Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadi

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditolak, kata ketua menteri Pulau Pinang.

"Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.

Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran kerajaan negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan dengan "usaha pengyingkirannya sebagai pengerusi IGP".

Dalam satu kenyatannnya hari ini, Lim berkata, beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

"Malah, lembaga pengarah PDC bersetuju degan cadangan saya supaya tender terbuka dijalankan," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim juga berkata, tidak benar sama sekali Zahrain disingkirkan daripada IGP seperti yang diulang dakwanya semalam.

"PDC memaklumkan saya tiada surat dihantar sama ada daripada PDC atau IGP atau mana-mana pengarah IGP, termasuk Zahrain berhubung sebarang perubahan," katanya.

Justeru, Lim mempersoalkan kredibilit Zahrain yang terus menerajui GLC tersebut memandangkan pelantikan pada 9 Julai 2008 sebelum ini dibuat berdasarkan kapasitinya sebagai ahli parlimen PKR.

"Jika beliau boleh berhenti daripada PKR, kenapa beliau tidak melakukan perkara yang terhormat dengan turut berhenti daripada IGP?" soal Lim lagi.

Sumber

---------
Ada kepentingan peribadi ghopenya mamat ni... patut la beria marah. Wei Datuk Zahrain, hang bukan dalam UMNO lagi tau. Hang dalam PKR. Begitulah cara kerja PR kalau hang nak tau. Sistem tender terbuka lebih telus dan adil. hang keluaq PKR mmg baguih la. Hang dok la jadi bebas. Kalau berani letak sekali jawatan dalam IGP. Proses pembersihan PKR sedang berjalan..... who's next? :D
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Anwar: 'Zahrain khianati penyokongnya'

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.

"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua pembangkang diminta mengulas keputusan Zahrain yang meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Anwar berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut.

Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu.

"Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya.
Sumber
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
yang mana keluar tu. keluar je terus. insya Allah lepas ni kalau jadi calon lagi jangan harap pengundi nak sokong...
 

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
tuh dia..aku bukan minat sangat nak pedulik pasal DAP ngan PKR neh..apapun yang mana yang betul tetap kita kena kata betul..even yang betul tu non-muslim..

kalo zahrain betul..ada berani lawan balik..memalukan..
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
cet...

kes tak dapat kontrak juta2 rupanya....

pergi la join BN....

ekekekekek....
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
cet...

kes tak dapat kontrak juta2 rupanya....

pergi la join BN....

ekekekekek....
harap yang mana lagi yang tak dapat kontrak juta-juta, sila keluar PR dan join BN. insya Allah dapat kontrak juta-juta kat sana :)

boleh jumpa Pemuda UMNO Nibong Tebal untuk dapat tandatangan sokongan :)
 

qhalid

Active Member
Joined
Aug 31, 2008
Messages
1,951
Reaction score
8
Points
25
elok sgt la org2 cam nih kluar PR & join BN .. ada pun buat kaco bilau jer .. nih join PR sbb x dpt jawatan kat UMNO .. dah dpt jawatan dlm PR nak plak tender .. cara mudah nak penuh tembolok sendiri
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Zulkifli Nordin tu taknak join sekali ka?
 

MrKacanG

Super Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
5,061
Reaction score
31
Points
70
owh d.zahrin awat cam tu aku undi hg dulu
next....no..no..no..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register