BTC USD 62,537.3 Gold USD 1,803.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima dibelasah angkara cemburu

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
GEORGETOWN: Angkara cemburu kerana menari dengan seorang daripada teman wanita suspek, lima lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk cedera dibelasah dalam satu pergaduhan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Batu Ferringhi, di sini, Sabtu lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 11.30 malam apabila sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 30-an ke pusat hiburan berkenaan bersama teman wanita masing-masing untuk berhibur di malam minggu.


Ketika mereka asyik berseronok, datang sekumpulan lelaki lain dan menghampiri sambil mengajak seorang daripada teman wanita mereka menari bersama .

Keadaan itu menyebabkan seorang lelaki daripada kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila teman wanitanya cuba dirampas lelaki lain.


Situasi secara tiba-tiba menjadi tegang dan berlaku pertengkaran sebelum berlanjutan kepada pergaduhan di hadapan pusat hiburan itu.


Akibat pergaduhan itu, lima daripada mereka berusia antara 20 hingga 27 tahun cedera.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat.


Menurut sumber, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif dan identiti sebenar suspek dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan
 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,794
Reaction score
2,418
Points
201
Air kencing syaitan berjaya lagi.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register