Limo RM1j lesap

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan hanya mampu tergamam apabila diacukan parang oleh sekumpulan penjenayah geng curi kereta mewah yang melarikan empat limosin dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Difahamkan penjenayah menjadikan sebuah bangunan menyimpan kenderaan milik syarikat pelancongan terkenal di Jalan Segambut Tengah di sini sebagai sasaran sejurus mendapati premis terbabit hanya dikawal seorang pengawal keselamatan ketika kejadian.

Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, lima penjenayah bersenjatakan parang menyerang pengawal keselamatan berkenaan di pondok kawalan di pintu masuk stor berkenaan.

Sumber polis berkata, suspek mengugut mangsa dengan parang sebelum mengikat kaki dan tangannya.

“Suspek yang mengambil masa satu jam di lokasi berkenaan berjaya membuka pintu dan alat penggera keempat-empat kereta mewah itu.

“Suspek melarikan dua kenderaan mewah model Mercedes Benz dan dua kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard,” katanya.

Menurutnya, siasatan polis bagaimanapun mendapati tindak-tanduk suspek sempat dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV) yang dipasang pada premis berkenaan.

“Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti identiti semua suspek berkenaan yang dipercayai rakyat tempatan. Ada kemungkinan suspek tidak menyedari kewujudan CCTV berkenaan yang merakamkan kewujudan mereka.

“Dua kereta Mercedes Benz yang dilarikan berkenaan dikenal pasti berwarna perak dengan nombor plat pendaftaran WQN 6819 dan WQP 5833. Dua lagi kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna perak berdaftaran WPV 9781 dan WQA 1819,” katanya.

Difahamkan empat kenderaan mewah yang dilarikan kumpulan penjenayah berkenaan dijadikan limosin untuk membawa golongan VIP atau tetamu penting ke pusat peranginan milik syarikat berkenaan.

“Selain dijadikan pusat simpanan kenderaan milik syarikat pelancongan berkenaan, premis terbabit turut dijadikan pusat membaik pulih kenderaan termasuk bas pelancongan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kenderaan mewah yang dicuri berkenaan diminta berhubung terus dengan pusat kawalan polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes kehilangan empat kenderaan mewah berkenaan pada jam 12.15 tengah

Nak rongkai kat mana tu gamaknya...​
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
mana nak jual tu.
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
perompak berbahay nih..

pakai keta biasa2 dah la..

kancil ke...

hahaha
 

bong

Active Member
Joined
Jan 5, 2009
Messages
1,453
Reaction score
23
Points
25
kalau dapat pun mungkin body dah lerai :((
 

maxpix

Active Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
1,201
Reaction score
0
Points
20
dah lepas masuk thailand dah kot....
 

azrine

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
560
Points
166
agak2 leh dapat balik tak?
kalu expert..dlm masa less than 1 hour dah lerai semua body parts serta engine tuh..

so..jgn harap ler dapat balik kete2 tu..

or..another thing..pi check ngan pihak bank..mana tau depa repossessed kete2 nie..coz tak bayo installment..:)):)):)):))

 
Sponsored Post
Top
Log in Register