Lima Pengawal Flu Di Dapur

CG Sponsors




3keris

Active Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
1,024
Reaction score
3
Points
25
Lima pengawal flu di dapur

BANYAK bahan makanan di dapur boleh mengurangkan kerengsaan simptom penyakit tersebut seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Antaranya: Garam: Selain menjadi ubat kumur untuk meredakan tekak yang sakit, garam sangat berkesan untuk masalah hidung tersumbat. Larutan garam yang suam boleh disedut masuk melalui rongga hidung untuk memberi kelegaan pernafasan dan mencegah jangkitan resdung.

Halia: Teh halia berkesan membunuh kuman dan meredakan masalah perut. Halia yang digunakan dalam produk mandian juga merangsang sistem limfa dengan mempercepat proses penyingkirannya.

Bawang putih: Banyak kajian telah mengesahkan bahawa bawang putih mentah memiliki nilai antikulat, antibakteria dan antivirus. Penggalak daya ketahanan tubuh ini juga boleh meningkatkan pendarahan, maka mereka yang mengambil ubat berkaitan pendarahan perlu berhati-hati ketika menyertakan bawang putih ke dalam diet mereka.

Madu: Bahan yang memiliki nilai pemulihan tinggi ini meredakan batuk dan meningkatkan imunisasi. Campuran madu dan jus limau segar adalah ubat batuk semula jadi.

Buah oren: Vitamin C dalam jus oren yang diminum setiap hari mampu memendekkan durasi selesema. Setiap 1,000 miligram vitamin C yang diambil setiap enam jam boleh mengurangkan atau mencegah simptom flu dengan berkesan.
 
Sponsored Post

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
lorr ingatkan pengawal kena selsema di dapur:">

good info
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
info rupenye,,bagus tt
 

mohdtarmizie

Active+ Member
Joined
Jun 26, 2007
Messages
2,769
Reaction score
7
Points
25
dan jus limau segar tu limau ape TT? ade banyak jenis limau nih.. huhu :D
 

keri3534

Active Member
Joined
Oct 30, 2009
Messages
1,075
Reaction score
2
Points
25
good info...ramai x tau pasal ni..aku sendiri pun x tau..hahaha
 

amir_a

Fun Poster
Joined
May 3, 2008
Messages
321
Reaction score
0
Points
10
Lima pengawal flu di dapur

BANYAK bahan makanan di dapur boleh mengurangkan kerengsaan simptom penyakit tersebut seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Antaranya: Garam: Selain menjadi ubat kumur untuk meredakan tekak yang sakit, garam sangat berkesan untuk masalah hidung tersumbat. Larutan garam yang suam boleh disedut masuk melalui rongga hidung untuk memberi kelegaan pernafasan dan mencegah jangkitan resdung.

Halia: Teh halia berkesan membunuh kuman dan meredakan masalah perut. Halia yang digunakan dalam produk mandian juga merangsang sistem limfa dengan mempercepat proses penyingkirannya.

Bawang putih: Banyak kajian telah mengesahkan bahawa bawang putih mentah memiliki nilai antikulat, antibakteria dan antivirus. Penggalak daya ketahanan tubuh ini juga boleh meningkatkan pendarahan, maka mereka yang mengambil ubat berkaitan pendarahan perlu berhati-hati ketika menyertakan bawang putih ke dalam diet mereka.

Madu: Bahan yang memiliki nilai pemulihan tinggi ini meredakan batuk dan meningkatkan imunisasi. Campuran madu dan jus limau segar adalah ubat batuk semula jadi.

Buah oren: Vitamin C dalam jus oren yang diminum setiap hari mampu memendekkan durasi selesema. Setiap 1,000 miligram vitamin C yang diambil setiap enam jam boleh mengurangkan atau mencegah simptom flu dengan berkesan.
aku suka mkn buah oren..patutla jarang kena selsema...hehehe..syukur alhamdulillah...thanks TT
 

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
aku suka mkn buah oren..patutla jarang kena selsema...hehehe..syukur alhamdulillah...thanks TT
sbb tu kita tgk org cina kalau selesema gi farmasi beli vitamin c, bukan mintak ubat selesema...

aku pun sekarang dah amalkan mcm tu, mmg bekesan.. ubat2an ni kesan jangka pendek je dan ada dadah x baik untuk bdn bg ms pnjang...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register