BTC USD 69,616.5 Gold USD 2,360.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,121
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,121
Reaction score
863
Points
121

Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis​

April 23, 2024 @ 11:17am

Gambar fail menunjukkan penyeludup membetulkan enjin bot di pantai Gravelines, berhampiran Dunkirk, utara Perancis pada 12 Oktober 2022, dalam usaha menyeberangi Selat Inggeris. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan penyeludup membetulkan enjin bot di pantai Gravelines, berhampiran Dunkirk, utara Perancis pada 12 Oktober 2022, dalam usaha menyeberangi Selat Inggeris. - Foto AFP

PARIS: Sekurang-kurangnya lima migran termasuk seorang kanak-kanak, maut ketika cubaan menyeberangi Selat dari Perancis ke Britain, kata sumber polis hari ini.

Sumber itu, yang tidak mahu namanya didedahkan, berkata keadaan kematian mereka di sekitar pantai di bandar Wimereux, berhampiran dengan pusat peranginan Boulogne-sur-Mer, tidak jelas.

Ia hanyalah tragedi terbaharu apabila migran yang kebanyakannya dari Asia Barat dan Afrika, cuba menyeberangi laut berbahaya untuk mendapatkan kehidupan lebih baik di Britain.

Pada 3 Mac lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas dalam bot yang terbalik di terusan Aa, kira-kira 30 kilometer dari pantai utara Perancis.


Migran yang cuba memasuki Britain semakin meningkat dengan menaiki bot bagi mengelakkan rondaan yang dipertingkatkan di pantai Perancis.

Pada penghujung Februari, seorang lelaki Turki berusia 22 tahun meninggal dunia dan dua orang lagi hilang di Channel off Calais.

Pada Januari, lima orang termasuk seorang warga Syria berusia 14 tahun maut di Wimereux ketika mereka mengharungi air laut yang sejuk untuk mendapatkan bot di luar pantai.

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk menyekat jumlah mereka yang cuba memasuki negara itu, terutamanya berikutan janji pendekatan yang lebih keras terhadap imigresen selepas United Kingdom l meninggalkan Kesatuan Eropah.

Berita kematian pendatang terbaharu itu muncul selepas kerajaan Inggeris yang kontroversi merancang untuk menghantar pulang pencari suaka ke Rwanda melepasi halangan terakhir di Parlimen, semalam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan hak tertinggi Eropah sudah menggesa Britain membatalkan rancangan itu. -
 
Sponsored Post

Saya kenal srorang immigrant ni dari Somali. Umur baru 44-45 macam tu tapi anak dah 7 orang. Dia pernah bagi tau saya anak ramai untuk meramaikan orang islam di uk supaya cepat sikit orang islam menaluki uk.

Dalam hati saya bodohnya kau, kau melarikan diri kerana peperangan dan kemiskinan kerana negara tak terurus …rasuah etc kemudian kau nak jadikan UK satu hari nanti sepertimana negara asal kau?😂😂
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register