BTC USD 28,288.4 Gold USD 1,983.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Liga Malaysia 2023 Janjikan Saingan Lebih Sengit Dan Dinamik

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,842
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,842
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2
FB_IMG_1658415434749.jpg

LIGA MALAYSIA 2023 JANJIKAN SAINGAN LEBIH SENGIT DAN DINAMIK

Liga Malaysia 2023 bakal berwajah baharu apabila Malaysian Football League (MFL) mengorak langkah dengan melakukan penstrukturan semula bagi memastikan liga bola sepak profesional negara itu lebih dinamik dan berdaya saing.

Hasil persetujuan Rakan Kongsi Liga menerusi Mesyuarat Luar Biasa (EGM) yang berlangsung pada hari ini, MFL memperkenalkan penstrukturan semula piramid bola sepak domestik yang lebih relevan dengan arus permodenan bola sepak, aspek komersial dan meletakkan keutamaan kepada pembangunan pemain tempatan bermula musim depan.

Pembaharuan ini akan melibatkan enam aspek utama:

1. Liga Super akan membabitkan penyertaan 18 kelab berbanding hanya 12 kelab sejak 2013.
2. Liga Premier akan dimansuhkan dalam tempoh tertentu sebelum akan dilancarkan semula sebagai Liga Semi-Pro selepas program pembangunan kelab dilaksanakan bersama AFL untuk pasukan pasukan M3.
3. Liga Simpanan (Reserve League) akan diperkenalkan sebagai liga yang bakal menjadi jambatan untuk memperbaiki jurang pembangunan dilihat dalam struktur liga tempatan. Liga Simpanan ini juga bertindak sebagai landasan perantara Liga Super untuk pemain pemain mendapat minit permainan, adaptasi dan persediaan ke Liga Super. Dengan itu, konsep Reserve Team akan berakhir dan kesemua pasukan Liga Super akan mempunyai pasukan bawah 23 tahun (B-23) dan ini sekali gus akan memberi daya saing lebih seimbang kepada semua pasukan.
4. Kuota pemain import sejajar dengan pergerakan AFC tetapi juga berasaskan jaminan slot kepada pemain tempatan di atas padang sambil memastikan peningkatan kualiti dan peluang setiap pasukan di dalam sesebuah liga elit kebangsaan juga diutamakan serta kuota pemain import sama rata kepada semua pasukan Liga Super.
5. Format Piala FA dan Piala Malaysia akan dirumus semula dengan peningkatan perlawanan liga dan juga perubahan kalendar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan.
6. Perstrukturan semula dan peningkatan perlawanan Piala Belia dan Piala Presiden bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Baca lanjut ➡️


#LigaMalaysia2023 #MFL
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,842
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,842
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2
MFL Sah Rombak Liga Malaysia Musim Hadapan, Setiap Pasukan Wajib Ada Pasukan Simpanan Dan Liga Super 18 Pasukan

1658415667425.png


Malaysian Football League (MFL) pada hari ini secara rasmi merombak format Liga Malaysia mulai musim hadapan.

Perubahan terkini itu menyaksikan 18 pasukan akan beraksi di dalam divisyen utama atau Liga Super Malaysia (MSL) pada musim hadapan.

Ini bermakna saingan MSL yang memiliki 12 pasukan pada hari ini akan menyaksikan penambahan 6 pasukanyang kini beraksi di saingan Liga Premier.

Perubahan tersebut turut menyaksikan pembubaran Liga Premier. 3 pasukan simpanan yang ada di Liga Premier pada hari ini iaitu JDT II, Terengganu FC II, dan Selangor FC II akan beraksi bersama skuad simpanan lain yang akan diwujudkan khusus untuk skuad B-23 masing-masing.

Walaupun mengutamakan skuad B-23, pasukan Liga Simpanan dibolehkan untuk menurunkan sehingga 3 pemain lebih umur dalam satu-satu perlawanan.

Sidang media oleh MFL sebentar tadi turut menjelaskan Liga Simpanan akan menggunakan format Sukan SEA.

Dikhabarkan format Liga Super dengan 18 pasukan ini hanyalah untuk musim 2023 sahaja. Ini kerana bermula musim 2024 liga akan dilangsungkan dengan 16 pasukan secara tetap.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,842
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,842
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2
Formula Baharu 6+3 Pemain Import Diperkenalkan MFL Hanya Himpit Pemain Tempatan

1658415848380.png


Formula baharu 6+3 diperkenalkan Malaysian Football League (MFL) untuk pengambilan pemain import dipercayai hanya akan menghimpit peluang pemain tempatan.

Di dalam sidang media penstrukturan Liga Malaysia oleh badan penganjur bola sepak negara itu itu sebentar tadi, setiap 18 pasukan yang bertanding di saingan Liga Super Malaysia (MSL) pada musim hadapan dibenarkan untuk mengambil sehingga 9 pemain import.

Tatkala 6 pemain sahaja dibenarkan untuk beraksi di saingan MSL, tiga lagi pemain pula adalah untuk kegunaan pasukan masing-masing di Liga Simpanan.




Langkah memperkenalkan 6 pemain import untuk saingan MSL pada musim depan sememangnya sudah dapat dijangka mengambil kira perubahan yang dilakukan di peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang turut mengambil langkah sama sebelum ini.

Dengan membenarkan pasukan di MSL menggunakan 6 pemain import, ia turut membenarkan kelab yang bertanding di pertandingan AFC mengoptimumkan tenaga import yang mereka ambil di pertandingan domestik dan Asia.




Bagaimana pun untuk saingan tempatan, setiap pasukan masih mengekalkan peraturan lama yang hanya membenarkan setiap pasukan menurunkan 3+1+1 pemain asing pada satu-satu masa.

MFL turut memperkenalkan kuota 5 pemain lebih umur termasuk 3 pemain import untuk memastikan kualiti perlawanan Liga Simpanan dipertingkatkan. Tetapi hanya 2 pemain import dibenarkan beraksi di atas padang.

Langkah memperkenalkan pemain import di saingan Liga Simpanan adalah bertujuan untuk memastikan pertandingan tersebut turut kompetitif.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,842
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,842
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,842
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,842
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register