Lima telco disiasat

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,469
Reaction score
1,883
Points
201
Lima telco disiasat

Kuala Lumpur: Dianggarkan hampir 100 syarikat penyedia kandungan dikesan melakukan jenayah 'menyedut' kredit prabayar milik pengguna telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian hampir RM100 juta sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan syarikat ini aktif 'mencuri' wang milik pengguna talian prabayar hasil kegiatan membeli data peribadi pengguna dengan menyogok kakitangan syarikat telekomunikasi (telco) tempatan.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kepada Harian Metro, syarikat ini akan menghantar pelbagai kandungan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar sebelum mangsa dikenakan caj antara 50 sen hingga RM5 bagi setiap penghantaran 'sampah.'

Menurutnya, ramai pakar teknikal dan 'orang penting' syarikat telco yang dikesan bersekongkol dengan menjual data peribadi milik pelanggan berdaftar talian prabayar.

"Jika diambil kira jumlah kerugian pengguna prabayar di negara ini susulan aktiviti haram dikesan, SPRM menganggarkan ia mencecah RM100 juta jika mengambil kira peratusan keuntungan diperoleh telco dan syarikat penyedia kandungan ini," katanya.

Menurutnya, siasatan dilakukan SPRM sejak bulan Mac lalu mendapati penipuan terancang ini membabitkan kerja 'orang dalam' telco yang memegang pelbagai jawatan penting.

"Antara jawatan yang dikenal pasti menerima rasuah ini adalah pengurus proses pembayaran, bajet koordinator, penyedia kandungan eksklusif, penyedia tadbir urus, pengurus produk dan ketua projek dan pelbagai jawatan penting lain.

"Berdasarkan siasatan, mereka ini bersekongkol dengan syarikat penyedia kandungan yang memberikan rasuah bagi mendapatkan data sulit pelanggan telco.




"Syarikat penyedia kandungan ini adalah syarikat berasingan yang dikesan membayar wang rasuah kepada 'orang dalam' tertentu di telco dengan bayaran antara RM100,000 hingga RM200,000 seorang.

"SPRM percaya jumlah keseluruhan rasuah yang sudah diberikan kepada kakitangan telco mencecah puluhan juta ringgit sejak kegiatan ini bermula hampir 10 tahun lalu," katanya.

"Setakat ini lima telco sudah disiasat dan siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap lebih banyak syarikat komunikasi yang diyakini bersekongkol dengan syarikat penyedia kandungan ini," katanya.

Menurutnya, kakitangan bahagian teknikal dan aduan telco menjadi tumpuan 'syarikat jahat' ini berikutan mereka mempunyai akses untuk membocorkan data dan maklumat sulit pelanggan.

"Berdasarkan maklumat sulit diperoleh ini, syarikat penyedia kandungan akan menghantar mesej pelbagai kandungan SMS ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar ini.

"Terdapat caj tersembunyi pada setiap mesej dihantar. Kredit prabayar akan ditolak sehingga RM5 ringgit bagi setiap ring tone(nada bunyi), wallpaper dan permainan interaktif dihantar kepada pelanggan ini. Terdapat juga situasi pelanggan dikenakan caj tanpa menerima apa-apa kandungan," katanya.
 
Sponsored Post

culain99

Fun Poster
Joined
May 2, 2012
Messages
412
Reaction score
9
Points
25
mangsa kerugian hampir RM100 juta sejak 10 tahun lalu
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,642
Reaction score
1,395
Points
201
Biasa la kene tunggu bertahun3 baru nak bongkar
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,997
Reaction score
21,124
Points
1,671
dr zaman nokia 3310 lagi. 2020 ni la baru nak bongkar ye
 

GPK1

Active+ Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
4,251
Reaction score
94
Points
40
bila pergi blue cube, kita suruh sekat penghantaran mesej sampah.. dia kata tak boleh... habis kredit hilang begitu saja..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register