilancar, boss Era ketika itu Kudsia Kahar mahu menjadikan Era lain dari stesen lain dengan menonjolkan deejaynya.

“Mungkin hari ini pendekatan itu berbeza dan prinsip yang dipegang selama ini hendak diubah, maka wujudlah kata-kata deejay tak perlu menonjol,” katanya.

Biarpun kecewa tetapi Linda berharap pendengar yang meminatinya selama ini sentiasa menyokong kerjayanya walaupun beliau ditempat baru. Esok adalah hari baru untuk Linda tetapi tidak mustahil, lusa atau hari berikutnya dia mungkin tiada lagi di situ. Siapa tahu!

www.utusan.com.my

hang dah tua ..... elok la masuk cenel retro
:eek:
dia tak sedaq dah tua.... duk ingat umur zaman muda dulu mana boleh......kalau dah tua,,,kena masuk kat sinar la.....perasan muda....huh...(apsal aku emosi lak ni)
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Aku tak layan Era... aku sokong Hot FM... :)paid
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
ditukar ke atau dia yang nak tukar...? macam2 kes la si linda nie...
heran btul skrang DJ makin glamer dari artis ye...
 

tuahmlk70

Fun Poster
Joined
Jun 22, 2008
Messages
844
Reaction score
0
Points
10
kalau nak kata Linda dah tua ...takboleh gak ...sebab ada deejay era yg lebih tua pon ada ada.....apa yg kita nak kata ialah ..era dah tak relevan masa skang nie lagi....jom pakat2 dengar hotfm ..lagi best......kerap2 la putarkan lagu terbaru Siti Nurhaliza yag terbaru ....bakal meletup...memang sedap ...
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,322
Reaction score
140
Points
83
biasalaaa.... habis madu sepah dibuang... tp dia muda lagi.. baru 31 thn... bukan 40 thn... nie zaman org ,asih tengah berperang nak hidup.... hutang... cinta... etc....
 

tokmat™

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
274
Points
136
nampaknya Sinar FM akan ada keluarga baru... :)
sia memang suka dengar Sinar FM ni... :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register