BTC USD 96,509.9 Gold USD 2,895.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima sekeluarga cemas, kereta dinaiki dihanyut arus deras

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,374
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,374
Reaction score
1,348
Points
201




Lima sekeluarga cemas, kereta dinaiki dihanyut arus deras

NILAI - Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak 11 tahun berdepan detik cemas selepas terperangkap di dalam kereta yang dihanyutkan arus deras banjir kilat di Jalan Taman Semarak 2 di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kesemua mangsa berjaya diselamatkan orang awam dengan menggunakan kren.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB), Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 5.19 petang dan sebaik sampai di lokasi, didapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga terperangkap di dalam banjir.

"Terdapat lima mangsa iaitu dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun telah berjaya diselamatkan orang awam dengan menggunakan kren.

"Mereka dikatakan dari Pahang dan datang ke Nilai untuk melawat keluarga, namun tidak dapat dipastikan ketika kejadian itu mahu ke mana," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal namun sedikit trauma dengan kejadian berlaku.

Jelas beliau, terdapat beberapa lagi lokasi lain dinaiki banjir kilat berikutan hujan lebat sejak jam 4 petang.

"Namun hujan sudah berhenti dan keadaan air semakin surut. Kita akan terus berada di lokasi untuk melakukan pemantauan," katanya.

08 Disember 2024 07:19pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register