BTC USD 38,433.9 Gold USD 1,806.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LIGA SUPER EROPAH: Pertandingan Lumayan Yang Dikecam Hebat Pecinta Bola Sepak

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,169
Reaction score
1,540
Points
156
Payah jugak 2 kelab tu nk bankrap jang
Tapi kalau betul bagus jugak
Den pun setuju 🤭
Barca lagi parah rasanya sebab nak buat stadium baru lagi.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,281
Reaction score
13,615
Points
2,376
alasan dorang sbb uefa "kedekut" dan kerah kelab main byk game tp byrn ciput... stadium kosong mmg bocor la tabung... ni cara nk ugut uefa n fifa bayar lebih kot...

Tu tujuan nya
UEFA ni kedekut sangat
Poket sdiri je penuh
Kelab² kecik terabai
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,281
Reaction score
13,615
Points
2,376
Barca lagi parah rasanya sebab nak buat stadium baru lagi.

Perez dah tahu situasi Barca
Sebab tu cepat je setuju nak join ESL
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,281
Reaction score
13,615
Points
2,376
LIGA SUPER EROPAH | 6 Kelab EPL Tarik Diri

Hasrat untuk menganjurkan Liga Super Eropah (ESL) nampaknya tidak akan menjadi kenyataan apabila enam kelab dari Liga Perdana Inggeris dilapor menarik diri, awal pagi tadi.

Manchester City menjadi kelab pertama yang menarik diri selepas Chelsea memberi isyarat mereka akan mengambil tindakan sama.

Empat pasukan lain seperti Arsenal, Liverpool, Manchester United dan Tottenham juga dilapor sudah menarik diri.

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,281
Reaction score
13,615
Points
2,376
LIGA SUPER EROPAH | ESL Lumpuh Susulan 6 Kelab England Tarik Diri

Tindakan drastik semua enam kelab utama England menarik diri dari Liga Super Eropah (ESL) bagai melumpuhkan perancangan penganjuran liga mewah berkenaan.

Bagaimanapun ESL dalam satu kenyataan terbaharu nyata tidak mahu mengalah dan akan memikirkan cara untuk membentuk semula kumpulan itu yang sehingga kini masih disokong teguh kelab gergasi dari Sepanyol dan Itali.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,281
Reaction score
13,615
Points
2,376
Maaflah kalau saya cakap, siapa yang sokong European Super League (ESL) sebenarnya tidak hormat tradisi bola sepak dan tidak memahami sejarah dan budaya bola sepak.

ESL ini mungkin kena pada selera mereka yang tengok bola sepak sekadar untuk hiburan sukan. Yang tiada pertalian dengan kelab, yang tiada semangat kekitaan dan sebagainya. Mungkin di sebelah Asia atau Amerika Syarikat, ramai yang nak tengok ESL ini jadi kenyataan.

Maka tidak hairanlah selama ini penyokong bola sepak di England, Manchester United contohnya, kerap merujuk kepada penyokong dari luar England sebagai plastic fans.

Di Eropah sana, penentangan terhadap ESL bukan kecil. Dan ia datang dari penyokong 12 kelab yang berkomplot menubuhkan ESL itu sendiri.

Sebab kenapa saya menyebut tradisi dan membangkitkan hal sejarah dan budaya ialah kerana bola sepak ini sukan yang kaya dengan tiga perkara ini. Dan di benua Eropah sistem bola sepak yang mereka jalankan menjadi ikutan seluruh dunia.

Bermula dengan liga domestik dan piala domestik yang dilengkapi piramid bola sepak berserta sistem promosi dan relegasi. Kemudian ke peringkat liga kontinental dan piala kontinental bagi mana-mana kelab yang berjaya menjuarai liga atau piala domestik mereka.

Sistem ini, diguna pakai di negara dan benua Amerika Selatan, Afrika dan juga Asia. Hanya di beberapa negara yang bola sepak bukan sukan tradisi, ia tidak digunakan.

Contohnya di Amerika Syarikat, di mana kelab bola sepak ditubuhkan secara francais dan liga domestik mereka, Major League Soccer (MSL) dimainkan tanpa sistem promosi dan relegasi. Tapi apalah yang boleh kita jangkakan dari negara yang memanggil football sebagai soccer?

Dalam mengikut acuan Eropah tadi salah satu resepi yang paling berjaya ialah Champions League. Champions League inilah yang kini dalam bahaya kerana digugat oleh ESL sebagai satu breakaway league.

Untuk sekian lama, kelayakan Champions League secara ringkasnya adalah, sebuah kelab perlu juarai liga domestik untuk layak. Apabila Champions League diperbesarkan, khususnya pada tahun 1997 iaitu tahun yang sama idea ESL muncul, beberapa liga domestik dengan coefficient ranking yang tinggi layak menghantar lebih dari satu pasukan kelab.

Pembesaran Champions League ini sendiri adalah langkah UEFA mengekang idea ESL, memuaskan hati beberapa kelab besar selain dari tuntutan komersil (lebih banyak kelab, lebih banyak perlawanan dan lebih banyak keuntungan).

Tapi walaupun sebesar mana Champions League, romantisme bola sepak tidak pernah hilang. Untuk layak, semua pasukan kelab perlu menjuarai liga domestik atau berada dalam kedudukan liga yang boleh melayakkan mereka. Pada masa sama, setiap musim akan ada pasukan kerdil yang entah bagaimana layak ke peringkat kumpulan.

Kelab seperti Qarabag (Azerbaijan), Maribor (Slovenia), BATE Borisov (Belarus), CFR Cluj (Romania) dan sebagainya. Mereka muncul entah dari mana, bermain dalam Champions League dan walaupun tidak menjadi juara, tapi kadangkala berjaya mencatatkan kemenangan ke atas lawan yang jauh lebih hebat.

Inilah romantisme bola sepak tuan puan. Giant killing act yang selalu disebut-sebut seperti dalam kejohanan FA Cup. Kalau tidak menang pun, keterujaan pasukan kerdil meraikan kunjungan lawan seperti Real Madrid, Chelsea atau Juventus ke stadium mini mereka sudah cukup memberikan orgasme bola sepak kepada kelab dan penyokong.

Kita yang hanya menonton di kaca TV ribuan kilometer jauhnya memang tidak merasai keterujaan itu. Tapi percayalah, inilah romantisme bola sepak.

ESL yang dijaja oleh 12 kelab besar tidak akan dapat memberikan romantisme sebagaimana Champions League.

Kerana pertama, tiada pusingan kelayakan untuk 12 kelab besar tersebut. Seperti yang tertera pada baju pemain Leeds United ketika memanaskan badan sebelum menentang Liverpool (atau perlu kita panggil, Merseyside Reds?) malam tadi, bertulis 'Champions League - Earn It'.

Kedua, kerana tiadanya pasukan kerdil seperti CFR Cluj atau BATE Borisov dan keterujaan European nights bila pasukan gergasi terbang ke ceruk Belarus atau Azerbaijan untuk pertembungan David vs Goliath. Yang ada hanya 12 pasukan elit bertarung sesama sendiri dan mungkin 5 kelab jemputan lain.

Apabila bola sepak hilang romantisme, ia bukan lagi bola sepak. Ia sudah menjadi perniagaan francais ala MLS atau apa yang mereka panggil, soccer. Ia menjadi perniagaan seperti NBA, NHL, NFL atau MLB. Google sendiri kalau tidak tahu apa.

Bola sepak, walaupun sudah menjadi perniagaan berbilion dolar, masih lagi sukan rakyat yang penuh semangat dan romantisme. Football is for the fans, itu asas bola sepak.

Dan selain dari hal romantisme tadi, kita juga perlu melihat kerangka bola sepak dari sudut lebih luas iaitu pembangunan bola sepak sejagat. Ini polisi yang diperjuangkan FIFA dan UEFA. Perlu faham, gunanya Real Madrid terbang ke ceruk Eropah Timur seperti Belarus atau Azerbaijan adalah bukan sekadar melengkapkan jadual, tapi untuk beri peluang kepada pemain kelab kerdil merasa pengalaman bersaing dengan pemain hebat seperti Eden Hazard, KKarim Benzema, Sergio Ramos dan sebagainya. Di pentas Eropah seperti Champions League pemain kelab kerdil dapat belajar dari pemain ternama ilmu bola sepak di atas padang. Ini sebahagian dari pembangunan bola sepak.

Ya, mungkin kita tidak akan tonton perlawanan Liverpool menentang FC Thun atau Inter lawan Partizan Belgrade. Tapi perlawanan sedemikian boleh menjadi pengalaman dan pengajaran berharga buat pemain kelab kerdil tadi. Dari perlawanan sebeginilah lahirnya bintang bola sepak baharu yang akan menjadi kegilaan korang semua satu hari nanti.

Atas faktor ini, ESL ditolak keras oleh peminat bola sepak di Eropah, bahkan oleh penyokong 12 kelab besar 'Dirty Dozen' itu sendiri.

Kita yang di sebelah sini, yang sekian lama mengikuti bola sepak Eropah juga perlu menolak ESL kerana ia membunuh tradisi dan mengkhianati sejarah dan budaya bola sepak.

Jangan sampai kita dilihat sebagai plastic fans, yang hanya menyokong kelab seperti Manchester United atau Barcelona kerana faktor komersil semata.

Cc : Muhammad Najib
Penulis, penerbit buku
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,281
Reaction score
13,615
Points
2,376
(Maaf cakap, artikel saya tulis di bawah has been overtaken by recent event. Mat-mat pro ESL yang bukan main bising semalam pun dah ramai yang kongsi status kelab kesukaan masing-masing sambil puji-puji langkah tarik diri ni. Plastik!)

Selepas menghuraikan tentang perihal tradisi bola sepak serta sejarah dan budaya yang perlu dihormati; kali ini penting untuk saya sebutkan bagaimana timbulnya idea European Super League ini yang menggugat bola sepak Eropah dan juga dunia.

Jika dilihat secara sepintas lalu, hujah utama yang digunakan oleh kartel Dirty Dozen (12 kelab besar yang mengasaskan ESL) adalah kerana rasa tidak puas hati mereka terhadap UEFA dan cara mereka menganjurkan Champions League. Hal tidak puas hati ini lebih berkisar pada duit dan kuasa.

Dirty Dozen mahu lebih banyak duit untuk mereka. Dengan menyertai ESL, mereka dijanjikan habuan bernilai lebih €500 juta untuk setiap kelab. Dalam Champions League, hadiah duit jika menjadi juara hanya berjumlah sekitar €82 juta.

Kuasa juga menjadi isu bagi Dirty Dozen. Ini kerana Champions League adalah milik UEFA dan kuasa kelab adalah terhad. Dalam ESL, 12 kelab Dirty Dozen tadi mempunyai kuasa mutlak secara konsensus untuk menentukan peraturan mereka sendiri. Mereka boleh ubah ikut suka kerana liga itu adalah mereka yang punya.

Ini bertentangan dengan semangat bola sepak itu sendiri. ESL kononnya dikatakan bakal menjemput pasukan lain untuk mencukupkan 20 pasukan dalam setiap musim, tapi sudah tentulah pasukan jemputan ini akan menjadi mangsa buli Dirty Dozen tadi. Bukan dibuli di atas padang, tetapi dibuli dari segi peraturan dan pengurusan.

Justeru sudah jelas kebobrokan ESL ini sendiri. Bak kata sahabat saya saudara Radzi Tajuddin, kita boleh faham bila orang kaya mempertahankan orang kaya, tapi tidak bila orang tidak kaya sibuk mempertahankan orang kaya. Ya ini saya tujukan khas pada mereka yang berfikiran "biarlah Dirty Dozen mahu buat ESL, yang penting aku enjoy".

Jika duit dan kuasa merupakan motivasi kartel Dirty Dozen untuk menarik diri dari Champions League, apa pula inspirasi yang membuatkan tercetusnya idea ESL?

Untuk mengupas hal ini, perlu kita fahami terlebih dahulu istilah breakaway league.

Breakaway league ialah senario apabila beberapa kelab mengambil keputusan untuk keluar dari liga sedia ada dan menubuhkan satu liga baharu. Motivasinya sama, ia berkaitan duit dan kuasa.
Breakaway league pernah beberapa kali berlaku dalam sejarah bola sepak. Tetapi ada satu peristiwa breakaway league yang paling penting dan merevolusikan bola sepak dunia, dan ia berlaku 29 tahun dahulu di England.

Pada tahun 1990, 5 buah kelab Inggeris yang digelar Big 5 ketika itu berbincang untuk mewujudkan satu breakway league. Lima kelab itu adalah Arsenal, Everton, Liverpool, Manchester United dan Tottenham Hotspur. Usul mereka adalah menubuhkan satu liga baru yang dinamakan Premier League, terpisah dari Football League iaitu sistem liga bola sepak England sedia ada. Premier League mendapat persetujuan FA, dan pada tahun 1992 sebanyak 22 kelab dalam First Division melucutkan diri dari Football League untuk memulakan musim Premier League yang pertama.

Penubuhan Premier League bagaimanapun memberikan impak positif. Kesemua kelab dalam Premier League berkongsi keuntungan hak penyiaran sama rata dan Premier League ditayangkan ke serata dunia sebagai satu produk bola sepak yang menarik.

Hasil sambutan luar biasa, nilai komersil Premier League naik mendadak dan seterusnya membawa kepada kemasukan pelabur baharu. Pelabur baharu ini antaranya ada yang sampai membeli kelab. Seperti Roman Abramovich membeli Chelsea atau Sheikh Mansour membeli Manchester City.

Kisah kejayaan Premier League sebagai breakaway league ini memberi inspirasi untuk kartel Dirty Dozen mencuba nasib dengan ESL. Cuma kali ini, tidak seperti Premier League yang dapat persetujuan FA, ESL ditentang keras oleh UEFA dan masyarakat bola sepak kerana ia melanggar tradisi bola sepak itu sendiri.

Ramai yang beranggapan bahawa ‘kepala’ dalam komplot ESL ini adalah Florentino Perez, presiden Real Madrid. Tetapi saya percaya, tunjang utama ESL sebenarnya adalah kelab-kelab England iaitu Big 6 kerana pengalaman mereka mewujudkan breakaway league 29 tahun lalu iaitu Premier League.

Dan dari Big 6 England ini, 3 kelab di dalamnya adalah milik individu dari Amerika Syarikat. Tiga kelab ini adalah Arsenal (Stan Kroenke/Kroenke Sports & Entertainment), Liverpool (John W. Henry/Fenway Spots Group) dan Manchester United (Joel dan Avram Glazer/The Glazers).

Ada apa dengan pemilik Amerika Syarikat ini?

Tiada apa. Tapi jika ada satu isu yang menjadi permasalahan ialah bagaimana mereka melihat sukan dan kelab bola sepak sama seperti sukan dan francais bola keranjang, besbol, hoki ais dan American football.

Bukan sedikit permasalahan yang timbul dari pemilik Amerika Syarikat ini. Contohnya pembelian Manchester United oleh The Glazers berkesudahan dengan beberapa penyokong Mannchester United menubuhkan FC United of Manchester sebagai tanda protes. Malahan Manchester United yang bebas hutang terpaksa menanggung hutang baharu setelah dibeli oleh The Glazers.

Tetapi dosa paling besar adalah apabila 10 tahun lalu, pemilik-pemilik Arsenal, Liverpool, Manchester United dan beberapa kelab lain yang dikuasai pemilik asal Amerika Syarikat pernah menimbulkan idea untuk menamatkan sistem promosi dan relegasi (promotion and relegation) yang sudah ratusan tahun menjadi amalan tradisi bola sepak England. Asalan mereka mudah, mahu kelab mereka kekal bermain dalam EPL selagi ada bulan dan bintang, sama seperti francais-francais NBA, MLB, NHL dan NFL di Amerika sana.

Satu kekufaran dalam bola sepak.

Dari kisah-kisah 29 tahun lalu (breakaway league) dan 10 tahun lalu (usaha memansuhkan promosi dan relegasi) maka kita boleh nampak jelas dari mana datangnya idea ESL ini. Ia dari Big 6 kelab-kelab England dan dari kegilaan 3 kelab dengan pemilik Amerika Syarikat mereka. Florentino Perez hanya menjadi kepala de facto ESL kerana status Real Madrid sebagai juara terbanyak Eropah, selain dari realiti Real Madrid dibebani hutang €900 juta yang mungkin boleh dilangsaikan segera jika ESL menjadi realiti.

Jelas, ESL adalah idea songsang yang ditunjang duit dan kuasa serti kegilaan mengubah bola sepak Eropah mengikut acuan Uncle Sam atau Amerika Syarikat.

******

(Tulisan di bawah di tulis selepas berita penarikan diri Big 6 England dan dua kelab Milan, AC Milan dan Inter)

Nampaknya ESL akan terkubur. Penarikan diri Big 6 England sahaja sudah cukup untuk membatalkan ESL kerana 6 tarikan utama sudah hilang.

Jika kita perhatikan sekarang, dalam penarikan Big 6 kelab seperti Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur dilihat berlaku aman damai. Habis situ aje lah. Penyokong happy, masalah selesai.

Tapi untuk Arsenal, Liverpool dan Manchester United penarikan diri sahaja tidak cukup. Arsenal dan Liverpool siap kena minta maaf. Manchester United sampai kehilangan Ed Woodward. Dan sekarang sedang trending kempen #KroenkeOut, #FSGOut dan #GlazersOut.

Nampak jelas musibat dalam ESL sebenarnya berpunca dari pemilik Amerika Syarikat ini sebenarnya.

Ini tidak menghairankan, macam saya tulis di atas air tangan mereka memang jelas dalam ESL. Malahan dilaporkan mesyuarat rahsia ESL pun asalnya bermula di New York.

Saya akhiri tulisan ini dengan, down with American imperialism!

Tiber.
 
Tulisan Muhamad Najib sokernet harini
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,281
Reaction score
13,615
Points
2,376
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register