BTC USD 56,733.1 Gold USD 1,776.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima lagi suspek merusuh depan restoran ditahan

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,320
Reaction score
246
Points
43
Merusuh_-1A_1614651754.jpg


KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lagi suspek kejadian merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields kelmarin dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara, malam tadi dan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, dalam kenyataan, hari ini berkata kesemua suspek yang ditahan berusia diantara 19 hingga 23 tahun.

"Suspek pertama berusia 23 tahun ditahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai Raya, Sungai Besi pada jam 11.15 malam tadi dan suspek kedua berusia 22 tahun ditahan diTaman Cempaka, Ampang pada jam 1.21 pagi ini.

"Dua suspek lagi, masing-masing ditahan di Rumah Pangsa Sri Selangor, Jalan San Peng dan Jalan Travers di sini, pada jam 1.31 pagi dan 1.37 pagi tadi. Kedua-duanya berusia 22 tahun," katanya.

Anuar berkata, suspek kelima berusia 19 tahun turut ditahan Jalan Travers di sini, pada jam 2.26 pagi tadi.

"Kesemua tangkapan dilakukan anggota Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

"Semakan mendapati kesemua mereka tiada rekod jenayah lampau dan setakat ini, seramai tujuh suspek sudah ditahan untuk membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, sekumpulan 11 hingga 12 individu tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan untuk membuat pesanan makanan di restoran terbabit.

Ini kerana pengurus restoran sudah mahu menutup operasi perniagaan pada jam 10 malam bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Anuar, perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati kumpulan lelaki terbabit yang kemudian merusuh dengan menggunakan kayu dan parang memecahkan botol dan gelas di restoran itu.

Katanya, terdapat 11 hingga 12 pekerja termasuk pengurus di restoran itu ketika kejadian dengan tiga pekerja mengalami kecederaan di kepala serta kecederaan ringan lain.


== bharian
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,483
Reaction score
12,505
Points
2,376
Kekecohan di sebuah premis makan di Jalan Tun Sambanthan berpunca kerana pelanggan tak dapat tempah makanan. Pelanggan berang kerana pekerja premis maklumkan mereka sudah mahu menutup operasi pada jam 9.30 malam
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,119
Reaction score
270
Points
91
la...ya ke sb xdpt oder makan jer... :unsure:
 

cotek21

Fun Poster
Joined
Dec 28, 2020
Messages
135
Reaction score
38
Points
30
india lapar
melayu tepuk tangan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,483
Reaction score
12,505
Points
2,376

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,846
Reaction score
1,625
Points
201
Power... Elok la tu tauke pon Serba salah.. buka kene saman.. tutup prlanggan mengamuk haha
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,960
Reaction score
2,734
Points
206
lapar perut menggigil ada pulak tenaga nak terbalikkan kerusi meja.
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,994
Reaction score
704
Points
171
waw..... ganas betul geng2 Kicap EMAS ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register