BTC USD 62,385.8 Gold USD 2,638.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima Ahli Keluarga Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dituduh Esok (19 Jun 2024)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,425
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,425
Reaction score
36,378
Points
2,836
Awards
2

Lima ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dituduh esok​


18 Jun 2024 10:10pm

2693784.jpg

Kes serangan Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lalu mengorbankan dua anggota polis.


JOHOR BAHRU - Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis 17 Mei lalu, akan didakwa pada pagi Rabu.

Polis Kontinjen Johor pada Selasa malam, mengeluarkan hebahan kepada media untuk membuat liputan kes berkenaan yang akan disebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Pada 24 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husa berkata, kesemua suspek yang berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas tempoh reman mereka berakhir.

SOSMA membenarkan penahanan mana-mana suspek selama 28 hari tanpa perbicaraan.

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi 17 Mei lalu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang.
Sementara itu, Koperal Mohd Hasif Roslan cedera akibat tembakan di bahu kiri dan pinggul berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Penyerang terbabit maut ditembak dalam kejadian berkenaan.


 
Sponsored Post

Pada 24 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husa berkata, kesemua suspek yang berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas tempoh reman mereka berakhir.
 

Lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram didakwa terbabit ideologi IS​


19 JUN 2024

2694093.jpg

Salah seorang ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada pagi Rabu, dengan kawalan ketat anggota keselamatan.


JOHOR BAHRU – Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu atas sembilan pertuduhan termasuk menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Kesemua tertuduh terdiri daripada Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62 tahun; isterinya, Rosna Jantan, 59 tahun yang juga warga Singapura dan tiga anak mereka Radin Romyullah, 34 tahun; Farhah Sobrina, 23 tahun dan Mariah, 19 tahun.

Radin Imran didakwa atas empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS) kepada semua ahli keluarga.

Sementara anak sulungnya pula berdepan dua pertuduhan manakala isteri dan dua anak perempuan Radin Imran pula masing-masing hanya berhadapan satu pertuduhan.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register