Liga Hoki Malaysia 2019 (MHL)

Recommended Brokers


Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 24 22.4%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 7.5%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 44 41.1%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 29 27.1%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 34 31.8%

Latest Threads

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL

Liga Hoki Malaysia (MHL) merupakan pertandingan liga utama bagi kelab hoki dalam sistem liga hoki Malaysia. Terdapat, pada masa ini, tujuh pasukan dalam Liga Hoki Malaysia. Pertandingan ini telah dimainkan sejak tahun 1987. Pada masa ini juga ia ditaja oleh Tenaga Nasional Berhad.

Pertandingan ini pertama kali dimainkan pada tahun 2000 yang melibatkan 11 pasukan. Dimulakan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHF) dengan sokongan aktif dari saluran sukan ESPN Malaysia. Musim pertama mempunyai dua peringkat divisyen 1 dan divisyen 2 tetapi dari tahun musim 2007 dan seterusnya divisyen 2 dibatalkan. Kecuali pasukan yang memenangi divisyen 2 2006, semua pasukan di bahagian 2 kejohanan direhatkan sekaligus telah dimansuhkan.

Pasukan hendaklah terdiri daripada maksimum 18 (lapan belas) pemain untuk didaftarkan dengan Konfederasi Hoki Malaysia. Daripada 18, maksimum 3 pemain boleh diambil yang berasal dari luar negeri. Pada bila-bila masa tertentu sekurang-kurangnya 2 pemain asal luar negara hendaklah berada dalam padang permainan semasa perlawanan. Semua 18 pemain dalam satu pasukan harus didaftarkan pada MHF dan perlu menyerahkan kad pengenalan sebelum bermulanya liga kelayakan untuk bermain dalam satu pasukan. Semua pemain Malaysia yang sedang bekerja tersebut hendaklah dikeluarkan bagi tempoh liga dan kemudian didaftarkan dengan Konfederasi Hoki Malaysia. Semua pemain asing harus mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa dari negara-negara dan atau kelab masing-masing sebelum mendaftar dengan pasukan dalam Liga Hoki Malaysia dan Konfederasi Hoki Malaysia.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL

Senarai Juara Liga TNB

Musim Liga Premier (dahulunya Divisyen 1)

2018 THT
2017 KLHC
2016 THT
2015 THT
2014 THT
2013 KLHC
2012 KLHC
2011-12 KLHC
2010-11 KLHC
2008 Ernst & Young HC
2007 Ernst & Young HC
2006 Ernst & Young HC
2005 Sapura
2004 Sapura
2003 Tenaga Nasional Berhad HC
2002 Tenaga Nasional Berhad HC
2000-01 Tenaga Nasional Berhad HC
1999 Bank Simpanan Nasional HC
1998 Tiada kejohanan liga
1997 Selangor MPPJ HC
1996 Yayasan Negeri Sembilan HC
1995 Maybank HC
1994 Maybank HC[5]
1992-93 Yayasan Negeri Sembilan HC
1991-92 Kelab Kilat
1990 Kelab Kilat
1989 RMN Dolphins HC
1988 UAB
1987 RMN Dolphins HC
Senarai Juara Piala TNB

Musim Pasukan

2018 UniKL
2017 THT
2016 THT
2015 THT
2014 THT
2013 KLHC & TNB Thunderbolts
2012 KLHC
2011-12 KLHC
2010-11 KLHC
2009-10 Tenaga Nasional Berhad HC
2008 Ernst & Young HC
2007 Tenaga Nasional Berhad HC
2006 Sapura HC
2005 Sapura HC
2004 Tenaga Nasional Berhad HC
2003 Tenaga Nasional Berhad HC
2002 Bank Simpanan Nasional HC
2000-01 Bank Simpanan Nasional HC
1999 Bank Simpanan Nasional HC
1998 Tiada kejohanan liga
1997 MBPJ HC
1996 Yayasan Negeri Sembilan HC
1995 Yayasan Negeri Sembilan HC
1994 Maybank HC
1992-93 MBf HC
1991-92 Kelab Kilat
1990 Maybank HC
1989 Kelab Kilat
1988 Maybank HC
1987 Kelab Kilat
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL




Muhammad Razie Abd Rahim (dua, kanan), meraikan gol melalui sudut penalti bersama rakan sepasukan ketika perlawanan liga Hoki Malaysia 2019

UniKL berpeluang rampas takhta liga


KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berpeluang merampas kedudukan teratas Liga Perdana, Liga Hoki Malaysia daripada TNB sekiranya berjaya menewaskan Maybank, Jumaat ini.

Selepas lima perlawanan, skuad bimbingan Arul Selvaraj itu ketika ini menduduki tangga kedua liga dengan 13 mata, kurang dua mata berbanding TNB yang lebih satu perlawanan.

Ketika TNB tidak akan beraksi Jumaat ini, peluang terbuka luas untuk UniKL mengungguli takhta liga dengan syarat mereka perlu menewaskan Maybank.

Namun tonggak import, Robbert Kemperman berkata, fokus utama adalah untuk mengurangkan kesilapan di awal permainan yang menyaksikan mereka sering dihukum sebelum ini.

"Memang saya akui kami bermula perlahan terutama di suku pertama tetapi selepas itu kami mula mendapat rentak dan bangkit mencari gol kemenangan.

"Sebenarnya kami boleh menewaskan sesiapa saja tetapi yang penting ialah perlu kekal fokus pada setiap perlawanan," katanya.

Seorang lagi tonggak import, Kieran Govers, turut mengakui dia serta rakan sepasukan perlu mengelak mengulangi kesilapan di awal permainan.

"Benar kami sering bermula perlahan tetapi ia bukanlah sesuatu yang kami mahu lakukan.

"Untuk pertemuan dengan Maybank kami perlu beraksi lebih baik kerana lawan adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan," katanya.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/01/417854/unikl-berpeluang-rampas-takhta-liga
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL

Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Terry Walsh akhirnya sah meletakkan jawatan berkuatkuasa penghujung Mac

Butirannya di Nadi Arena 1petang dan 7.30 malam

@ASTROARENA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Info Dari MHC




TNB Cup 2019 Roll of honour:

Champions: Terengganu Hockey Team (THT) @TerengganuHT

Runners-up: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) @UniKLHockey
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Info Dari MHC








TNB Cup 2019 Roll of honour:

3rd Place: Tenaga Nasional Berhad (TNB @Tenaga_Nasional)

Player of the match: Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri (THT @TerengganuHT)

Top Scorer: Jang Jonghyun (THT @TerengganuHT) - 22 gols

Fairplay: Universiti Teknologi Mara (UITM) @UiTMHockeyClub
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Info Dari MHC






TNB Malaysia Hockey League (Premier) 2019 Roll of honour:

Champions: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) @UniKLHockey

Runners-up: Tenaga Nasional Berhad (TNB) @Tenaga_Nasional

3rd Place: Terengganu Hockey Team (THT) @TerengganuHT
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL


SUBAHAN Kamal ketika sidang media selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif Kali ke-13 di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. - Foto Nik Hariff Hassan

Pengadil MHL dapat kenaikan elaun


KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama memperjuangkan nasib, akhirnya barisan pengadil Liga Hoki Malaysia (MHL) mampu tersenyum semula apabila Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bersetuju untuk menaikkan kadar elaun perlawanan yang diterima oleh mereka.

Perkara itu diumumkan pada mesyuarat Lembaga Eksekutif MHC hari ini, dengan presiden badan induk berkenaan Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan kenaikan elaun itu antara 20 hingga 25 peratus.

"Perkara ini dibentangkan Amarjit Singh (pengerusi Lembaga Pengadil MHC) sebentar tadi dengan kali terakhir ia diteliti 10 tahun lalu.

“Jadi, kami ahli lembaga bersepakat untuk menaikkan kadar elaun pengadil namun bergantung kepada kategori kejohanan seperti MHL dan Piala Razak.

"Kami sentiasa ingin membayar lebih tetapi oleh kerana kekangan kewangan kami putuskan untuk bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh pengerusi Lembaga Pengadil. Dia mencadangkan kadar elaun berdasarkan apa yang dibincangkan lembaga berkenaan," kata Subahan.

Isu terbabit sudah dua kali pernah dibangkitkan dengan yang terbaru pada bulan lalu apabila timbul ura-ura bahawa barisan pengadil yang mengadili Liga Hoki Malaysia 2019 mengancam untuk memboikot liga tertinggi negara itu.

Ia susulan kumpulan pengadil itu tidak berpuas hati selepas hanya menerima bayaran elaun perlawanan yang dianggap rendah iaitu RM65 bagi satu perlawanan.

Pada masa sama, Subahan turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab ke atas barisan pemain dan pegawai hoki di Malaysia sebagai menjawab isu kemalangan serius yang menimpa pengadil MHL Norazmi Safar pada bulan lalu.

Malah, beliau berkata menerusi kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) pihaknya kini bersedia membayar kos rawatan sebanyak RM16,000 bagi membantu meringankan beban keluarga Norazmi.

"Pihak keluarga Norazmi ada menghantar bil kira-kira berjumlah RM16,000 dan kami akan menyerahkan bil berkenaan kepada MSN," tambah Subahan.

Dalam kejadian 27 Januari lalu, Norazmi yang menaiki kereta mengalami kemalangan ngeri di Jeli sewaktu dalam perjalanan pulang daripada Kuala Terengganu selepas bertindak selaku pegawai teknikal bagi pertemuan antara Pasukan Hoki Terengganu (THT) menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB).


https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/03/536757/pengadil-mhl-dapat-kenaikan-elaun
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Stadium Astro


PSAS: Skuad hoki kebangsaan intai aksi final


Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menetapkan perlawanan akhir sebagai sasaran buat ketua jurulatih hoki Malaysia, Roelant Otlmans, menjelang kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2019, 23 Mac ini.

Oltmans dijangka akan mengumumkan senarai 28 pemain yang akan dibawa menjalani kem latihan pusat di Kuantan, Pahang, sejurus tamat Piala TNB hari ini.

Sasaran ke final dianggap realistik berikutan ketiadaan juara bertahan, Australia, dan beberapa pasukan Eropah, sebaliknya Malaysia akan menjadi pasukan ketiga terkuat daripada segi ranking selepas India dan Kanada.

"Sudah tentu ahli lembaga pengarah KHM menuntut skuad kendalian Oltmans mara ke final.

"Sama ada suka atau tidak, itulah sasaran minimum yang ditetapkan.

"KHM bukanlah sengaja meletakkan tekanan kepada pasukan kebangsaan, malah KHM telah cuba memenuhi segala tuntutan Oltmans.

"Pasukan kebangsaan perlu berada di landasan tepat menjelang kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020," ujar Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Eksekutif KHM hari ini juga telah mengumumkan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil yang sebelum ini menjalani pengubahsuaian akan sedia digunakan sempena lima siri perlawanan persahabatan membabitkan skuad wanita negara dengan India, bermula 4 April depan.

"Kami bekerjasama rapat dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berkenaan pemilihan permukaan padang di Bukit Jalil yang akan digunakan.

"Wakil-wakil yang berkaitan sedang berada di Belanda bertujuan melihat sendiri kilang pembuatannya," kata Subahan.


http://www.stadiumastro.com/sukan/hoki/artikel/psas-skuad-hoki-kebangsaan-intai-aksi-final/126560
 
Sponsored Post
Top
Log in Register