BTC USD 48,935.9 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima penuntut IPT antara 22 gadis China ditahan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Berasakan wang yang dimiliki semakin berkurangan, sekumpulan lima gadis China yang mengaku penuntut institut pengajian tinggi (IPT) swasta di ibu negara mengambil jalan mudah dengan menjadi pegawai khidmat pelanggan (GRO) yang turut menawarkan khidmat seks.

Mereka yang memasuki negara ini beberapa bulan lalu menggunakan pas pelajar dipercayai terbabit kegiatan berkenaan selepas terpengaruh ajakan rakan yang mendapat pulangan lumayan.

Berbekalkan wajah cantik dan pakaian seksi untuk menggoda pelanggan, mereka yang sepatutnya menghabiskan waktu malam mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sebagai pelajar, akhirnya mendapati kerja itu berbaloi kerana tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan wang.

Difahamkan, kumpulan itu mengenakan bayaran RM100 sejam kepada pelanggan untuk menemani mereka berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang termasuk berkaraoke.

Pelanggan juga boleh meminta layanan tambahan iaitu khidmat seks dengan bayaran tertentu yang dipersetujui bersama sebelum dibawa keluar sama ada ke rumah persendirian mahu pun hotel berdekatan.

Kegiatan ini berlarutan sejak sekian lama dan tidak hanya membabitkan kumpulan lima penuntut institut pengajian tinggi itu saja, sebaliknya ramai lagi yang menjalankan aktiviti sama, namun belum tertangkap.

Bagaimanapun, bagi lima penuntut itu, kerja sambilan mereka yang menjanjikan pulangan lumayan akhirnya tamat selepas perbuatan mereka terbongkar dan ditahan polis dalam satu serbuan awal pagi semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur itu, seramai 22 warga China berusia 22 hingga 27 tahun ditahan di pusat hiburan di Bukit Bintang, di sini.

Pegawai turus bahagian itu, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata ketika serbuan, lima warga China itu cuba melarikan diri disebabkan panik apabila polis memasuki premis berkenaan secara tiba-tiba kira-kira jam 12.55 pagi.

“Ada di antara mereka cuba lari ikut pintu belakang dan terjatuh serta terhantuk pada dinding yang sempit, bagaimanapun cubaan mereka gagal,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu.

Katanya, pihaknya akan menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi memerangi aktiviti maksiat dan tidak bermoral itu dan akan bertindak cepat sebaik mendapat maklumat.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register