Lima maksiat yang disegerakan balasannya

CG Sponsors




king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara*-perkara itu ialah:


1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Ta'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".


Hadis Riwayat Ibnu Majah

KESIMPULANNYA :-

1. Penyakit Ta'un, Aids, Siflis dan penyakit kelamin adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin dan Iraq serta Afghanistan) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

5. Perang saudara (secara lisan atau fizikal) yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan (contoh ada depan mata kita sekarang).

Renung-renungkan sabda Rasul kita ni......
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Terima Kasih atas perkongsian ilmu.....
 

king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
kita kadang2 kalut cari punca, rupa2nya punca tu ada depan hidung jer.....
 

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
kemarau panjang bukan sebab mengumpat ke...:-?:-?x silap ada kisah Nabi Musa AS dan kaum Bani Israel...menempuhi kemarau yang agak lama...kemudian Nabi Musa memerintahkan kamunya...berdoa...tapi tertolak disebabkan...masih ada dosa ngumpat...

kalau silap betulkan sy....
 

king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
kemarau panjang bukan sebab mengumpat ke...:-?:-?x silap ada kisah Nabi Musa AS dan kaum Bani Israel...menempuhi kemarau yang agak lama...kemudian Nabi Musa memerintahkan kamunya...berdoa...tapi tertolak disebabkan...masih ada dosa ngumpat...

kalau silap betulkan sy....
kongsi-kongsi sini bro sumbernya....bukan apa, kebanyakan punca bala Allah turunkan sekarang adalah berpunca dari manusia itu sendiri, kita tak payah nak pakai NOSTRADAMUS dah :))
 

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
kongsi-kongsi sini bro sumbernya....bukan apa, kebanyakan punca bala Allah turunkan sekarang adalah berpunca dari manusia itu sendiri, kita tak payah nak pakai NOSTRADAMUS dah :))
wa ada gak pakai notradamus....ke...camner nak pakai tu
 

king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
wa ada gak pakai notradamus....ke...camner nak pakai tu
tak le bro...kan ke nostradamus tu peramal masa depan dari kurun ke berapa ntah, dia dok ramal malapetaka2 yang bakal berlaku dari zaman dia lagi, saya pun tak tau apa yang dia ramal tu...cuba bro nuar google nama NOSTRADAMUS.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register